Keesokan harinya....
"Papa...bila mama balik."
"Mama kata flight mama malam ni. Kenapa sayang? Macam sedih je ni."
"Kalau macam tu Ryna tak dapat jumpa mama la. Ryna dah nak balik asrama petang ni. Hurmm..."
"Kenapa ni sayang?"
"Ryna rindu mama la. I miss her so much. Kenapa mama tak balik pagi tadi je,papa? Dahlah minggu lepas mama tak datang melawat Ryna. Dua minggu tau Ryna tak jumpa mama. Kalau campur minggu ni dah tiga minggu tau. Kesiankanlah Ryna"
"Papa faham. Mama pun rindu Ryna tau. Tapi nak buat macam mana tiket tak ada kalau tiket ada mesti mama dah balik. Okay la macam ni, minggu depan papa bawak mama,abang,kakak dengam adik pergi melawat Ryna, okay? Nanti Ryna nak apa Ryna call aje papa boleh ye sayang.."
"Ye la. Papa janji tau bawak semua orang pergi melawat Ryna. Jangan tertinggal seorang pun tau."
"Iye sayang. Nanti dengan Pak Mail jiran sebelah pun papa bawak ye.."
Aku cubit papa perlahan.
"Aduh sakitlah. Hahahaha. Papa gurau je lah."
"Hish papa ni Ryna serius papa main-main pulak. Nanti Ryna suruh papa bawak Pak Mail tu betul-betul baru papa tahu. Pening papa nak pujuk dia melawat Ryna.
Kami berdua tergelak bersama-sama.
****
Pada pukul 5 petang...
"Ryna...! Dah siap ke belum?"
Jerit papa dari bawah."Kejap papa, Ryna dah nak siap ni. Give me five minutes pa!"
"Okay but hurry up papa takut jalan jammed nanti.
Aku pun dengan segera mengemas barang aku. Aku meneliti barang ku satu persatu supaya tiada barang yang tertinggal. Bukan banyak pun barang aku. Cuma dua beg je. Satu beg galas dan satu tote bag. Tu je. Aku ni jenis yang simple je tapi sekali aku bawak balik barang mau mama dengan papa membebel. Macam nak pindah rumah katanya. Aku turun bawah setelah memastikan semua barang sudah dimasukkan ke dalam beg. Aku memberi buku rekod pulang ke rumah kepada papa untuk ditandatangani. Setelah papa menurunkan tandatangannya kami pun memulakan perjalanan ke asrama aku. Tiba- tiba hati aku berasa sayu kerana tidak sempat bertemu dengan mama. Aku juga berasa tidak sabar untuk berjumpa Zu. Aku nak ceritakan segala apa yang berlaku di Putrajaya. Hanya kepada Zu aku boleh luahkan segalanya. Sejenak ku termenung
awan pun mulai murung tiada..."Ryna!"
"Opocot siulan burung-burung."
Papa ni terkejut Ryna tau.Terkejut aku dahlah melatah keluar lagu wany hasrita.
"Papa bukan sengaja, Ryna tu hah asyik termenung je. Papa nak suruh Ryna bagi buku laporan tu dekat makcik jaga tu."
Eh dah sampai rupanya. Patutlah.
Aku pun keluar dari kereta dan memberi makcik tu buku laporan.
"I'm so sorry pa. Ryna betul-betul tak perasan yang kita dah sampai."
"Its okay my dear. Nanti kalau sayang perlukan apa-apa just call me okay. Minggu depan papa datang melawat Ryna okay."
"Okay pa. Thank you. Ryna masuk dulu ye pa. Ryna minta maaf kalau sepanjang cuti ni Ryna asyik menyusahkan papa. Asyik termenung je. Papa tolong kirim salam Ryna dekat mama ye. Assalamualaikum pa."
****
P/S harini aku terpaksa balik asrama..😢 so ini chapter yang terakhir. Aku harap korang boleh tunggu aku. Insyaallah lagi dua minggu aku balik rumah aku update ye. Sori korang. Thanks sebab sudi baca story aku. Bye korang.....😘
YOU ARE READING
Our First Meet
Novela JuvenilAiryna najwa tak pernah menduga pertemuan yang tidak dirancang bersama seorang lelaki yg tidak dikenalinya di sebuah majlis perkahwinan akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Mereka telah ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi selepas peristiwa...