Hari ini aku pergi kenduri dengan papa.Aku tak ada semangat langsung sebab tak ada mama.Kejap lagi mesti papa tinggal aku then pergi borak ngan kawan-kawan dia.Tinggallah aku sorang-sorang.Perjalanan tu ambil masa dalam setengah jam je tapi Sekejap je aku rasa setengah jam tu.Finally saat yang aku tak tunggu ini dah sampai.Aku turun la kereta dengan hati yg berat.Then aku dengan papa pergi makan.Lepas je kami makan seperti yang aku dah agak papa pergi borak.
Lepas tu aku pun dudukla dekat sofa yg ada kat tepi dewan tu sambil main fon.Lepas dah tak ada kawan aku yang nak chat aku pun bangun nak jalan-jalan kejap then aku nampak photobooth.Aku pun pergi dekat photobooth tu.Niat dihati nak ambik gambar walaupun aku lone ranger hari ini.Rasa sedih kejap selalu ada kakak atau abang aku yang selalu berebut photobooth tu dengan aku tapi aku pergi jugak melangkah kan kaki aku ini ke photobooth tu. Nanti aku aku tunjuk dekat kakak dengan abang aku yang aku boleh bahagia tanpa diorang walaupun aku sedih sebenarnya. Tapi tiba-tiba aku dapat rasa yang mamat yang jaga photobooth tu macam pandang aku semacam. Aku dah rasa lain macam tapi aku buat tak tahu sebab aku set mind aku yang aku perasan. Tapi lepastu aku tarik balik kata-kata aku tadi bila aku rasa yang aku yakin dia memang pandang aku.Aku pun berkira-kira nak patah balik tapi.."Hai awak"tegur lelaki tersebut
"Oh, hai".
Aku jawab dgn malas.
"Mamat mana pulak ni.malas la nak layan". detik hati airyna."Awak sorang je ke"?
"Eh,taklah dengan ayah saya" jawab airyna. Aku berjalan nak tinggalkan photobooth. Terbantut niat aku nak tangkap gambar. Baru nak berlagak dekat abang dengan kak Nina. Tak apalah lagipun aku sorang-sorang. Mana best tangkap gambar sorang-sorang dekat photobooth.
"Eh awak nak pergi mana?"tanya mamat tu.
Aku pun pergi duduk dekat sofa yang aku duduk tadi.Then dia selamba badak aja duduk sebelah aku.Aku buat-buat main fon walaupun tak ada buat apa tapi aku buat tak tahu kat mamat tu.
Aku dapat rasa yang mamat tu pandang aku. Aku tak tahu nak try tengok ke tak then aku buat keputusan untuk try pandang dia. Apa yang aku anggap tdi memang betul. Dia memang pandang aku.Aku ingat dia nak pandang tempat lain tapi dia pandang je aku.Aku mula rasa tak selesa. Tapi kalau tengok betul-betul dari dekat hensem jugak. Tak nampak nerd even dia pakai spek.
'Eh tak semestinya orang pakai spek nerd, aku pun pakai spek jugak tapi tak nerd pun'bisik hati kecil airyna.
"Dah puas tenung muka saya?" Tanya mamat tu.
Aku terus pandang tempat lain waktu tu.
"Awak tak payah la malu-malu"
"Saya rela awak pandang muka saya lama-lama pun tak apa" usik mamat tu.Aku dapat rasakan muka aku merah waktu tu.Tapi untuk cover aku cakap..
"Awak ni pergi la jaga photobooth awak tu. Orang tengah ramai" balas aku
"Takpe kawan saya ada"jawab mamat tu.
"By the way kenape awak tak jadi tangkap gambar tadi?"tanya mamat tu.
"Takde pape lah"
"Sebab saya eh?"tanya mamat tu
"Taklah.dah saya nak pergi tangkap gambar.bye"aku jalan cepat-cepat.
Aku pun pergi tangkap gambar kat pbotobooth tu.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku pergi tangkap gambar.Apa yang aku tau muka aku mesti buruk gile sebab aku awkward sebab mamat sengal tu asyik pandang aku ngan kawan dia.Habis je aku tangkap gambar mamat tu datang kat aku...
"Jom tangkap gambar sama-sama"ajak mamat sengal.
"Eh taknak la"jawab Ryna.
"Ala tangkap je la dia ni hot tau kat Ig"sampuk kawan mamat tu.
Aku nampak mamat sengal tu cubit kawan dia.
"Mana ada.Apa kata kita selfie"tanya mamat sengal tu.
"Eh takpe lah"
"Umm nama awak apa eh"mamat tu tanya.
"Err kenapa nak tau eh" balas aku.
"Awak bagitau dulu nama awak apa baru saya bagitau kenapa" mamat tu selamba.
"Perlu ke? Saya rasa tak perlu kot awak tahu nama saya. Bukan penting pun.Awak nak buat apa kalau tahu nama saya?"
"Awak dah habis membebel ke?"
Comel la pulak bila budak ni memebebel getus hatinya.Mamat sengal ni boleh kata aku membebel?
"Mana ada saya membebel."
"Apa kata awak bagitau je saya nama awak apa.Takdelah awak penat membebel.Lepas bagitau saya nama awak barulah saya bagitau kenapa saya nak tau nama awak,ok?"
Nak bagitau ke taknak eh. Ah aku bagitau nama belakang aku je lah.
"Nama saya najwa, so kenapa?"tanya aku.
"Kalau saya tanya awak jangan marah tau."
"Apa dia cakap je la?"
"Saya nak kenal dengan awak. Awak dah berpunya ke?" Tanya dia selamba.
Aku terpaku...
YOU ARE READING
Our First Meet
Teen FictionAiryna najwa tak pernah menduga pertemuan yang tidak dirancang bersama seorang lelaki yg tidak dikenalinya di sebuah majlis perkahwinan akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Mereka telah ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi selepas peristiwa...