bab 13

21 2 0
                                    

Geng princess merungut-rungut kerana terpaksa berhimpit-himpit dengan ramai orang terutama yang bagi mereka no class. Kesemua ahli geng princess menyesal kerana mengunjungi pesta buku tersebut. Sudah lah terpaksa berhimpit-himpit malah jejaka-jejaka yang dicari juga masih tidak dijumpai. Kesemuanya kelihatan bengang kecuali Diana yang relaks sahaja memandangkan dia mengunjungi pesta buku ini untuk menemani sepupunya sambil membeli sebuah dua buku yang menarik minatnya. Manakala ahli geng princess yang lain cuma bertujuan untuk memikat putera idaman masing-masing.

Setelah beberapa lama meronda-ronda bangunan PWTC tersebut dari tingkat bawah ke tingkat atas dan masuk ke seluruh pelosok bangunan tersebut akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

"Eh korang, kejaplah! Saya nak tengok novel-novel ni kejap!"pinta Diana.

"Kalau you nak tengok buku, you tengoklah tapi I tak boleh temankan. Tak pun you minta cousin Nia temankan you. I'm so sorry D but I'm so tired right now."balas Tasha.

"I pun D. Sorry tau babe. Nanti I belanja you lain kali. Hari ni kaki lenguh sangat."ujar Lisa sambil mengeluh.

"Its okay lah. Lagipun Nia kan ada?"balas D sambik memandang ke arah Rania.

Rania yang baru ingin memohon maaf menjadi serba salah. Kaki dia pun dah sakit sebenarnya. Lenguh kot. Dari pagi sampai dah nak petang cari crush tapi haram. Seorang pun diorang tak jumpa. Jangan kata tuan punya badan, bayang pun tak nampak. Jadi sudahnya Nia cuma mampu tersenyum sahaja memandang D.

"I balik dululah ye D, Nia! Kaki I dah sakit sangat dah ni! Dahlah kaki sakit, hati I pun sakit. Penat I bangun pagi-pagi, pakai cantik-cantik tapi apa pun tak dapat."kata Lisa sambil berlalu dengan pantas. Kaki dah sakit sangat lah tu!

"I pun balik ye. Sorry sangat sebab tak dapat temankan you alls. I rasa kaki I ni dah melecet dah ni. Ingat nak jumpa buah hati tapi cuma I dapat letih adalah."ujar Ratna sambil lagakan pipinya dengan Diana dan Rania.

Diana melambaikan tangan ke arah Ratna sehinggalah hilang dari pandangannya. Kemudian dia memandang ke arah Rania sebelum berkata.

"Saya tahu awak pun nak balik kan Nia? Tapi awak tak sampai hati kan? Sokay, pergilah balik Nia. Nanti takut melecet pulak kaki awak."kata D dengan lembut juga nada prihatin.

Manakala Rania masih terkejut dengan kata-kata D.

"Macam mana you tahu?"soal Nia.

"Nia.. kita kenal bukan setahun dua. Dari kita lahir kot. Lahir pun katil sebelah-sebelah. Tarikh sebelah-sebelah. Saya kenal awaklah Nia. Kita dah macam kembar kot. Masing-masing anak tunggal pulak tu."balas Diana.

"Kalau macam tu kenapa you tak suruh balik dari tadi?"

"Takkan lah saya nak suruh awak balik depan kawan-kawan lain kot. Mesti nanti diorang salah faham. Nanti diorang fikir lain pulak."

Keprihatinan Diana mengharukan Rania. Tapi ego yang dipupuknya tak mudah dilunturkan. Lantas di tahannya dari mengalir.

"You know what D? I hate you! You suka buat I rasa bersalah tau. Takpe nanti I belanja you shopping eh?"

D tergelak melihat telatah sepupu kesayangannya. Ya, dia rindu sangat dengan sepupunya Rania yang dulu. Sepupu yang baik hati, suka mengalah,jujur, pendiam tapi periang,rendah diri caring, tak sombong,jaga batas pergaulan dan selalu nasihatkan dia.Bukan dia tidak suka dengan yang sekarang tapi gayanya sangat berbeza. Membahasakan diri I you bagai. Ada perubahan yang baik tapi selebihnya ke arah negatif.

"D you dengar tak?"pertanyaan Nia membuatkan dia tersedar daripada lamunannya. Mungkin sudah tiba saatnya untuk sedarkan sepupunya kembali.

"Ye saya dengar  Cik Rania Athirah ataupun..Ira?"

Our First MeetWhere stories live. Discover now