"Aku rasa aku dah tak nak bercinta la,Hariz."
"Eh janganlah macamni."
"Kau bayanglah aku baru first time suka kat someone tapi dia dah berpunya. Kau tak rasa apa yang aku rasa beb."
"Tapi sebenarnya apa yang buat kau suka dia. Sebab lawa ke? Kalau sebab lawa peminat-peminat kau lagi ramai yang lawa-lawa."
"Entahlah aku rasa macam ada something yang interesting pasal dia. Dia lain daripada yang lain beb. Dia buat aku nak mengenali dia. Dia buat aku nak tau pasal dia. Dan yang paling penting dia tak kenal aku."
"Macam ni lah kau pun boleh tengok sendiri, betapa garang dia layan kau. Sombong pulak tu. Layan kau pun macam nak tak nak je."
"Itulah yang buat aku tertarik pasal dia."
"Hadoii betullah cinta itu buta. Aku dah ada contoh terbaik. Depan mata aku ni hah."
"Kau ni cuba support member." Balas Airil dengan geram.
"Yela, apa yang aku boleh tolong kau."
"Entahlah wei. Kenapalah dia dah berpunya. Apa aku nak buat ni wei? Apalah nasib aku,Hariz?Macam mana ni?"
"Look Airil,kau tak payahlah serabut sangat.Kalau betul kau dah kemaruk nak bercinta sangat kbxau ambik je la salah seorang peminat kau. Kan senang. Tu si Rania yang minat kau dari sekolah rendah lagi. Ambik je la dia."
"Kau ni cuba bagi cadangan bernas sikit. Kalau aku nak dia dah lamalah aku couple dengan dia."
"Asal kau tak suka dia. Dia cantik, kaya,pandai and hot kot. Dia setaraf ngan kau. Apa yang tak cukup pasal dia. Semua cukup dan sempurna. Kau bayangkan dia setia ngan kau kot dari sekolah rendah sampai kita dah F5 kot. Walaupun dia ramai peminat dia still tunggu kau. Apalagi yang kau nak? Kadang- kadang akupun tak paham ngan kau ni."
"Satu yang dia tak ada. Sopan. Dia mmg cantik,kaya,pandai and hot but attitude dia fail. Pergaulan bebas contoh kau tengok dia bebas bersentuhan dia mana-mana lelaki. Bertepuk bertampar dengan lelaki ajnabi. Perempuan macam tu yang kau nak aku jadikan isteri. Aku kalau boleh biarlah aku jatuh cinta sekali je then terus kahwin. Tu yang depan aku tau,yang aku nampak tapi kat belakang aku entah-entah siap berpeluk. Dia punye pakaian tu macam nak tunjuk semua yang dia ada kau tahu tak?"
Hariz terdiam apabila mendengar ceramah aku.
"Kalau macam tu suka hati kau lah. Kalau kau nak tunggu si Najwa tu aku support je."
"Thanks wei sori kalau bahasa aku tadi buat kau terasa ke?"
"Eh kau ingat aku ni perempuan ke senang koyak."
Kami berdua ketawa...
*****
"Ryna, bangun sayang dah nak mahgrib ni. Tak elok tidur."
"Huwarghh.. dah pukul berapa ni papa?"
"Dah pukul 6.30 sayang."
"Ok pa. Thanks kejut."
"Papa nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia,pa?"
"Anak papa ada masalah ke yang buat anak papa stress?"
Aku terkejut dengan soalan papa.
"Urmm, ma.. mana aa.. ada pa. Ryna ok je."
Aku cuba memaniskan muka supaya papa percaya.
"Ye ke."
"By the way kenapa papa tanya?"
"Tak adalah, selalunya Ryna tak suka tidur petang kecuali masa stress."
Jap macam mana papa tahu. Setahu aku yang tahu pasal tu cuma mama.
"Mana papa tahu.?
"Mama yang cakap masa papa call mama petang tadi."
Patutlah papa tahu.
Aku memang tengah stress pun pasal mamat sengal tu. Aik suka hati aku je panggil mamat tu mamat sengal. Apa nama dia ek sebenarnya. Mesti nama dia sedap sebab dia pun hensem. Tula Ryna tadi dia nak bagitau nama dia kau tak nak.Eh apa aku fikir ni. Buat apa la kau fikir pasal dia Ryna. Mulai sekarang kau kena berhati-hati bila keluar dari rumah supaya tak terserempak dengan dia. Dan kau kena....
"Ryna!"
"Kus semangat. Papa ni suka buat Ryna terkejut."
"Dah anak papa ni asyik termenung je. Kejap-kejap termenung. Bila papa tanya cakap tak ada apa-apalah. Cuba Ryna cakap dengan papa."
Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Sebelum ni aku tak pernah menipu mama dengan papa. Tapi sejak mamat sengal tu wujud dalam hidup aku, aku asyik menipu papa je. Haih Ryna... Ryna.
"Tak ada pa. Ryna cuma fikir nak masak apa malam ni. Papa rasa nak makan apa?"
"Anak papa ni pandai masak ke?"
"Eh, papa, ni Ryna okay. Ryna selalu masak dengan mama tau. Insyaallah Ryna boleh masak tapi mungkin tak sesedap mama masak."
"Okay kalau macam tu papa boleh order la ni?"
"Boleh tapi kalau tak sedap papa jangan marah eh."
"Ye la. Papa rasa nak makan ayam masak merah,boleh?"
"Boleh, jom turun bawah. Kita masak sama-sama eh."
"Jom!"
Nasib baiklah papa percaya apa yang aku cakap. Kalau la papa tanya lagi pasal tadi.. haih mati la aku..
*****
"Airil, aunty panggil makan."
Airil diam tak berkutik.
"Woi Airil!"
"Hah apa?"
Airil baru tersedar dari lamunannya."Aunty panggil makan."
Hariz melabuhkan punggungnya duduk di atas katil bersaiz king milik Airil.
"Hish kau ni Airil makin kritikal kau ni. Sudah-sudahlah tu Airil kalau betul budak tu jodoh kau, kau mesti akan dapat jumpa dia lagi. Kau percaya lah cakap aku ni. Kau tak boleh abaikan kesihatan kau sebab dia. Kalau kau tak sihat macam mana kau nak jumpa dia, betul tak? Dah, jom makan. Aunty dengan uncle dah lama tunggu kau kat bawah."
"Ye lah. Thanks wei kau lah sepupu aku yang paling memahami aku. Okay la jom turun makan."
'Aku doakan kau bahagia Airil' doa hati kecil Hariz.
'Najwa,saya harap sangat kita dapat jumpa lagi. Awaklah cinta pertama saya dan saya harap awaklah yang terakhir..' desis hati kecil Airil.
P/S Macam mana readers setakat ni. Okay tak? Aku harap sangat korang boleh bagi respons kalau korang tak puas hati supaya at least I know my mistake. Kalau ada tertypo ke sorry tau. Thanks sebab korang sudi luangkan masa untuk baca story aku.sorry kalau lambat update. Kalau korang rasa okay bolehlah korang vote. Hehehehehe tapi aku tak paksa pun. Goodnight readers..
Adia ilyan
YOU ARE READING
Our First Meet
Подростковая литератураAiryna najwa tak pernah menduga pertemuan yang tidak dirancang bersama seorang lelaki yg tidak dikenalinya di sebuah majlis perkahwinan akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Mereka telah ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi selepas peristiwa...