bab 12

22 3 0
                                    

"Eh kau ni dah kenapa Ryna? Berhenti tiba-tiba tengah tengah jalan."soal Zu.

"Aku rasa ada orang panggil nama aku la. Kau tak dengar ke?"tanya Ryan pula.

"Tak ada pulak aku dengar. Tapi kalau ada pun bukan kau sorang je dalam dunia ni bernama Airyna takpun Najwa okay!!"balas Zu dengan nada sarkastik.

"Hurm ye lah."balas Ryna. Walaupun dia merasakan ada seseorang yang memanggil nama dia.'hurm biar jelah tak payah nak fikir sangat'.

Ryna meneruskan aktivitinya bersama Zu. Sedang dia berjalan tiba-tiba dia dapat menangkap seraut wajah yang tak pernah luput dari kotak fikirannya....

"Mamat sengal!"kata Ryna dengan nada yang agak kuat.'betul ke tu dia?' Dia masih ragu-ragu dengan apa yang dilihatnya sehinggalah... wajah itu kembali menoleh ke arahnya.

"Oh god!"pantas dia menarik tangan Zu yang sedang ralit memilih buku.

"Wei wei kau dah kenapa ni?tanya Zu."yelah siapa yang tak bengang,kita tengah pilih buku-buku best tiba-tiba rentap tangan pastu main seret je ke hulu ke hilir.

"Wei cepatlah!"arah Ryna tanpa mengambil kira soalan Zu sambil berjalan sepantas yang boleh. Fuhh kalah formula one kalau battle ni.

Dan akhirnya mereka sampai ke tempat yang kiranya paling selamatlah 'sangat' iaitu...

TANDAS.

"Ish kau ni kalau ye pon dah tak tahan nak membuang bagilah tau aku dulu ni tak main seret je."bebel Zu sehinggalah dia menoleh ke arah Ryna." Wei kau kenapa ni? Asal muka kau pucat sangat ni?"tapi Ryna masih membisu.

"Wei kalau dah tak tahan pergi lah cepat. Apasal kau tunggu lagi ni. Sampai pucat muka. Pergilah! arah Zu.

"Aku bukan nak membuang lah!"

"Dah tu buat apa kat sini? Asal muka kau pucat sangat ni?"

"Aku..aku..aku.."ujar Ryna tergagap sedikit.

"Aku apa!! Cakaplah cepat. Ke ada orang raba kau? Tu yang sampai pucat muka kau ni?"

Terkejut Ryna apabila mendengar tekaan Zu yang kurang logik itu. Tapi actually logik gak. Hehehe.

"Hish apa kau ni! Aku suci lagi okay?"

"Dah tu yang kau nak pucat sangat muka ni kenapa? Tergagap-gagap pulak tu.Mati-mati aku ingat kau kena raba tadi tau!"

"Sebenarnya tadi aku nampak.."

"Nampak apa?"sergah Zu sebab bosan nak tunggu Si Ryna ni ready so better dia paksa sikit.

"Aku nampak mamat sengal."kan senang terkeluar terus takdelah nak gelabah sangat.

"Lah tu je? Dah tu yang kau nak pucat-pucat bagai ni dah kenapa? Eh,jap mamat sengal mana ni?"

"Yang aku kata aku jumpa dia dekat Putrajaya tu la."

"Oh yang tu.. hah Putarajaya!! Wei mana wei. Yang mana?"terus Zu keluar dari toilet.

Ryna mengeleng-geleng kepalanya melihat gelagat Zu yang tertoleh sana tertoleh sini macam kucing hilang anak.

"Wei,tak ada pun."baru semangat nak tengok rupa 'mamat perasan' Si Ryna ni.

"Kau tau ke rupa dia macam mana?"
Laju Zu menggeleng kepalanya.

"Haih,dah tu yang kau confident nak kata dia tak ada.Macam mana nak ada kalau kau sendiri pun tak kenal dia."

Zu tersengih seperti kerang busuk."Ye tak ye jugak."sambil tergaru-garu kepala yang tak gatal sebelum menyambung "tapi kan kenapa muka kau pucat pulak? Lari pulak tu."

Our First MeetWhere stories live. Discover now