bab 14

14 1 0
                                    

Amir yang baru selesaikan menunaikan solat Isyak duduk di birai katil bujang miliknya. Dia masih memikirkan permintaan Puan Sri Salma petang tadi. Macam mana dia nak bagitahu ayah. Dia takut ayah tak izinkan dia. Sakit kepala dia apabila memikirkan macam mana nak bagitahu ayah. Sedang dia berada di dalam dilema. Kejadian petang tadi kembali menggamit kotak memorinya.

"Hurm..Rayyan,Amir masuk! Arah Puan Sri dengan tegas. "Mummy ada benda nak cakap!"

Amir dan Rayyan saling berpandangan seperti meminta buah fikiran tetapi masing-masing beku. Akhirnya Rayyan dan Amir masuk ke dalam rumah seperti arahan Puan Sri Salma. Setelah tiba di ruang tamu, mereka berdua berdiri dihadapan Puan Sri Salma seperti seorang pesalah yang sedang menunggu hukuman.

"Lah berdiri apa. Duduklah."geli hati apabila melihat gelagat gelisah anaknya dan anak pemandunya yang merupakan kawan baik dari kecil lagi yang sudah dianggap anak sendiri.

Rayyan dan Amir mendiamkan diri sambil menunggu butir bicara dari mulut Puan Sri Salma.

"Okay sebenarnya macam ni!"akhirnya Puan Sri memulakan bicara.

Manakala Rayyan dan Amir serius menunggu bicara selanjutnya.

"Jangan serius sangat wahai anak-anak mummy yang handsome."ujar Puan Sri Salma sambil ketawa.

Rayyan dan Amir terkejut melihat Puan Sri Salma yang ketawa. Geram pun ada. Diaorang dahlah berdebar pastu kena gelak. Sabor jelah!

"Mummy...janganlah main-main. Buat Rayyan berdebarlah."rungut Rayyan.

"Hahahaha tak adalah dah muka kauorang kelakar. Mummy gelaklah. Serius bebenor!"sambung mummy sambil ketawa.

Tetapi melihatkan wajah anak-anak teruna di hadapannya begitu serius. Dia terus menghentikan tawanya. Dia berdehem sedikit sebelum memulakan bicara untuk menghilangkan getaran suara akibat gelak tak ingat dunia tadi.

"Ehem.Okay,sebenarnya mummy bercadang untuk menghentikan perkhidmatan Pak Samad sebagai pemandu Rayyan."belum sempat dia meneruskan bicara Amir sudah memotongnya.

"Kenapa Puan Sri? Kalau disebabkan kejadian hari ini, saya mohon maaf bagi pihak ayah saya. Janganlah pecat ayah saya Puan Sri. Saya mohon sangat!"rayu Amir sambil melutut dihadapan Puan Sri Salma.

Puan Sri Salma yang terkedu melihat adegan yang tidak dirancang itu berlaku. Hish budak ni dah salah faham la pulak.

"Heish kamu ni. Berapa kali nak kena pesan jangan panggil PUAN SRI. Mummy tak habis cakap lagi kamu dah potong. Try to hear what mummy is saying not just" Puan Sri Salma menghelakan nafas sebentar sebelum menyambung.

"Mummy berniat nak hantar kamu ke kolej yang sama dengan Rayyan. Semua kos mummy yang tanggung. Kamu tak payah fikir. Mummy tahu Amir teringin kan nak sambung belajar semula kan? Mummy tahu Amir ada cita-cita kan? Result SPM Amir cemerlang. So jangan lepaskan peluang ni Amir. Pasal ayah Amir tu mummy ingat nak suruh dia jadi tukang kebun je dekat rumah ni. Tak adalah banyak bergerak sangat. Pemandu Rayyan nanti mummy cari yang baru.Setuju Rayyan, Amir?"

Rayyan menganggukkan kepalanya dengan pantas. Siapa tak suka kalau kawan baik nak masuk kolej yang sama. Happy gila beb. Tetapi tidak bagi Amir. Dia masih runsing memikirkan antara ayah ataupun cita-citanya.

"Amir.."gamit Puan Sri Salma apabila melihat anak muda itu diam tidak berkutik.

"Ya auntie."sahut Amir.

"Amir tak suka ye?"tanya Puan Sri Salma lembut persis ibu yang penyayang.

Amir melepaskan keluhan yang bunyinya agak berat pada pendengaran Puan Sri Salma sebelum menyambung.

Our First MeetWhere stories live. Discover now