Diana berasa hairan dengan kelakuan Danish yang tampak berlainan dari kebiasaannya tetapi kerana tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka iaitu hari ulang tahun percintaan mereka maka Diana cuma mendiamkan diri.
Danish yang sedang memandu kereta sedar akan pandangan pelik daripada Diana tetapi dia mengendahkan sahaja kerana ada hal yang lebih penting untuk dibuatnya hari ni. Dia cuma tersenyum untuk mengurangkan keresahan di hati Diana. Sesekali dia menjeling sekilas wajah yang amat dikasihinya. Ya, dia amat mencintai Diana jadi dia tidak sanggup untuk kehilangan Diana. Oleh itu, dia tekad untuk melakukan semua ini. Dia memberi signal menuju ke arah sebuah mall yang terkenal di
Diana bahagia apabila dapat meluangkan masa hujung minggu bersama kekasih tersayang. Terutama pada hari yang paling bahagia buatnya iaitu hari anniversary-nya yang pertama.
Selepas menghabiskan masa seharian bersama. Mereka buat keputusan untuk pulang kerana jam sudah menginjak ke angka 9.
"Ana, sebelum saya hantar awak balik singgah rumah saya sekejap boleh? Saya tertinggal sesuatu kat rumah yang nak bagi dekat awak." Kata Danish.
"Ana okay je tapi Nish nak bagi apa lagi. Dah macam-macam yang Nish buat untuk Ana hari ni."
"Nish bukan apa tapikan hari ni hari ulang tahun kita yang pertama so Nish nak bagi Ana memori yang Ana akan ingat sampai bila-bila. Boleh?"rayu Danish. Dia yakin yang Diana akan termakan dengan rayuan dia.
"Okaylah tapi jangan lama-lama tahu! Nanti mama bising!"
"Okay sayang tak lama. Kejap je!" Ujar Danish. Maafkan Nish Ana. Nish tak sanggup kehilangan Ana. bisik hati kecil Danish.
"Anything for you dear!"ujar Diana gembira.
Danish memberhentikan kereta di rumahnya bersama yang di kongsi bersama dua orang lagi rakannya.
"Jom Ana!"ajak Nish.
"Ish tak nak lah Ana masuk. Malulah dekat kawan-kawan Nish nanti. Nish buat kat luar je lah."
"Tak apalah diorang tak ada dekat rumah. Diaorang ada parti kat rumah Nicol sampai pagi."
"Ohh patutlah. Tapi boleh ke Ana masuk ni? Diorang tak marah ke?"sebenarnya dia berasa tak sedap hati tapi dia amat mempercayai Danish kerana sepanjang setahun hubungan mereka Danish tidak pernah menyentuhnya sesuka hati.
"Ana..ni bukan Malaysia sayang! Tak ada apalah. Lagi cepat kita masuk lagi cepat kita keluar okay? Tapi kalau Ana tak nak masuk tak apalah, Nish faham yang Ana masih tak percayakan Nish. Sokaylah kalau macamtu!" Ujar Danish sambil mengendurkan suaranya.
Diana yang menyedari perubahan suara Danish terus memintas.
"Mana ada. Ana percayakan Nish. Jom masuk!"
"Thanks sayang!"balas Danish.
Mereka masuk rumah tersebut bersama-sama. Danish tidak menghidupkan lampu sebaliknya terus menarik tangan Ana ke arah dapur. Ana yang tidak banyak soal hanya mengikut sahaja. Apabila sampai di dapur, Danish membuka pintu dapur tersebut.
"Wahh, Nish cantiknya! Patutlah Nish ajak masuk. Pandai nya Nish buat. Mesti penat kan nak buat semua ni."ujar Diana teruja melihat bunga ros yang di tabur membentuk namanya berserta belon yang berwarna-warni dihias kreatif dan macam-macam lagi. Diana tidak menyangka bahawa Danish sanggup membuat ini semua buatnya.
"Ada kejutan lagi tau!"
"Wah ada lagi? Kejutan apa pulak?"
"Eh mana boleh bagi tau nama pun surprise kan! Tapi dekat atas ada hadiah lagi. Yang ni lagi special tau! Jom naik atas!"
YOU ARE READING
Our First Meet
Novela JuvenilAiryna najwa tak pernah menduga pertemuan yang tidak dirancang bersama seorang lelaki yg tidak dikenalinya di sebuah majlis perkahwinan akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Mereka telah ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi selepas peristiwa...