Ni bilik kau...maaflah tak seberapa,maklumlah..orang kampung.kata Fitri.
Puteri melihat sekeliling bilik itu.
Bolehlah daripada takde ape..cukuplah tu katil bujang dan meja solek.Lagipun bukannya dia nak mewah sangat.Cukup lah dia dapat tidur dengan selesa.Kipas pun ok je dia tengok.
Bilik aku dekat sebelah,Bilik Azrul kat depan.Bilik Mak Munah kat belakang.terang Fitri.
Puteri mengangguk perlahan tanda faham.
Kalau ada apa-apa...panggil aku.Takpun Azrul.Selamat malam.ucap Fitri sebelum menutup pintu bilik itu daripada luar.
Puteri hanya tersenyum.
Dia duduk di atas katil itu.Empuk rasanya.Suis kipas ditekan.Terasa angin yang melegakannya.
Dia cuba baring di atas katil itu.
Nasib kau lah,Puteri..kau sendiri yang nak lari rumah..menumpang lah kau macam ni.kata hatinya.
Puteri bangun semula.Matanya memang ngantuk daripada siang tadi.Tak cukup tidur semalam tak habis lagi.
Dia menutup suis lampu.Bilik itu menjadi gelap.
Puteri kembali ke katil.Baring dengan gembira.Akhirnya dia dapat baring dengan selesa.Boleh lah dia melengkapkan tidurnya yang tidak cukup itu.
***
Rul,kau ada simpan duit tu?soal Fitri.
Ada....dalam bilik.jawab Azrul yang sedang menonton televisyen itu.
Bagus..simpan elok-elok.Itu je duit yang mampu tolong kita.kata Fitri.Riak wajahnya serius.
Ye..jangan risau...balas Azrul.
Fitri diam.Memikirkan apa yang patut dibuatnya selepas ini.
Macam mana kalau dorang cari kita kat sekolah?soal Fitri risau.
Jangan risau..dorang tak cam kita.Lagipun,diorang takkan syak budak sekolah yang buat..jelas Azrul yakin.
Fitri terdiam lagi.
Azrul menoleh ke arah Fitri.Melihat wajah kawannya yang tampak risau itu.
Jangan risau lah,Fit...semuanya akan okay..kata Azrul tenang.Dia tak mahu rakan baiknya itu susah hati.
Bahu Fitri ditepuknya perlahan.
Jangan risau ok.kata Azrul lagi.
Fitri hanya kaku.
***
Pakk!
Lengan Puteri ditepuknya sendiri.
Niat murninya yang ingin tidur dengan lena diganggu orang ketiga.
Nyamuk.
Pakk!
Puteri menepuk pehanya pula.
Nyamuk ni marah kat aku ke apa,tak henti-henti serang nii...bisik hati Puteri.
Dia menggaru lehernya pula.Dia diserang bertali arus.
Tak boleh jadi ni..aku tak boleh tidur macam ni.bisik hati Puteri.Dia bingkas bangun,keluar daripada bilik itu.
Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah malam.
Dia ke bilik Fitri.
Knock!Knock!
Pintu bilik Fitri diketuk berulang kali hingga membuatkan Puteri pelik.
Aik..dah tidur ke..?tapi gaya macam takde orang.bisik Puteri hairan.
Dia melangkah ke ruang tamu.
Kelihatan Azrul sedang asyik menonton perlawanan bola sepak.
Azrul menoleh apabila menyedari Puteri muncul di situ.
Eh...tak tidur lagi...kata Azrul tenang.
Puteri hanya menggelengkan kepalanya sambil tersengih.
Nampak Fitri?soal Puteri.
Fitri..biasalah dia malam-malam macam ni..dia kat belakang..ujar Azrul yang pandangannya masih tertumpu ke televisyen itu.
Kat belakang?kata Puteri hairan.
Azrul mengangguk.
Dekat pantai?soal Puteri lagi.
Azrul mengangguk lagi.
Puteri seolah tak percaya yang Fitri ke pantai di waktu ini.Dia pun melangkah keluar daripada rumah itu,menuju ke belakang.
Bunyi desiran ombak dapat didengarinya.Dia melangkah perlahan di pasir pantai yang lembut itu.
Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang bersandar di sebuah kerusi panjang yang berhadapan dengan laut.
Kenapa kau duduk sini?soal Puteri lalu duduk disebelah Fitri yang bersweater juga.Ingat sweet ke?
Saja...rasa angin..Tenang..kata Fitri yang memejamkan matanya itu.Hampir setiap malam dia akan berada di situ.Menikmati angin malam dan desiran ombak yang menenangkan.
Terdetik di dalam hati Puteri yang Fitri ini penuh dengan misteri.
Tak tahan nyamuk ke kak?soal Fitri.
Puteri tersentak.
Dia sudah mula percaya yang Fitri ni memang boleh baca minda orang.
Mana kau tahu ni?soal Puteri hairan.
Fitri tersenyum kecil.
Aku tahulah..sebab aku pun macam kau bila pertama kali aku tinggal sini.kata Fitri.
Ouh...kau bukan orang sini?soal Puteri.Hatinya sedikit lega apabila mengetahui yang Fitri bukannya boleh membaca fikirannya.
Dia melihat lautan yang gelap itu.Angin laut itu begitu menyamankannya.
Angin itu bertiup dengan agak kuat.
Aku bukan orang sini...aku pun pendatang baru kat sini.balas Fitri perlahan.
Puteri mula menguap.
Dah tu..Mak Munah tu?bukan mak kau?soal Puteri lalu beberapa saat kemudian,dia menguap lagi.
Mak Munah tu..mak Azrul..disebabkan aku dah anggap Mak Munah tu macam mak sendiri so aku pun...
Fitri kaku.Tak sempat menghabiskan ayatnya.
Dia menoleh ke arah Puteri.
Memang bahu aku ni tempat sandar untuk dia je ke?soal hati Fitri lalu tersenyum.Entah kenapa dia terasa tenang apabila Puteri terlentok di bahunya itu.
Rambut Puteri itu dbelai perlahan Fitri.
Kenapa perempuan yang serba serbi cantik macam kau ni lari rumah?Apa cerita disebalik wajah yang cantik ini?.fikir Fitri.
YOU ARE READING
Pengganti
Teen Fiction"Kau bukan Farouk,Fit" "Aku tak sempurna Puteri,Aku bukan Farouk tapi aku yakin aku boleh bahagiakan kau"jelas Fitri. Adakah dia pengganti Farouk? Sebuah kisah sambungan daripada KERANA yang kelihatan memerlukan ending yang lebih formal.