Puteri melangkah masuk ke dalam kereta Myvi itu dengan hati yang terpaksa.Tak tercapai niatnya untuk lari daripada Redza.Tidak sampai 48 jam,dia sudah dijumpai kembali.Zizie masuk ke tempat duduk hadapan sebelah pemandu.
Put...kau okay?tanya Zizie risau.
Kenapa kau bawak Redza,Zie...kan aku dah cakap jangan beritahu sesiapa...ujar Puteri yang agak tidak puas hati.
Aku da try,Put...tapi Redza push akuu..desak aku sampai melutut bagai..aku tengok dia betul-betul nak cari kau jadi apa salahnya kalau bagi dia peluang kedua...jelas Zizie panjang lebar.
Peluang kedua?Tanya Puteri lalu tersenyum sinis.Ayat Zizie itu membuatkan skala kemarahannya membuak sedikit.Terasa luka di hatinya yang belum kering itu kembali bernanah mengingatkan setiap seksaan yang Redza beri.
Zizie diam.Begitu juga Puteri.Keadaan menjadi kekok.Puteri melemparkan pandangannya ke luar.Memandang ke arah Fitri yang sedang berbual dengan Redza.Entah apa yang dibualkan mereka.
Rasa serba salah terdetik di hati Puteri apabila melihat wajah Fitri yang bengkak akibat ditumbuk Redza.
Aku nak kau tahu...dia tu bini aku...so aku taknak kau kacau dia lagi...kata Redza serius.
Fitri hanya diam.Mendengarkan aje bebelan Redza.
And one more thing...kalau aku tahu,kau ada contact lagi dengan bini aku,aku takkan teragak-agak nak pukul kau lagi teruk daripada yang aku bagi tadi.kata Redza memberi amaran.Maklumlah berdarah samseng.
Fitri diam lagi.Hanya menundukkan kepalanya lalu dia menjeling ke arah Puteri yang sedang merenungnya daripada dalam kereta.
Kau faham tak ni apa yang aku cakap?!gertak Redza.
Pandangan Fitri beralih kembali kepada Redza.
Dia merenung wajah Redza itu.
Faham bang...jawab Fitri perlahan.
Sejak bila aku jadi abang kau?!gertak Fitri lagi.
Fitri agak terkejut dengan gertakan itu.
Redza merenungnya tajam buat kali terakhir lalu dia berpaling dan melangkah ke kereta Myvi itu.
Fitri memerhati langkah Redza itu lalu pandangannya menjeling ke arah Puteri yang masih merenungnya.
Beberapa minit kemudian...Kereta Myvi itu dipandu laju Redza.
Fitri kaku di situ.Melihat kereta itu berlalu pergi sehingga ia hilang daripada pandangan.Fitri melihat langit malam itu.
Dia mengeluh kecil.
***
Fit....kau okay tak ni?soal Azrul selepas menghempas punggungnya di kerusi panjang itu bersebelahan dengan Fitri.
Fitri tak menjawab.Dia memejamkan matanya sambil menyandar di kerusi panjang itu.Desiran ombak itu menenangkannya.Peristiwa malam semalam masih segar diingatannya.
Azrul pun berdiam diri.Tak tahu nak cakap apa dengan si Fitri ni.Makin hari,makin murung si Fitri ini dia perhatikan.
Dah la,Fit.Kau kena kuat...kata Azrul sambil melihat pantai yang indah disinari mentari pagi itu.
Fit membuka matanya.
Merenung jauh ke arah lautan lalu dia mengeluh kecil.
Azrul sedikit gusar dengan sikap si Fitri ini yang semakin berubah.
Aku rindu dia,Rul...kata Fitri perlahan.
***
Fitri?soal Zizie.
Yes,Fitri...jelas Puteri.
Macam mana kau boleh jumpa mamat ni?soal Zizie lagi.
Sampai boleh ikut dia balik rumah..tambahnya lagi.
Panjang ceritanya dan aku malas nak pendekkan.balas Puteri yang sedang menyiapkan karangan.Sudah seminggu peristiwa itu berlalu.
Redza kini selalu tidak berada di rumah.Outstation katanya.
Dia kini kembali dengan dunianya seperti biasa.Sekolah.Nasiblah ada si Zizie yang temankan dia kat rumah time Redza takde.
Kelasnya itu riuh dengan mulut kepoh penghuni kelas tingkatan 5 yang masih leka dengan duniawi tanpa menyedari hakikat tahun ini mereka menghadapi SPM.
Pandangan Puteri beralih ke luar kelasnya.Kelibat Azrul dilihatnya sedang melintas di hadapan kelasnya itu.
Dah lama tak nampak mamat ni...bisik hatinya.
Apa cerita dengan Fitri agaknya...Fikirnya.Wajah Fitri muncul di benak fikirannya setelah melihat Azrul.
Ehh...tu bukan member Fitri ke..yang kau reject tu?kata Zizie setelah melihat kepada pandangan Puteri yang kelihatan seperti terpegun itu.
Azrul...bisik Puteri.
Yang sebelahnya tu siapa pulak..tak pernah nampak pun budak nerd tu.ujar Zizie ingin tahu.
Aku pun tak tahu..tapi sekali pandang macam kenal...kata Puteri sedang memikirkan siapakah lelaki yang sedang berjalan bersama Azrul itu.
***
Skrin komputer itu ditenung Puteri.Waktu rehatnya dihabiskan di bilik kaunseling ini.Tempat dia melepaskan rindu kepada Farouk.Tempat duduk Farouk itu diduduknya sambil merenung gambarnya dengan Farouk ketika di kem.Farouk kelihatan sedang memeluknya daripada belakang dan dia sedang bersandar di tubuh Farouk.Mereka sedang melihat pantai.
Knock!Knock!
Pintu itu dibuka perlahan.Cikgu Syarul masuk dengan fail ditangan.
Puteri?panggil Cikgu Syarul.
Ye?sahut Puteri setelah empat kali namanya diseru.Jauh betul termenung.
Boleh tolong cikgu ambil fail dekat pejabat?Soal Cikgu Syarul.
Boleh,Cikgu.balas Puteri sambil tersenyum.
***
Puteri melangkah ke arah pejabat.Dia dah selalu menolong Cikgu Syarul seperti ini.Ambil Fail.Hantar Fail.Itupun sebab Cikgu Syarul dah anggap dia macam adiknya sendiri.
Pintu pejabat itu dibuka.
Dia tersenyum kepada kerani yang bertugas lalu dia melangkah ke bilik dokumen.
Beribu fail berada di dalam bilik tersebut.
Aduhaii...kenapa time aku je mesti failnya letak kat tinggi-tinggi?soal hatinya yang sedar akan ketinggiannya yang comel itu.
Dia cuba menggapai fail itu walaupun penat dia jenjetkan kakinya itu.
Kalau lah Farouk ada...bisik hatinya.
Lalu fail yang mahu diambilnya itu digapai seseorang.
Dia agak terkejut.Dia mendongak sedikit untuk melihat empunya tangan itu.
Dia makin terkejut.Bulu romanya naik.
Kenapa jantungnya berdegup kencang apabila Fitri yang menggapai fail itu.
Kenapa ia perlu sama seperti Farouk menolongnya dulu.
Kenapa Fitri?
YOU ARE READING
Pengganti
Teen Fiction"Kau bukan Farouk,Fit" "Aku tak sempurna Puteri,Aku bukan Farouk tapi aku yakin aku boleh bahagiakan kau"jelas Fitri. Adakah dia pengganti Farouk? Sebuah kisah sambungan daripada KERANA yang kelihatan memerlukan ending yang lebih formal.