Puteri lena bersandarkan bahu Fitri yang turut sama lena.Kereta Myvi hitam itu dipandu perlahan melalui kawasan kampung itu.Dah 3 jam selepas mereka tinggalkan rumah.Hari pun dah nak lewat petang.
Azrul menjeling ke arah Zizie yang kelihatan lena dibuai mimpi.Memang semua penat agaknya.Stereng itu dipegang erat.Azrul memandang ke arah jalan raya tersebut.Panorama kampung di kiri dan kanannya tak diendahkan.Nostalgia muncul di benak fikirannya.
Keluhan kecil dilepaskan.
Masih segar diingatan peristiwa itu.Peristiwa yang mengubah hidup Fitri dan hidupnya.
Sekali sekala cermin pandang belakang dijeling Azrul.Perjalanannya itu dipenuhi nostalgia.Dia masih ingat Fitri menangis untuk 2 hari tanpa henti dan murung untuk berbulan-bulan.
Memang benar Fitri itu kawannya.Kawan baiknya.Namun,Fitri tak sepatutnya ada dalam kancah gangsterisme ini.Ini semua salah Redza.Redza puncanya.
Tak guna punya Redza!bisik hati Azrul sambil kereta itu terus dipandu.
Emosi Azrul terganggu ketika ini.Ditambah pula dengan kejadian siang tadi.Fikirannya serabut sekarang.Dia perlu rehat.
Cahaya mentari yang kemerahan itu menyinari wajahnya.Di sebelah kanannya jelas terbentang luas lautan.Kawasan yang sesuai untuk berehat seketika.
***
Angin petang di pantai itu berhembus sepoi-sepoi bahasa.Terasa bayu ketenangan disitu menghempas lembut ke pipi Azrul.Boleh jugak dia hirup udara segar.Rasa bersalahnya terhadap Fitri masih menggunung.Dia tak mahu menceritakan sejarah hitam kawan baiknya itu.Biarlah Fitri sendiri yang buka mulut jika ada yang bertanya latar belakang hidupnya.
Tiba-tiba bahu Azrul ditepuk dari belakang.Dia menoleh.
Kau ok tak bro?soal Fitri yang baru keluar daripada kereta.
Azrul hanya tersenyum.
Kedua pemuda itu berdiri menghadap laut.
Kelihatan matahari akan terbenam.Pinggir pantai yang tenang.Maybe takde orang yang berkunjung ke sini sebab ia di tepi jalan kecil dan jauh dari perkampungan.
Kini hanya tinggal Fitri seorang yang duduk termenung.
Desiran ombak itu menenangkannya.
Kita kat mana ni?Soal Puteri perlahan.
Fitri menoleh.
Pantai Bayu.jawab Fitri lembut.
Puteri mengikat rambutnya lalu duduk di sebelah Fitri.
Kemana kita nak lari?soal Puteri.
***
Azrul sedang lena di dalam kereta.Dia sendiri berharap dengan tidurnya ini nostalgia tadi takkan mengganggunya buat masa ini.Maybe bukan salah nostalgia tapi
dia yang benar benar perlukan rehat.Zizie memerhati Azrul yang sedang tidur itu.
Tidur pun hensem.getus hatinya sambil tersenyum kecil.
Zizie meregangkan tubuhnya diluar kereta itu.Kelakuannya itu terhenti apabila kelibat satu pasangan sedang duduk di pantai sambil melihat matahari terbenam.
Zizie tersenyum.Menumpang bahagia Puteri.Sekali lagi wajah Azrul dijelingnya lalu senyumannya tadi mati.Dia terdiam.Bermonolog sendirian.
Betul ke apa aku buat ni?Sanggupkah aku nak betray macam ni?
Soalan itu ligat bermain dalam benak fikiran Zizie sekarang.Dia sendiri buntu.Sesungguhnya dia terpaksa melakukan perkara ini demi menjaga keselamatan ayahnya.
Dia buntu.
***
Sorry.kata Fitri lembut.
Puteri mendongak sedikit untuk memandang Fitri.Kepalanya teralih sedikit dari bahu kanan Fit itu.
Why?soalnya.
Sorry sebab libatkan kau dalam hal ni.jelas Fitri.Pandangannya masih kekal pada matahari terbenam itu.
Setelah Puteri mendengar soalan itu,dia kembali menyandarkan semula kepalanya ke bahu Fitri.
Its okay.Asalkan saya bersama awak.Saya akan ok.kata Puteri.
Its not gonna be okay if you know the truth...ujar Fitri.Nadanya serius.
Kali ini Puteri mengangkat kepalanya lagi.Mata mereka bertemu.
What truth?soal Puteri.
Fitri melarikan pandangannya dari terus merenung mata Puteri.Dia takut Puteri dapat membaca perasaannya melalui gerak anak matanya.Sejujurnya dia tak pandai menyembunyikan perasaan.
Long story baby.jelas Fitri.Jawapan selamat.
We have a lot of time,so just tell me.kata Puteri.
Benar kata Puteri itu.Namun,Fitri teragak-agak untuk menceritakan hal sebenar atau dalam erti kata lain,dia belum bersedia.
Fitri terdiam.
Fitri...panggil Puteri lembut.
Fitri menoleh.
Daripada cara renungan Puteri itu,dia tahu Puteri mahukan kebenaran.
Im not ready,Put.jelas Fitri.
Renungan Puteri masih mengarah ke arah Fitri.Membuatkan Fitri tertekan.
You dont know me.Kau tak kenal aku lagi,how do I live,apa latar belakang aku semua..dan aku rasa..ini bukan masanya sesuai.jelas Fitri.
Kalini pinggang Fitri dipaut lembut Puteri.
Yes.I know it.Memang betul saya tak kenal awak lagi,saya tak tahu latar belakang awak dan tak tahu apa-apa pun pasal sejarah hidup awak....tapi..
Kata-kata Puteri itu seolah terhenti.Dia mendongakkan wajahnya.Mata mereka bertemu sekali lagi.Dia mahu Fitri melihat anak matanya supaya Fitri tahu yang dia tak menipu.
Tapi I think I already fall in love with you,Fitri.So,you can trust on me.
YOU ARE READING
Pengganti
Teen Fiction"Kau bukan Farouk,Fit" "Aku tak sempurna Puteri,Aku bukan Farouk tapi aku yakin aku boleh bahagiakan kau"jelas Fitri. Adakah dia pengganti Farouk? Sebuah kisah sambungan daripada KERANA yang kelihatan memerlukan ending yang lebih formal.