Awak...kalau saya dah takde nanti macam mana?soal Umairah.
Fokus Fitri yang sedang membaca itu terganggu.Kini fokusnya tertumpu kepada Umairah.
Kenapa cakap macam tu?soal Fitri.Buku itu ditutupnya lalu diletakkan di atas pehanya.
Umairah tersenyum.Matanya bersinar disinari matahari senja itu.
Umairah?panggil Fitri menunggu jawapan.
Umairah menoleh.Mata Fitri itu ditenungnya.Dia tersenyum lalu beberapa saat kemudian, dia memandang kembali laut di hadapannya itu.
Entahlah...Just wondering.balas Umairah.
Angin bayu menghembus lembut memainkan rambut Umairah itu.
Do you want to leave me baby?soal Fitri.Wajah Umairah itu dipandangnya daripada sisi.
Buat kali kedua,wajah Fitri itu ditenungnya lagi cuma kali ini lebih lama mata mereka bertentang.
Jikalau ditakdirkan saya tinggalkan awak,awak tak perlu risau.jelas Umairah lembut.
Fitri mendekatkan dirinya dengan Umairah.Wajah mereka berhadapan.Mata ke mata.
Kenapa saya tak perlu risau?soal Fitri.
Tatapan mereka makin dalam.Mereka berdua hanyut dalam renungan masing-masing seolah-olah bercakap menggunakan telepati.
Selepas beberapa saat,barulah Umairah sedar daripada lamunan dan berkata...
Sebab perasaan sayang ni tak pernah berubah,Fitri.
***Ni semua salah kau,Redza.kata Zizie marah.Suaranya itu dikawal sedikit bagi menghormati pesakit lain yang sedang berehat.
Redza yang terlantar itu hanya mampu diam.Memang benar salahnya kerana tak mampu mengawal marahnya.Nasib dia sempat mengelak kereta tersebut lalu keretanya terbabas lalu terlanggar sebatang pokok.Nasib pelanggaran itu takdelah teruk mana,Redza cuma patah tangan kanannya dan luka di badannya.
Manakala Puteri,masih koma di wad ICU.Pelanggaran itu menyebabkan kepala Puteri terhantuk dengan kuat.
Kepala Redza yang berbalut itu terasa berdenyut-denyut sakitnya.
Put..puteri ok?soal Redza agak tersangkut-sangkut suaranya untuk keluar.
Kau rasa?perli Zizie yang agak berang.
Aku tahu salah aku,Zie...tapi dia yang buat hal..jelas Redza perlahan.
Kalau ye pun salah Put,pakailah otak kau sikit,Redza...kali ini nada Zizie semakin tinggi.
Redza terdiam lagi.Selepas beberapa saat,Zizie mengatur langkah keluar daripada wadnya.
Langkah kaki Zizie itu melangkah laju ke Unit Rawatan Rapi.Marah betul dirinya dengan Redza.Tak pandai kawal emosi sampai mengancam nyawa orang.Nyawa Puteri pulak tu.
Puteri kelihatan masih tak sedarkan diri.
Kerusi ditarik perlahan lalu Zizie menghempas punggungnya di kerusi yang berada di sisi katil Puteri itu.Sayu hatinya melihat keadaan kawan baiknya itu.Tangan Puteri itu digapai lembut.
Kalaulah Farouk ada kat sini...bisik Zizie.
Tiba-tiba mesin pengimbas denyutan jantung itu menunjukkan kadar denyutan jantung Puteri meningkat sebaik sahaja nama Farouk disebut.
Zizie agak terkejut.
Beg tangannya digapai lalu diseluknya.Telefon bimbitnya digapai lalu dia mendail satu nombor.Telefon itu diletakkan di telinganya.Wajahnya serius.
***
Itu orang ke?soal Umairah agak terkejut.
Mana?soal Fitri pula.
Tu ha...balas Umairah sambil jari telunjuknya itu menunjukkan ke arah laut.
Kelihatan kelibat seorang wanita sedang berjalan di dalam air menuju ke tengah laut.
Mata Fitri yang dikecilkan untuk meneliti kelibat itu kini terbeliak.Dia kenal kelibat itu.
Dia berdiri.
Puteri!!jeritnya.
Langkah Puteri terhenti.Air laut sudah di aras pinggangnya.Dia menoleh memandang Fitri daripada situ.
Kelihatan Puteri sedang menangis.Fitri tersentak.
Puteri?!
Puteri memalingkan muka.Meneruskan langkahnya ke tengah laut itu.
Puteri!jerit Fitri lagi.
Puteri tak menoleh.
Nama Puteri dijerit beberapa kali.
Puteri!
Puteri!
Oii Fitri!jerit Azrul.
Mata Fitri terbeliak.Wajah Azrul dihadapannya.Dia tertidur lagi.Keluhan kecil dilepaskan.
Teruk betul ngigau kau ni,Fit...daripada dalam rumah dengar kau jerit-jerit..ingatkan kena sampuk dek beruang ke apa...jelas Azrul.
Belakang lehernya itu diusap Fitri perlahan.Rambutnya serabai.
Ringgg!
Fitri menoleh ke arah telefon bimbitnya yang berdering itu.Tertera nombor tak dikenali di skrin telefon itu.
Hello?
Hello?Ini Fitri ke?soal suara itu.
Ye saya..siapa ni?soal Fitri pula.
Wajah Fitri itu ditenung Azrul.
Seriously?!kata Fitri terkejut.
Azrul tumpang sekali terkejut.
Ok..ok..I'll be there.kata Fitri lalu talian itu dimatikan.
Apahal,Fit?soal Azrul risau setelah melihat riak wajah Fitri berubah.
Kereta kau boleh guna?soal Fitri.
Boleh..kenapa?tanya Azrul semakin risau.Mintak kereta pulak si Fitri ni.
Ok..jom gerak..kata Fitri yang sudah bergegas ke dalam rumah.
Tapi...tapi apa cite ni?soal Azrul mahukan jawapan.
Puteri masuk hospital!kata Fitri.
***
Kadar denyutan jantung Puteri normal.Tidak seperti tadi.Zizie sudah tertidur di sisi katil Puteri itu.
Jantung Fitri berdegup laju.Langkahnya itu semakin perlahan.Pelik dengan dirinya sendiri.
Kenapa terasa berat benar hatinya apabila papan tanda Unit Rawatan Rapi itu kelihatan tidak jauh daripada situ.Dia memasuki Unit Rawatan Rapi itu dengan perlahan.Jantungnya masih berdegup laju.Kelihatan langkah Azrul lebih laju daripadanya.
Azrul menoleh ke arah Fitri.Dia hanya diam.Dia faham perasaan kawan baiknya itu.Dia faham masih segar peristiwa itu diingatan Fitri.Peristiwa yang mengubah Fitri.
Kau ok bro?tanya Azrul perlahan.
Fitri hanya mengangguk perlahan.
Langkah Fitri terhenti apabila melihat kelibat Puteri terlantar di katil itu.
Langkahnya diatur perlahan ke sisi katil Puteri.Azrul hanya memerhati.
Sayu hati Fitri.Bukan kerana Puteri namun kerana nostalgianya.Wajah Puteri itu dibelainya.Rambut Puteri itu disisipkan telinga.Fitri menahan sebak.Nostalgia menghantui dirinya lagi.Air matanya jatuh perlahan.
Tangan Puteri digenggam erat.
Umairah?soal Fitri.
Kelihatan di katil itu bukan lagi Puteri.
Umairah?soal Fitri seakan tak percaya.
YOU ARE READING
Pengganti
Teen Fiction"Kau bukan Farouk,Fit" "Aku tak sempurna Puteri,Aku bukan Farouk tapi aku yakin aku boleh bahagiakan kau"jelas Fitri. Adakah dia pengganti Farouk? Sebuah kisah sambungan daripada KERANA yang kelihatan memerlukan ending yang lebih formal.