SUGA POV
"WARNING! RED ALERT! I REPEAT RED ALERT! THE DE'LUXIO DUNGEON HAD BEEN ATTACKED."
"Apa yang dah jadi ni?" Tanya warden 1 dengan eksperasi muka yang agak ketakutan.
"Aku pun tak tahu." Jawab warden 2 sambil meletakkan tali sebat di atas meja yang penuh dengan senjata untuk menyeksa banduan.
"Kita kena lari keluar ke? Ni mesti terrorists yang datang menyerang nih." Tambah warden 3 sambil meraup mukanya. Nampak stress.
Aku macam mana? Takkan diorang nak tinggal aku mereput kat sini.
Aku hanya memerhati tindak-tanduk mereka.
Tetiba..
*BUUMMM!*
Bom?
"Iginio."
"Aku rasa bangunan blok B dah meletup. Baik kita lari sekarang untuk selamatkan diri." Cakap warden 1 sambil mundar mandir dalam bilik.
(Perbualan berlaku dalam bahasa Inggeris. Warden2 ialah orang asing yang bukan berwarga Korea)
"Aku setuju. Tapi macam mana dengan banduan ni." Balas warden 2 sambil menjeling ke arah aku.
"Kita tinggalkan dia. Dia bukan penting pun." Jawab warden 3 dengan nada yang sombong sambil membetulkan tali lehernya yang tidak terurus tu.
Sh*t. Aku bunuh juga warden ni.
Mereka bertiga bergegas berjalan menuju ke arah pintu keluar bilik ni. Siren masih lagi kedengaran. Dan aku boleh dengar orang menjerit untuk selamatkan diri di luar sana.
Tiba-tiba, pintu bilik seksaan ni diketuk dengan kuat dari luar yang membuatkan kami semua terkejut. Langkah mereka terhenti.
"Siapa di luar?!" Tanya warden 3 dengan nada separuh menjerit. Dia mempamerkan riak wajah yang agak terkejut.
Tiada jawapan dari luar sana. Tapi ketukan tu semakin kuat.
*DUK DUK DUK* (bunyi pintu diketuk dengan kuat)
Warden 1 berjalan perlahan-lahan ke arah pintu tersebut lalu membuka kunci pintu tersebut.
Dia menjenguk kepalanya keluar untuk melihat gerangan siapa yang mengetuk pintu tu.
Tiba-tiba kolar warden itu ditarik dengan kasar dari luar. Warden tu menjerit untuk mintak tolong. Tapi 2 warden lagi hanya membatukan diri.
Huh. Tak ada semangat setia kawan langsung.
*TUMP*
Pintu bilik ni ditutup dengan kuat. Warden 1 dan warden 2 tergamam melihat kejadian yang berlaku di hadapan mereka.
*BANG*
Bunyi tembakan dari sebalik pintu tu mengejutkan warden-warden dan aku. Warden-warden dan aku terkaku apabila pintu bilik seksaan di hadapan kami ini terbuka dengan luas secara perlahan-lahan.
Pemandangan yang singgah di mata kami dahulu ialah keadaan warden tersebut.
2 warden lagi hanya menekup mulut mereka apabila ternampak mayat warden tu. Aku hanya memberikan eksperasi kosong kerana aku dah biasa sebab aku pun pembunuh dahulu. Keadaan mayat tu bagi mereka nampak sangat mengerikan kerana kepalanya tiada, hanya ada badan di hadapan kami. Kepalanya dan badannya telah terpisah. Tetapi, kepalanya...
Tiba-tiba ada dua orang manusia yang memakai topeng gas muncul. Dan salah seorang daripada mereka memegang kepala warden 1. Keadaan kepala tu sangat mengerikan. Dahinya berlubang akibat ditembak manakala rahangnya sudah hilang atau lebih tepat hancur. Darah yang pekat dan segar itu menitik-nitik dari kepala tu.
2 warden lagi hanya membatu. Lalu dia melempar kepala itu kepada kami.
Yang aku tak tahannya ade ke pulak kepala tu boleh bergolek sampai kaki aku. Shit.
Warden-warden tu mengeluarkan pistol mereka tapi belum sempat mereka menarik picu, orang yang bertopeng tu melepaskan 2 das tembakan ke arah kepala mereka dan dalam sekelip mata kepala mereka berdua sudah berlubang.
Aku hanya memerhati mereka dan dalam hati aku, memang aku bersyukur sangat diorang kena tembak. Padan muka. Kan dah jadi arwah.
Aku mengerling sekilas ke arah manusia bertopeng gas tu dan aku nampak dia berjalan menuju ke arah aku secara perlahan-lahan.
"Jangan dekatt. Kalau kau datang dekat, aku tak akan teragak-agak nak bunuh kau." Aku bercakap dalam nada mendatar. Aku menjilat bibir aku yang masih berdarah akibat tumbukan tadi. Tangan aku sedang berusaha untuk melonggarkan tali yang sedang diikat kemas di pergelangan tanganku.
Dia pun berhenti lalu mengeluarkan walkie-talkie daripada beg galas belakangnya.
"Alpha team coming. We found him. I repeat we found him. We will take our leave. Biro team you take over the rest. Over."
"Biro team will take over. Over." Dia pun menyimpan semula walkie-talkie nya ke dalam poketnya. Aku pun tak pasti poket mana sebab aku tengok berpuluh-puluh poket kat seluarnya. Woooww! Fashion sekarang semakin pelik. Woi sedarla Suga. Kau dalam bahaya ni.
Aku pun tersedar ke realiti. Dia berjalan menuju ke arah aku sambil menanggalkan topeng gas. Mukanya terdedah.
Aku tergamam apabila melihat mukanya yang mempunyai parut dimatanya. Parut panjang dan ianya membelah mata kirinya. Warna matanya kelabu dan aku pasti yang mata kirinya hilang penglihatan atau boleh dikatakan buta.
Dia berhenti di hadapan aku lalu berkata, "Saya mengharapkan Tuan Muda dapat memberikan kerjasama dengan mematuhi segala arahan kami dalam misi ini. Dan segala kesulitan yang akan berlaku selepas ini amatlah dikesalkan." Dia bercakap sambil kepalanya ditundukkan ke arah aku.
Apakah? Tuan Muda?
Dia pun mendekati aku lalu menanggalkan ikatan aku di pergelangan tangan dan kaki aku. Dia memberikan aku baju. Aku mengambil baju tu lalu memakainya. Aku teragak-agak untuk mempercayainya dan tiba-tiba aku terpikirkan Jinyoung.
Aku hendak menyelamatkannya. Aku berlalu ke arah pintu dan laluan aku dihalang oleh dia. Aku merengus dengan kuat. Aku pun menumbuk dia sekuat yang mungkin. Dia terdorong ke belakang. Dia mengadu sakit sambil memegang rahang dengan tangannya. Aku berpuas hati.
Aku berpusing membelakanginya tapi belum sempat aku berlari, aku dapat rasakan yang sesuatu yang keras mengetuk kepala aku dari belakang. Aku mula berasa pening.
Dan sebelum sempat aku pengsan, aku terdengar dia berkata, "Minta maaf kerana kami terpaksa menggunakan kekerasan terhadap Tuan."
YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Mystery / Thriller#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...