D-15 » Confusion

183 24 8
                                    


Suga POV

Aku dan roommates aku sedang berehat dalam dorm. Kesemuanya melayan smartphones diorang termasuk aku. Tiba-tiba kitaorang terdengar bunyi.

*meow*

"Eh mak kau lanak" Jhope terus melatah dan terbaling smartphone nya ke arah muka Jin. Telefonnya tepat terkena di hidung mancung lurus Jin.

"Hobie! Muka handsome aku!" Jin terus mengejar Jhope lari keluar dari bilik dorm.

Secara tidak sengaja, Jin tersepak kucing itu dan kakinya tercalar akibat dicakar oleh kucing itu.

"Huarghhh! Woi biskut!" Jungkook terus mengangkat mukanya.

"Kau buang pergi kucing tu! " Jin pun sambung mengejar Jhope kembali.

Jungkook menggeleng kepalanya lalu membongkokkan badannya dan merangkul kucing tersebut.

"Suga hyung! Kucing ni datang dari mana? Cantiklah warna mata dia." Aku berpaling dan melihat Jungkook mendukung seekor kucing hitam. Aku bingkas bangun. Dan mendekati kucing itu. Tanpa Jungkook sedar, Kucing itu senyum kepada aku membuatkan kaki aku terus mengundur belakang.

Shit..

"Hyung? By the way, macam mana kucing ni boleh masuk dalam dorm?" Jungkook melihat tajam kucing itu.

Bukan ke tu kucing yang selalu ikut aku?

"Jungkook. Biar hyung yang buang kucing kat luar. Bak sini kucing tuh."

"Arraseo hyung." Jungkook pun kembali ke katil nya dan bermain dengan gamenya yang tergendala.

Aku mendukung kucing itu dan terus memakai hoodie hitam aku dan keluar dari dorm tu. Memandangkan hari sudah malam aku hanya pergi ke taman.

Aku meletakkan kucing itu d hadapan aku dan aku melutut sebelah kaki mengadapnya.

"Okey aku nak tanya kenapa kau selalu ikut aku?" Tanpa aku sedar aku mengeluh berat.

Kenapa lah aku cakap dengan kucing? Semakin lama semakin tak betul dah aku.

Aku mengetuk kepala aku kuat. Aku berdiri dengan hajat nak berlalu dari situ.

"Kau nak tinggal aku macam tu jer Suga." Aku pantas berpaling dan terkejut aku melihat kucing itu bercakap dengan aku.

"K-kau boleh cakap?" Segera aku lari dari situ dan menuju ke dorm aku dan aku sedar, kucing itu muncul di hadapan aku. Aku terus jatuh ke belakang. Belakang aku mencium lantai keras laluan ke dorm itu.

"Asal kau takut sangat nih? Ni akulah. Arvotte." Kucing itu terus naik atas riba aku. Aku duduk bersila di atas lantai. Aku tak dapat bangun kerana perit di belakang badan aku.

Author POV

"Jadi selama ni. Kucing hitam yang selalu muncul di mana-mana sahaja aku pergi, ialah Kau? " Suga menggosok perlahan belakangnya.

"Yup. Rupa aku yang sebenar ialah budak seperti yang kau lihat hari tu. Tapi aku tak boleh nak kekalkan rupa macam tu. Jadi aku selalu bertukar jadi kucing. Kalau aku tak jadi kucing, aku duduk dalam minda kau. Tapi aku tak nak stay lama-lama dalam minda kau sebab otak kau selalu blue." Pantas Suga melempar jauh-jauh kucing tu.

"Tapi kenapa kau selalu dekat dengan aku? Apa yang aku telah buat, sampai kau tolong aku lawan dengan Spirit?"

"Aku dah lama terkurung tapi kau dah bebaskan aku melalui buku diary kau. Pada asalnya kau bukan tuan aku. Tapi disebabkan tuan aku mati, kau automatik jadi tuan aku."

"Voids orang lain macam kau jugak ke? Boleh bercakap dan bertukar rupa?"

"no. Voids diorang useless. Voids tidak boleh pun bercakap bahkan bertukar rupa, Voids diorang hanya membolehkan mereka membunuh Spirit dan tak boleh dicederakan di dunia ini."

Suga memerhati lama muka kucing tu.

"Yang kau tenung aku tu kenapa? Aku pergi dulu." Terus dia menghilang.

---------------

Suga POV

Aku membuka pintu rooftop dan aku lihat ada manusia merenung langit malam yang gelap. Dan baru aku perasan yang manusia itu ialah Byun Baekhyun.

Dia dah okey ke? Teruk sangat aku aku kerjakan dia sampai dia rehat seminggu?

Aku dah berkira nak patah balik taknak bertentang mata dengannya. Aku sudah memusing badan aku dan sudah memegang tombol pintu tapi belum sempat aku pulas aku dengar satu suara yang serak basah memanggil nama aku dengan nada mendatar.

"Min Yoongi." Aku berpaling belakang dan melihat Baekhyun melihat aku dengan senyuman yang ikhlas. Dia berjalan menghampiri aku dan berhenti di hadapan aku.

Aku berpaling mengadapnya. Kami berdua bertentang mata tapi suasana hening muncul di antara kami. Aku tak sanggup melihat matanya yang asyik merenung aku lalu aku mengambil keputusan untuk pandang bawah.

"Gomawo." Terkejut aku apabila kaki playboy yang sombong mengucapkan terima kasih kepada aku. Aku pantas mengangkat muka aku mengadap mukanya semula.

"Kenapa?" Aku mengerutkan dahi aku. Senyuman baekhyun masih lagi tidak layu.

"Kau dah bagi aku kebebasan. Sesuatu yang selalu aku nantikan. Aku dah tahu. Apa tujuan kau datang sini. Min Yoongi." Dia memandang langit sebelum memeluk aku.

"Sekarang aku dah dapat apa yang aku mimpi kan selama ini. Tapi tidak adil jikalau aku seorang yang bebas, kau kena bebaskan semua orang Min Yoongi...Gunakan Void kau.... Lakukan kepada diorang seperti apa yang kau lakukan kepada aku. Gomawo." Dia membisikkan kepada aku lalu meleraikan pelukan. Matanya menitiskan air yang jernih. Aku kaku.

Apa maksud kau Baekhyun?

Belum sempat aku bertanya. Baekhyun berlalu dari aku lalu menaiki edge bangunan itu.
"Baekhyun.. " Aku berlari ke arahnya namun malang tidak berbau. Baekhyun dah terjun.

Apa yang aku pelik ialah aku tak lihat mayatnya di tanah tapi sebaliknya aku lihat banyak burung merpati putih berterbangan.

Apa yang aku dah buat?

Semua burung itu terbang ke arah aku lalu hinggap di hadapan aku. Aku berjalan ke arahnya tapi mereka semua berterbangan. Aku memandang burung-burung itu hilang dari pandangan aku.

Apa yang Baekhyun maksudkan?

Tetiba tangan aku di jilat sesuatu. Aku berpaling dan melihat Arvotte dalam rupa kucing memandang aku dalam.

"Min Yoongi. We have to go..." Aku memandang pelik Arvotte.

"Apa maksud kau? Apa maksud dia dibebaskan?" dahiku berkerut seribu.

"Orang yang kita kena bebas kan ialah semua pelajar di akedemi ini. " Aku terkejut lalu pantas pusing memandang Arvotte.

"Jadi. Tujuan aku datang sini. Bukan sebab abang aku suruh?" Aku memandang tepat mata merah Arvotte. Tiba-tiba mukanya menjadi garang.

"Kau akan tahu lambat laun." Terus Arvotte menghilang. Dan mase tu aku merasakan kepala aku pening. Dan tanpa aku sedar, aku telah jatuh ke tanah di rooftop itu. Beberapa saat kemudian, pandangan aku menjadi gelap.

-----------------------

Dauntless • BTS [EDITING]Where stories live. Discover now