No One POV
-ISNIN- jam 0915
"Aku perlukan pertolongan korang semua. Jebal." Suga merayu sambil kepalanya menunduk ke arah lantai. Ahli lain hanya mengangguk lalu bergerak ke arahnya dan memeluk Suga secara beramai-ramai.
Suga pada mulanya terkejut apabila ahli BTS memeluknya tetapi perasaan terkejut itu mula beransur hilang berganti dengan senyuman manis yang sedang terukir di mukanya. Dia membalas pelukan mereka.
Mereka semua pun meleraikan pelukan lalu Namjoon memecahkan kesunyian di antara mereka dan memulakan bicara.
"Apa yang kau nak suruh kitaorang buat? " Namjoon bertanya dan semua ahli automatik memandang ke arah Suga yang mula tersenyum sinis.
"Okey. Macam ni plannya." Mereka mula berdiri rapat di dalam bulatan untuk mendengar arahan Suga.
---
-ISNIN- jam 0930
"Semua pelajar Nexion Combat Academy diminta berkumpul ke Main Nex Hall sekarang." Empunya suara melalui pembesar suara di akedemi itu mula bergema di dorm lelaki dan perempuan. Mereka yang mendengar pengumuman itu berkerut kerana keliru.
"Tadi kata jangan keluar dari dorm? Asal suruh berkumpul pula?"
"Dah buang tabiat ke cikgu akedemi ni? "
"Vahabi betul lah. Aku baru nak tidur."
"Kepala bana punya akedemi."
"Kenapa suara pengumuman itu macam lain jer. Tak macam biasa."
"Tak kisahlah. Jom kita ke main hall. Nati mengamuk saem."
Setengah pelajar merungut apabila mereka dipanggil semula ke dewan tersebut.
Semua pelajar membuang jauh-jauh perasaan tidak elok lalu berjalan berpusu-pusu ke dewan tersebut. Mereka memasuki dewan tersebut dan semua mata mereka tertumpu ke arah Suga yang sedang berdiri di atas platform di hadapan dewan.
"Woi Suga!! Mana saem?! " Seorang lelaki blonde yang bernama Jeonghan melaung. Suga hanya memandang tajam mereka tanpa berkerlip.
"Kau buat pengumuman palsu ke sial?! " Kali ini seorang yeoja pula menjerit ke arah Suga sambil matanya dijelingkan. Rambutnya yang ikal maya diflipkan. Kau ingat cantik? Augustina buat lagi cantiklah. (Sori. Izz merapu)
Soalan Jeonghan dan pelajar lain diabaikan lalu dia mencapai mikrofon yang berada di sisinya. Mic itu diketuk perlahan untuk beberapa kali bagi memastikan ianya berfungsi. Dia menghela nafas berat di hadapan mikrofon tu dan memecahkan kesunyian dalam dewan itu.
"Semua orang sudah ade kat sini?" Suga menanya. Ketua bagi setiap dorm melihat dan melilau semua ahli mereka. Semua mengangguk kecuali sorang. Pantas dia mengangkat tangannya.
"Semua ahli BTS tiada dalam dewan ni! " Mingyu atau dikenali sebagai ketua dorm itu melaung kepada Suga. Tapi Suga hanya beriak tenang lalu sambung bercakap.
"Apa yang aku akan buat kepada korang semua lepas ni ialah sesuatu yang korang tak patut fikir negatif. Ianya untuk kebaikan korang semua juga." Kata Suga dalam nada yang dingin.
YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Mystery / Thriller#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...