*Knock,knock,knock*
*Krekkk*
----
"Korang ni dah buang tabiat ke apa? Apahal buka pintu perlahan-lahan? " Suga menjeling ke arah Trio yang tersengih di depan pintu.
"Rileks hyung. Saje je nak tengok apa riaksi hyung bila dengar bunyi pintu yang macam dlm horror film." Jungkook dan Jhope dah buat gaya macam hantu dan mengusik. Lalu Suga pun buat muka poyo dan berjalan ke arah Jin Hyung.
Mata Jin hyung sedikit membulat apabila Suga tiba-tiba menarik lengannya untuk mengikutnya. Jin hyung mengikuti langkah Suga keluar dari dorm tu. Mereka menutup pintu dengan sedikit kuat.
Jungkook dan Jhope dh pun terpinga-pinga di posisi mereka. Mereka berpandangan sesama mereka lalu menjongket kan bahu masing-masing.
"Kenapa dia heret Jin hyung? Dah nak jadi friendly ke selepas kejadian tu?" Jhope menanyakan Jungkook sambil menguis-nguis rambut nya yang terjuntai di dahi nya.
"Mwolla. Eh hyung Jom kita main Slenderina Game! Esok kena masuk gelung masa. Sebelum kita jumpa REAL spirit baik kita jumpa FAKE one dulu." Jungkook dah tersenyum sinis melihat Jhope yang sudah gelabah. Mulutnya disengetkan.
"Tak nak!!" Jhope menggeleng pantas.
"Alaa!" Jungkook dah menghentakkan kakinya di lantai tanda protest. Saje je Jungkook buat begitu nk suruh Jhope teman dia main. Jhope mengeluh. Dia pun mengangguk perlahan.
"Yeyeyeyyy! Jom kita main kat big screen!" Jungkook dah tersenyum riang macam budak kecil. Dia menarik tangan Jhope manakala Jhope dah menahan tarikan Jungkook dengan memegang dinding dapur tapi gagal apabila teringatkan Jungkook lebih kuat darinya.
"Tak guna Muscle Pig! Shireeooo! Andwaeee! Omma help me!"
Jungkook dah ketawa besar melihat hyungnya berperangai begitu.
~~~~~~~~~~
"Kenapa kau tarik aku sampai sini?" Jin hyung protest apabila ditarik ke sana ke sini tanpa warning. Tak pasal-pasal kakinya dia kena urut. Klu ade org urut tak pe gak. Dia dan Suga skarang berada di taman di tepi bangunan dorm. Mereka pun mengambil tempat di atas bangku.
"Aku nak tanya." Jin dh meneguk air liur nya sendiri apabila Suga memandangnya serius.
"Kenapa korang langsung tak beritahu aku pasal 5th floor?" Disebabkan muka Suga yang terlalu mengharapkan jawapannya. Jin mengeluh kecil lalu ambil keputusan untuk memberitahu nya.
"Begini. Mesti kau dah tau pasal gelung masa kan?" Suga pun mengangguk.
"Pada minggu lepas. Kumpulan Vixx telah dihantar melalui gelung masa untuk membunuh Spirit. Lokasi mereka ialah di akedemi. 5th floor."
Suga terkejut.
"Maksud kau. Diorang tak sempat nk bunuh?" Jin mengangguk.
"Yes. Apa yang kau nampak kat 5th floor tu ialah Spirit. Dan seperti yang kau tahu konco-konco nya halimanun. And kau mesti nampak badan mayat kan? Itu lah mayat dari salah seorang seorang kumpulan Vixx yang gagal membunuh Spirit." Suga mengangguk apabila dia teringatkan mayat itu ditarik oleh sesuatu yang boleh dikatakan invisible creature atau sebenarnya konco-konco nya.
"Sebab tu lah tempat tu ditutup?"
"Ya."
"Jadi bila tempat itu akan dibuka? "
Jin mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu."Tapi apa yang aku tahu. Pengetua kata yang dia akan uruskan benda nih. By the way. Aku gembira kau selamat." Suga sedikit tersentuh dengan kata-kata Jin.
"Terima kasih hyung."
Terkejut Jin apabila Suga yang dikenali sebagai orang dingin mengucapkannya terima kasih kepadanya.Suga pun segera bangun untuk meninggalkan tempat tu.
Jin pun tersedar akan sesuatu lalu dia pun menanyakan Suga.
"Chakkaman!" Suga pun berpaling.
"Boleh aku tahu kenapa mata kau berubah jadi warna merah semasa perlawanan haritu."
Suga terkilan. Macam mana diorang blh tau?
Kau jangan beritahu dia Min Yoongi. Identiti aku patut dirahsiakan.
Apa ni? Siapa kau?
Bodoh betul lah kau ni. Kau kan Tuan aku. So aku ade dlm badan kau lah.
Arvotte! Kau akan selama-lamanya duduk dlm badan aku ke?
Mane ade. Aku boleh je tukar macam budak ari tu. Tapi kau nak ke aku tinggal sekali dengan Trio tu dalam dorm kau?
Tak nak aku! Aku nk kau senyap je! Jgn nak bercakap dalam fikiran aku lagi. Kalau kau nak bercakap, kau kena tunggu arahan aku.
Banyak songeh la kau ni Tuan. Fine kalau kau suruh aku camtu.
Jangan panggil aku Tuan.
Ye ye ye.
"Suga? Kenapa kau senyap je? Jawab soalan aku."
Suga terkaku apa yang patut dia jawab. Malas dia nk tanya Arvotte. Tak pasal-pasal kena bertekak pula dia dengannya dalam fikirannya.
"Hyung salah tengok kut. Mana ade."
"Hyung pasti tak salah tengok. Lagipun ahli BTS lain juga tengok."
Ahh mampus! Arvotte! Apa aku nak jawab?!
Laa kau fikir lah sendiri.
Arvotte!
Fine. Kau cakap jer kau ade pakai contact lense yang boleh bertukar warna secara tiba-tiba.
Ade ke camtu?
Eh. Kau nak alasan aku kan? Aku tahu semua tentang isu-isu yang berlaku di dunia ni. Hampir 1000 tahun aku hidup.
Diam kau!
Suga pun mengulangi apa yang Arvotte cakap.
Jin dah mengerutkan dahinya. Dia Agak was-was dengan kenyataan Suga. Keningnya dinaikkan sambil melihat Suga.
"Aku tak tau pula ade benda camtu."
Suga berjalan meninggalkan Jin.
"Seronok lah kau. Dapat keluar ke dunia luar."
Langkah Suga skali lagi berhenti.
"Apa maksud kau? Maksud kau korang semua tak pernah keluar dr akedemi ni?" Jin mengangguk lalu kembali mengeluh.
"Kenapa?"
"Sesiapa yang ade void. Mereka akan disindir mahupun akan dibunuh. Sebabtu aku selalu nak lihat dunia luar. Kami semua mahu begitu. Tapi sejak kami lahir. Kami dah ditakdirkan berada di sini. Semua yatim piatu."
Suga tak terkata. Sesungguhnya lidahnya kelu.
"Jom kita masuk dalam dorm. Hari ni dah gelap. Esok kau dah ade misi. Kau akan mula pergi membunuh. Aku pasti dengan skill kau tu. Mesti kau dapat bunuh diorang."Jin tersenyum lalu berjalan menuju ke dorm mereka. Suga juga mengikuti langkah Jin.
Esok aku akan start membunuh. Tapi aku pelik kenapa diorang nak sangat keluar ke dunia luar? Bagi aku dunia luar bagaikan neraka.
YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Mystery / Thriller#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...