D-20 » Fuzzy Truth I

140 24 0
                                    

No One POV

Tanpa Suga sedar dia sudah pun berdiri di hadapan televisyen yang berdesing itu. Dia dapat lihat yang Spirit itu bangun perlahan-lahan. Tiba-tiba ade sepasang tangan menarik bahu Suga lalu dia termasuk dalam televisyen tersebut.

Pandangannya menjadi gelap.

-----

Dia tersedar tapi hanya kegelapan di sekelilingnya. Tiada sesuatu objek pun yang berada di hadapannya.

"Igeun mwoya??!!(apakah ini?!)'' Dia menjerit lantang. Dia berlari tidak mengetahui arah tuju selama beberapa minit sehingga dia letih. Suga membongkok kerana letih berlari. Tempat tersebut bagaikan tiada penghujung. Dahla gelap.

Peluh mula menitik.

Apa semua nih?! Kat mana aku?! Arvotte kau kat mana??!!!!

Sahutannya tidak disahut sama sekali membuatkan dia resah.

Dia terduduk melutut. Dia buntu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang.

Adakah aku terperangkap? Tapi di mana? Seingat aku . Sesuatu yang tarik aku dari televisyen yang berdesing itu.

Kali ini Suga bersila.

Apa makna semua ini? Mula-mula aku bangun di tempat yang tidak diketahui.

Suga menggaru kuat kepalanya tanda frust.

Lepastu. Aku tak dapat hubungi ahli aku dan Arvotte. Ade maksud ke? And ..

Suga memetik jarinya. Dia teringat kan sesuatu.

Kenapa The Spirit meminta maaf kepada aku? Tapi dia masih serang aku?

Suga mengerutkan dahinya. Sewaktu dia berfikir, ade sesuatu cahaya. Lekas dia berdiri dan berlari ke arah cahaya tersebut tapi dia tersilap langkah. Dia jatuh ke dalam sebuah gaung yang dalam.

*SPLASHH*

Suga jatuh ke dalam air. Dia berasa lemas lalu bersegera berenang ke arah permukaan. Sewaktu dia berenang, dia merasakan terdapat beberapa objek yang terlanggar sewaktu dalam perjalanan ke permukaan.

Suga berasa kegelian sewaktu tersentuh objek kerana objek itu berasa lembik dan bergerak-gerak seperti obor-obor. Walaupun Suga berenang sambil mata terbuka tetapi dia tidak dapat melihat objek itu kerana air itu sangat pekat dan berwarna hitam marah serta berbau hanyir membuatkan Suga tersedak muncul di permukaan air.

Pemandangan yang singgah di matanya ialah dinding batu bata seperti dalam gua. Keadaan dalam tu samar-samar.

Suga segera menutup hidungnya dan mulutnya kerana air itu berbau sangat busuk dan hanyir. Dia segera berenang ke atas darat. Sekali lagi kakinya tersentuh dengan objek lembik tersebut membuatkan Suga berasa sangat geli sekali lagi. Walaupun dia berpakaian, tapi dia tetap dapat merasakannya.

Dia naik ke atas darat. Dia menyapu mukanya yang penuh dengan air yang busuk dan pekat itu. Mukanya menunjukkan reaksi yang teramat geli.

Sewaktu membersihkan mukanya, dia terkesima melihat keadaan sekeliling, ianya seperti dalam gua dan dia mendongak atas. Terlalu jauh untuk melihat.

Dauntless • BTS [EDITING]Where stories live. Discover now