D-08 » Jinyoung

238 30 4
                                    

Jin POV

"Mari aku tolong kau angkatkan suitcase kau." Aku mengangkatnya masuk ke dalam bilik, aku meletakkan suitcase nye di tepi katil kosong.Dia memasuki bilik itu dengan muka poyo. Dia meninjau-ninjau bilik ni.

"Suga? Dalam bilik ni ade 4 orang penghuni. Aku letak suit case kau dekat katil ni. Katil bawah ni kau punya manakala yang atas tu Jungkook punya. Di tepi tu almari kosong, boleh lah kau isi barang-barang kau. Katil di sana dekat dengan ruang tamu pula ialah katil aku dengan katil J-Hope. Kau akan jumpa dengan dia nanti."

"Nama aku Min Yoongi tapi kau boleh panggil aku Suga." Dia bercakap lalu menuju ke couch di ruang tamu tanpa melihat muka aku.

Aku pun mengatur langkah aku ke arah Jungkook yang sejak tadi lagi berdiri macam patung di pintu bilik dorm.

"JK, pergi tutup pintu, aku nak pergi masak stu kimchi. Yang kau berdiri kat sana dengan muka macam patung annabella tuh apahal?" Aku berkata sambil bercekak pinggang di depannya . Aku pun mendekatkan muka aku dengan maknae tu dan berbisik.

"Kalau Suga nak apa-apa, kau tolong dia okey? Aku nak sudahkan bisnes aku kat dapur dulu."

Dia berpaling ke arah aku dan muka nya bagai baru lihat hantu kak limah. Aku pelik.

Aku mengangkat kening aku.

Aku pun mengatur langkah ku ke dapur.

Jungkook POV

Geram aku Jin Hyung nih. Mood aku dahlah buruk daah, dia spoil mood aku lagi teruk.

Aku melihat tindak tanduk pelajar baru tuh. Dan aku lihat dia sedang berehat di atas couch dengan matanya tertutup.

Aku mendekatkan diri dengan lelaki tuh. Aku membongkok badan aku dan meneliti mukanya.

Hmm. Muka macam lelaki. Asal dia pakai macam pompuan tadi? Lepastu mata dia.....

"Aku tahu kau tengah pikir aku ni lelaki atau pompuan."

Tersentap aku.

"Aku ni lelaki, playboy. Aku pakai camtu sebab kawan aku yang berpindah ke akedemi ni sekali dengan aku suruh aku buat macam tu kalau aku nak dapat bilik single. Tapi in the end, aku tak dapat bilik tu sebab kau. Dah aku nak tidur. Aku nak skip kelas hari. Esok baru aku masuk." Dia bercakap dengan suara yang dalam dengan mata tertutup. 

Cara dia bercakap agak baik. Mungkin dia orang baik. Tapi aku nak tahu pasal apa warna mata dia bertukar.

Aku menggaru kepala aku yang tak gatal.

"Jungkook-ah! Stu kimchi dah siap! Ajak Suga sekali. Kita kena cepat, ada latihan lepas ni." Teriak Jin dari dapur mengalahkan hantu langsuir. Aku melihat Suga kembali.

"Kau bagitahu kat Jin hyung aku tak nak makan. Bagi aku rehat dulu."
Dia pun menutup mata nya.

Aku mengeluh lalu mengatur langkah ku ke dapur dan mekan bersama Jin hyung.

15 minit kemudian...

"Suga hyung. Aku dan Jin hyung akan masuk latihan lepas ni. Hyung kunci pintu, kunci dah ada atas almari tu, yang tu memang untuk hyung. Kitorang dapat sorang satu. Kami berdua mungkin balik malam ni." Panjang lebar aku beritau kepada hyung baru aku tuh

Dia pun mengangguk.

Aku dan Jin hyung pun beredar dari bilik tu dan pergi berlatih di arena.

SUGA POV

That night..

Aku pun keluar dari dorm tu senyap-senyap lepas aku tidur hampir 5 jam. Aku berjalan ke tingkat 3 iaitu ke bilik Jinyoung.

Dauntless • BTS [EDITING]Where stories live. Discover now