"Muka surat 94 skarang!" Suara Teacher Kim memenuhi ruang kelas tu. Suga buka muka surat tu tanpa berminat. Menongkatkan dagu nya di atas meja sambil buku tu didirikan di hadapan nya. Dia berhajat nak tidur.
"Oh Sehun! Saya nak awak membaca teks tu kuat-kuat." Kata Kim songsaenim sambil menunjukkan ke arah Sehun yang sedang terpinga-pinga melihat ke arah Kim songsaenim.
"Arraseo songsaenim." Dia pun berdiri lalu membaca teks tu.
"Pada kurun ke 14, The King dan Queen merupakan orang yang berkuasa pada zaman tu. Nama mereka yang sebenar tidak diketahui oleh orang. Mereka lah orang yang mengumpul kanak-kanak dan remaja yang mempunyai voids. Sewaktu zaman tu, nyawa kanak-kanak dan remaja yang mempunyai voids berada di dalam bahaya. Jikalau orang kampung menemui mereka, mereka akan diseksa dan selepas itu akan dibakar hidup-hidup oleh orang kampung. Kerana mereka dianggap ahli sihir dan mereka juga dianggap sebagai membawa bala di kampung tersebut."
"Pada suatu hari, The Spirit mula muncul dan cuba untuk membunuh semua kanak-kanak dan remaja yang mempunyai voids tetapi mereka gagal kerana King dan Queen selalu melindungi mereka. Keadaan itu berlanjutan sampai hari ini apabila 14 tahun yang lepas, King dan Queen mati akibat bunuh diri. Mereka ditemui mati di dalam bilik. Kepala mereka tidak dijumpai sampai skarang. Sebelum mati, mereka membina gelung masa, ianya seperti alat merentas masa yang memudahkan remaja voids membunuh The Spirit. Kerana The Spirit halimunan jikalau nak bunuhnya pada masa kini. Oleh itu ia hanya boleh dibunuh di dalam gelung masa."
"Okey Sehun. Suga, kau sambung teks yang seterusnya.
Rap monster menggoncang tubuh Suga. Suga bangun lalu menjeling tajam ke arah Rap mon. Rap mon berbisik kepada Suga. Suga pun menggangguk. Dia pun berdiri.
"Tujuan King dan Queen menyelamatkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai voids ad.alah sebab mereka terhutang budi dengan salah satu void yang paling berkuasa di dunia. VOID itu meminta King dan Queen untuk menyelamatkan voids lain kerana VOID itu menyatakan bahawa voids yang lain sudah berkeliaran di bumi dan mula memasuki tubuh kanak-kanak. VOID itu telah menyelamatkan King dan Queen daripada kematian. VOID itu menyatakan bahawa apabila ada voids dalam badan kanak-kanak, kanak-kanak akan jadi immortal kerana mereka tidak dapat dibunub atau tercedera."
" Mereka hanya tercedera atau terbunuh apabila The Spirit yang melakukannya. Nama Void itu tidak dikenal pasti kerana dirahsiakan oleh King dan Queen sehinggalah mereka meninggal. Legenda mengatakan VOID itu selalu bersama dengan King dan Queen. Tapi ia juga mengatakan yang VOID itu juga mati bersama King dan Queen. Legenda mengatakan bahawa sesiapa yang mendapat VOID itu, dia akan menjadi orang yang paling berkuasa di dunia seperti King dan Queen. Tetapi itu hanya mitos kerana tiada siapa pernah melihat dan merasai VOID. Voids merupakan generasi turun temurun. Apabila perumahnya mati, voids akan mula menurun ke anak, cucu, cicik dan seterusnya."
Suga pun menutup bukunya lalu kembali ke meja nya lalu menutup matanya. Kim songsaenim menggeleng.
"Okey saya nak awak baca bab ni sampai habis dan faham segala-galanya. Faham?! "
"Faham! " Serentak semua pelajar yang berada di dalam kelas itu kecuali Suga yang sudah berlayar ke dunia mimpi.
SUGA POV
AKU terasa ada orang menggoncang tubuhku dengan kuat. Aku mengetap gigi ku lalu bangun melihat siapa gerangan yang goncang tubuh aku tu. Ianya Rap monster.
YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Mystery / Thriller#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...