SUGA POV
Dunia di sekeliling aku mula berputar membuatkan aku jatuh pengsan. Haih. Dah berapa kali mulut aku cium tanah hari ni. Habis senyuman flawless aku.
---
Aku sedar di dalam rumah usang. Sedar sahaja aku pantas duduk bersila. Jungrae tidak kelihatan dalam rumah itu.
Aku menyandar ke dinding sambil memeluk kedua-dua belah kaki aku. Muka ku disembam ke lutut. Sekali lagi air jernih mengalir keluar.
"Lemah betul kau hari ni."
Pantas aku mengangkat muka aku dan mendongak ke arah empunya suara itu. Perlahan-lahan bibir ku menguntum senyuman menampakkan gusi aku.
"Kau pergi mana Arvotte? Shibal kau. Kau tinggal aku sorang-sorang." Aku memeluk Arvotte. Arvotte membalas pelukan aku.
"Jangan salahkan aku. Ayah kau yang rancang semua ni." Arvotte memuncungkan mulutnya tanda protest. Manakala aku terkejut.
Ayah aku?!
Tiba-tiba aku lihat ade satu figura di belakang Arvotte. Aku meleraikan pelukan aku dan Arvotte. Tanpa berlengah-lengah, aku berlari ke arah figura itu. Bibir ku sekali lagi menguntum senyuman yang aku sendiri tak jangka. Pantas aku memeluk figura itu.
Sekali lagi aku menangis teresak-esak di dada figura itu. Lelaki itu menggosok perlahan ubun-ubun kepala aku.
Tolong katakan yang ini ialah realiti.
Aku tak mahu saat ini berakhir..
Aku nak berada di sampingnya semula...
"Appa." Suara aku tak beberapa nak keluar dek tangisan aku. Aku masih tak percaya orang aku peluk sekarang ialah
ayah aku.
"Haha. Wauu. Yoongi dah besar. Tak sangka Yoongi dah tinggi dari appa." Dia meleraikan pelukan dan memegang bahu ku dengan kedua-dua belah tangannya. Bibir nga juga menguntum senyuman yang amat manis.
Mata aku masih mengalirkan air yang jernih. Appa aku menggeleng sambil tersenyum ketika memandang aku.
"Kenapa nangis ni? Nampak tak manly tahu tak? Yoongi ni lelaki kuat. Tak elok nangis depan lelaki lain." Dia menepuk perlahan-lahan belakang aku. Setelah beberapa saat kemudian, tangisan aku semakin reda.
"Dah okey?" Pantas aku mengangguk. Lidah aku sungguh kelu untuk berkata-kata. Tak dapat bayangkan betapa rindunya aku kepada lelaki di depan aku ini .
"Yoongi ni. Tak malu ke nangis dan peluk Raja segala VOID. " Mata ayahku melirik ke arah Arvotte di belakang aku. Manakala Arvotte hanya tergelak kecil.
"VOID? Kau?! " Pantas aku berpaling mengadap Arvotte.
"Betul ke ni?! " Aku menggoncang kuat bahu Arvotte. Pantas dia menepis tangan aku.
"Berhentilah bodoh! Pening kepala aku!"
"Kenapa kau sorokkan benda ni kepada aku!" Aku berpura-pura menangis.
"Aku pun hilang ingatan macam kau lah!" Dia mengetuk kepala aku.
Kuat siall..
"Macam mana lah kau boleh jadi Raja segala VOIDs kalau perangai mentaliti kau ni tak ubah macam budak 3 tahun!" Aku menjelirkan lidah aku kepada dia. Membulat mata dia. Aihh. Mata dia dahla yang bulat macam patung dah. Creeppy pulak.
YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Misterio / Suspenso#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...