D-16 » Parents' Death

190 28 5
                                    

Seorang yeoja menghampiri budak lelaki di perkarangan taman di rumah agam. Budak itu menangis teresak-esak sambil memegang patungnya.

"Kenapa adik menangis di sini sorang-sorang?" Yeoja itu membongkok kan diri-nya untuk mengangkat budak lelaki itu. Lalu budak itu di angkat.

"Ab-abang saya.. Hiks.. tinggalkan s-saya seorang diri." Dalam sedu sedan budak itu terangkan. Yeoja itu Hanya tersenyum.

Budak itu memandang muka yeoja itu. Mukanya cantik dan bibirnya tidak lekang dari senyuman.

"Cantik..." gumam budak itu sambil tangan kecilnya memegang dan menyentuh pipi yeoja.

Semakin lebar yeoja itu tersenyum.

"Adik pun comel. Siapa nama adik?"budak lelaki tersebut nak jawab tapi belum sempat dia jawab.

Pandangan mereka berdua beralih ke arah sepasang suami isteri yang berlari ke arah mereka berdua. Muka sepasang suami isteri nampak cemas. Si suami sedang memegang sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.

"Omma appa!" Jerit budak lelaki itu. Budak itu ingin merungkai pelukan yeoja itu tapi yeoja bagaikan tidak mahu lepaskannya.

Sepasang suami isteri itu sudah menangis.

"Tolonglah. Lepas kan dia. Dia tak ada kena mengena dengan semua ini." dalam menangis Si Isteri itu berkata.

Yeoja itu memberikan senyuman sinis kepada suami isteri itu. Dia merapatkan budak lelaki itu dengannya. Dia merapatkan mulutnya di tepi telinga budak lelaki itu.

"Forget" satu perkataan dari yeoja itu menyebabkan kelopak mata budak itu menjadi berat. Mata budak itu ditutup oleh kedua-dua belah tangan yeoja. Terus pandangan budak itu menjadi gelap.

---------------------------

"Hyung!" Suga pun membuka matanya. Kelihatan Jin, Jungkook dan Jhope sedang melihatnya dengan cemas.

"Apa yang berlaku?" kata Suga sambil mengagahkan dirinya untuk bangun. Kepalanya rasa pening berdenyut.

"Hyung pengsan! Penat kitaorang cari kau!" Mata Suga terus membulat. Pantas dia berdiri dan dia masih berada di rooftop.

Jadi semua tadi mimpi?

Siapa sepasang suami-isteri tadi?

Siapa budak kecil itu dan siapa yeoja itu?

Jap. Kenapa Aku pikirkan semua ini. Arghh. Ini semua mainan mimpi sahaja.

Baekhyun sudah pun hilang.

"Hyung? Gweanchana?" Jungkook menerpa ke arah Suga.

Keesokkan hari.

Mereka berempat datang serentak ke kelas diorang. Sampainya diorang di situ. Chanyeol terus mendapatkan kolar Suga lalu badan Suga dihentak ke dinding kelas.

Ahli BTS lain mula terkejut.

"Kau ialah orang yang terakhir bersama kawan aku Baekhyun!"

SUGA POV

Kolar aku dicengkam kuat. Belakang aku sudah mula rasa pedih akibat tolakkan dari Chanyeol.

Kenapa dengan baekhyun?

Aku terkedu apabila Chanyeol memberikan aku telefonnya dan aku terus melihat berita.

"Anak Jutawan terkenal di Korea Selatan iaitu Byun Baekhyun telah kembali setelah sekian lama belajar di luar negara. Baekhyun sekarang akan mengambil alih syarikat ayahnya sendiri di Belgium. Beliau berjanji akan cuba sedaya untuk aktif bagi menjayakan syarikat tersebut."

Dauntless • BTS [EDITING]Where stories live. Discover now