D-05 » Decision

284 30 0
                                    

Aku berdiri sambil memandang uniform di hadapan aku ini. Fikiran aku semakin serabut. Aku pun meraup muka aku dengan kasar. Rambut aku dah menjadi sarang burung akibat tangan aku yang menggosok nya dengan kasar tadi.

"Argh!" Aku meraung sekuat hati di dalam bilik tu.

Tiba-tiba pintu bilik aku dikuak perlahan-lahan. Dan ada seorang maid. Muka dia agak ketakutan apabila melihat aku.

"Ke-kenapa Tuan menjerit? Tuan sakit ke? A-atau makanan yang saya hantar tu tak mengena dengan citarasa Tuan?" Dia bertanya dengan gagap sekali. Kepalanya masih ditundukkan.

Aku baru teringat yang dia baru je hantar makanan tengah hari ke dalam bilik. Aku mengerling sekilas ke arah makanan aku yang belum disentuh.

"Jangan ganggu aku. Aku nak bersendirian sekarang." Aku berkata tanpa memandang ke arah maid tu.

Dia pun mengangguk lalu menutup pintu dan berlalu pergi. Aku menghempas diri aku ke atas katil. Aku merenung siling putih.

"Takkan aku kena pergi akedemi? Aku perlu ke?"

Aku mendengus kasar lalu teringat apa yang aku dan abang aku lalui kelmarin.

//FLASHBACK//

"Hyung nak Yoongi masuk akedemi."

"Mwo?! Tidak." Aku menurunkan tangannya yang berada di bahu aku.

"Yoongi-ah, akedemi tu bukan akedemi biasa. Ia merupakan sekolah pertempuran. Kami melatih namja dan yeoja yang pandai bertempur untuk menentang mereka."

"Kami? Sekolah pertempuran? "

"Hyung merupakan pengetua di sana. Hyung yang dirikan sekolah itu."

"Tapi kenapa sekolah pertempuran?"

"Yoongi-ah. Omma dan Appa kita dah meninggal dan pihak polis dan pihak hospital mengatakan bahawa mereka bunuh diri tapi itu bukan kebenarannya."

Dia pun terduduk di atas kerusi sambil wajah masih tertunduk.
Dia menghela nafas perlahan-lahan sebelum berkatakan sesuatu.

"Omma dan appa kita mati bukan sebab bunuh diri tapi sebenarnya diorang............. dibunuh."

Hyungi menyebut ayat di belakangnya dengan perlahan tapi aku masih boleh mendengarnya dengan jelas.

Terkejut aku apabila dia mengatakan bahawa ibubapa aku mati akibat dibunuh. Dia mula menitiskan air mata. Manakala aku hanya memandangnya. Aku tidak memujuknya. Aku hanya berdiri di hadapan nya.

"Tapi, Hyungi hyung. Siapa yang bunuh dan kenapa?"  Mata aku mencerlung memandang ke arah abang kandungku yang baru ku kenali itu.

"Sebab 'Dia' bukan manusia." Dia menunduk kembali, memandang pahanya.

"Aku tak faham apa yang Hyung nak sampaikan kepada aku."

Dia bangun perlahan-lahan dan mempelawa aku untuk duduk di atas sofa yang bertentangan dengan tempat duduknya. Di tengah-tengah ada meja kopi yang memisahkan kami berdua.

"Yoongi mesti confuse kan sekarang? Takpe. Mari hyung terangkan semua kepada kau."

Dia mula mengadap aku.

"Benda yang bunuh ibu bapa kita bukan manusia tapi ia merupakan makhluk yang paling kejam yang pernah wujud di dunia ini. Nama dia Helenna. Dulu makhluk ni hanya wujud di kurun ke-16. Tujuannya ialah untuk membunuh remaja yang mempunyai Void. Void ini boleh dikatakan roh juga. Tapi bukan roh sepenuhnya. Hanya sesetengah remaja sahaja yang mempunyai Void. Dengan membunuh Void dan perumahnya, Helenna akan bertambah kuat. Dia ingin menakluk dunia ini."

Dauntless • BTS [EDITING]Where stories live. Discover now