SUGA POV
Kelopak mataku yang berat kubuka secara perlahan-lahan. Aku cuba untuk memerhati keadaan sekeliling. Dan aku mendapati bahawa aku sedang berbaring di atas lantai putih yang sejuk. Badan aku yang tegang menggeliat untuk membetulkan urat-urat saraf aku akibat pengsan yang lama.
Aku bangun bersila. Mengimbangi badanku agar tidak jatuh kerana kepala aku masih berputar. Aku mengecilkan mata aku untuk melihat keadaan sekeliling dengan jelas.
Kepala aku masih lagi terasa pening. Pandangan aku juga agak kabur. Aku menyapu mata aku dengan belakang tangan aku. Pandangan aku mulai jelas secara perlahan-lahan.
Aku menyentuh kepalaku lalu mengurut-ngurutnya untuk menghilangkan rasa pening yang masih menguasai kepala aku ini. Berkerut dahi aku akibat menahan sakit kepala ni.
Tetapi kerutan di dahi aku semakin bertambah apabila aku melihat keadaan bilik yang aku diami sekarang yang hanya berwarna putih. Macam bilik hospital sakit jiwa, cuma hospital sakit jiwa ada katil tapi bilik ni hanya kosong.
Argghh! Kalau ada sofa okey jugak. Patutlaa urat-urat saraf aku bersimpul. Tak guna.
Aku bingkas bangun berdiri sambil tanganku masih lekang mengurut-ngurut dahiku. Aku membetulkan rambut aku yang dah macam sarang burung.
Aku cuba mengingati apa yang sudah berlaku.
"Oh ya. Pasal penjara tu."
Tetiba wajahku yang blurr bertukar bengis apabila teringatkan manusia yang bertopeng tu yang memukul aku. Tanganku ku gepal sekuat yang mungkin untuk menahan geram.
"Kalau aku ternampak kau kat mana-mana, memang aku cincang empat belas. Jagala kau. Ada hati nak ketuk kepala aku." Aku mendengus kasar sambil tanganku menunjukkan penumbuk. (Ayat apakah?)
"Tetapi apa yang dah terjadi kepada Jinyoung? "
Aku menggumam seorang diri. Aku tak gila okey.
Aku melihat keadaan sekeliling dan aku nampak ada pintu di hujung bilik. Aku berjalan ke arah pintu itu lalu memulas tombol pintu.
Tetapi malang tidak berbau, pintu ini dikunci dari luar.
Mulut aku ni dah terkumat-kamit menyumpah tentang siapa yang berani mengunci bilik.
Aku berjalan ke arah hujung bilik lalu aku duduk secara perlahan-lahan. Aku menyandarkan belakang aku ke dinding.
Aku menutup mata aku untuk tidur. Belum sempat aku terlelap.
Tiba-tiba tombol pintu dipulas secara perlahan-lahan. Aku memalingkan muka aku ke arah pintu tersebut. Dan aku ternampak ada dua orang namja yang berpakaian kot dan tali leher dengan kemas. Diorang hanya memandang aku dari luar pintu tu.
YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Misteri / Thriller#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...