Suga menyapu matanya yang kuyu. Kepalanya masih berdenyut. Dahi nya berkerut akibat menahan kesakitan yang ditanggungnya.
Dia terkejut apabila dia tersedar di atas laluan seperti laluan makmal.
Di sepanjang laluan itu, Suga dapat memerhatikan bahawa terdapat banyak bilik. Bilik bersusun rapat dengan bilik satu lagi. Seperti dalam bilik hotel.
Suga segera bangun dan kepalanya semakin keliru sekarang.
Aku kat mane? Ape yang Park Jungrae tu buat kat aku sampai aku boleh ade kat sini.
Tiba-tiba pintu dibuka. Pantas Suga berpaling. Alangkah terkejutnya Suga apabila dia melihat abangnya Hyungi bersama seseorang lelaki yang berkot makmal. Hyungi kelihatan segak. Pakaian dan rambut kemas. Dia bersut hitam dan berseluar slack hitam.
Suga terkaku. Tapak kakinya bagaikn di gam. Mereka berdua menuju ke arah Suga.
Matilah aku kali nii!
Tapi apa yang pelik ialah mereka berdua hanya lalu melepasi Suga. Suga terkelip-kedip.
Kenapa diorang tak perasan aku?
Suga berlari mengikuti mereka. Dia cuba menggapai baju Hyungi tetapi gagal apabila tangannya bagaikn tidak dapat menyentuh Hyungi.
Adekah ini...?
"Yoongi." Empunya suara mula bersuara dalam kepala Suga.
Huh? Arvotte kau ke tuh?!
"Ani. Ni aku. Jungrae. Maafkan aku. Aku gunakan kuasa aku yang tersisa untuk hantar kau ke sini."
Kau hantar aku ke mana? Tempat apa ni?
"Ini sejarah kami semua. Benda ni dah berlaku 3 tahun yang lepas. Kau lihatlah apa dah Helenna lakukan kepada kami. Aku terpaksa pergi. Aku tak cukup kuasa." Empunya suara itu terus hilang.
Manakala Suga ternganga.
Sejarah? Sejarah Park Jungrae dn siapa? Aku kena siasat bagaimana hal ini boleh berlaku.
Suga pantas menuruti langkah dua manusia itu. Oops tak patut panggil manusia sebenarnya. Dua makhluk durjana sepatutnya.
Mereka memasuki ke dalam sebuah bilik. Bilik itu dikawal rapi kerana terdapat dua orang anggota bersenjata yang mengawal pintu itu.
Mereka berdua membuka pintu tersebut dan terus Suga masuk juga. Hal ini memudahkan bagi Suga kerana dia halimunan sekarang.
Aku harus siasat semua ini!!
Suga berdiskusi dalam hatinya.Terus pintu terkatup rapat lalu dikunci oleh manusia berkot putih. Sekali lagi rahang Suga jatuh apabila melihat ramai pekerja yang berkot putih sedang melakukan kerja masing. Mereka semua kelihatan sibuk.
YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Mystery / Thriller#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...