SUGA POV
Aku pergi tidur apabila ahli BTS tak henti-henti tanya soalan. Cukup la aku bagi hint kepada Jimin. Pandai-pandailah si ChimChim tu faham sendiri.
Lepas ni giliran BTS pula.
Tanpa aku sedar aku sudah berlayar ke dunia mimpi.
Kali ini aku bermimpi tentang ayah aku. Aku berdiri seorang diri di dalam dunia yang kosong berwarna putih. Tiada apa di sekeliling aku kecuali pemandangan yang berwarna putih. Dari jauh, aku lihat ade seorang lelaki berkot hitam panjang berjalan ke arah aku.
Dari jauh, aku sudah dapat mengecamnya. Itu ialah ayahku. Aku berlari sekuat tenaga aku ke arah nya. Tapi belum sempat aku sampai kepadanya. Pemandangan yang berwarna putih mula bertukar hitam. Muka ayah aku nampak begitu resah dan sedih.
Aku berlari untuk menyelamatkannya tetapi tidak sempat kerana dia tiba-tiba hilang. Dan kini aku terperangkap dalam dunia yang hitam dan suram ni. Angin yang bertiup sempoi sungguh dingin dan sejuk. Dapat ku rasa ke sum-sum tulangku. Membuatkan aku menggigil sedikit. Aku menggosok kedua-dua tapak tangn aku.
Hembusan nafas ku mula mengeluarkan asap akibat sejuk. Semakin lama semakin sejuk. Aku dapat rasakan sesuatu yang menghampiri aku. Aku berpaling dan itulah makhluk..
Yang paling aku benci......
"Helenna. " Aku bersuara perlahan membuatkan dia tersenyum sinis memandang aku. Dia memegang ssebatang lilin. Lilin itu menerangi tempat gelap itu.
"Aku.... Takkan.... Biarkan.... Kau.... Rampas.... Semua.... Usaha.... Aku..." Suaranya yang serak membuatkan atmosfera di situ menjadi semakin dingin.
"Aku akan balas dendam." Aku membalasnya dan merenung tajam matanya membuatkan dia tergelak besar.
"Baik... Kau... Cepat.... Hahaha....
Bersama Void kau.... " Aku terbuntang dan ternganga.
Dia dah tahu VOID bersama dengan aku?
"Apa namanya? Oh ya.
ARVOTTE " Dia mendekati aku membuatkan aku berundur kebelakang.
"I... am... looking.... forward.... on.... your.... revenge." Dia tersenyum sinis lalu ketawa jahat. Aku hanya merenung tajamnya. Tanpa aku sedar, peluh mula merecik di dahi aku. Aku sedar di dah tahu keberadaan Arvotte.
Dia pun meniup lilin sambil tersenyum sinis.
Suasana menjadi gelap, automatik membuatkan aku terbangun dari mimpi tersebut.
Aku menyentuh dahi aku dengan belakang tangan aku dan aku dapati aku berpeluh kuat. Habis semua badan aku berpeluh bagai. Mata aku melilau mencari roommate aku.
YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Misteri / Thriller#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...