D-18 » The Spirit or ...

181 24 6
                                    

"Hyung?! Ppali ireona! Macam mana lah hyung boleh tidur saat genting camni? Jimin dah bukak gelung masa. Mari kita masuk." V menggoncang bahu aku.

Macam manalah aku boleh tertidur? Tak kisah lah asal diorang kejutkan aku.

Terkebil-kebil mata aku. Aku menyapu mata aku yang kuyu dan bangun perlahan-lahan menuju ke arah kumpulan aku.

Sudah hampir 2 bulan aku menetap di akedemi ini. Dan aku semakin rapat dengan BTS dan orang lain. Tapi taklah rapat sangat. Aku masih lagi suka menyendiri dan tidur. Tidur lagi Best semenjak aku tahu perangai diorang tak ubah seperti clown sarkas.

Kali ni aku berkumpulan dengan V, Jimin dan Bambam. Entah kenapa aku rasa tak bersemangat nak bunuh The Spirit.

Entah kenapa. Tapi aku rasa benda ni macam sia-sia je. Macam ni ke kehidupan diorang sebelum aku datang sini? Diorang tak rasa aneh ke?

Kes Baekhyun tak selesai lagi. Semakin misteri. Dan banyak menimbulkan persoalan dalam diri aku. Apa maksud dia tentang "bebaskan semua orang"?

"Oii. Termenung nampak. Teringat ke makwe ke?" Bambam memandang aku semacam sambil keningnya dijongketkan sebelah. Asal Mamat thai ni?

"Aku tak hidup untuk benda tak berguna macam tu. Dah la. Cepat masuk. Aku nak balik tidur plak." Aku taknak hal tu dipanjangkan, aku masuk dulu di dalam gelung masa dan diikuti oleh mereka.

---

Aku membuka kelopak mata aku perlahan-lahan. Tapi keadaan sekeliling aku terlalu gelap untuk dilihat. Jadi aku meyapu mataku untuk melihat keadaan sekeliling aku dengan jelas.

Aku terdengar bunyi hembusan nafas yang kuat di hadapan aku. Aku pasti yang ianya bukan nafas aku kerana aku bernafas dalam state yang normal skarang.

Mata aku yang sepet dan kuyu tadi bertukar menjadi bulat apabila aku tahu aku bangun di atas katil didalam sebuah bilik usang dan apa yang mengejutkan aku ialah di hadapan aku ialah The Spirit.

"HUARGHHH!!!!" Aku mengundur belakang sampai kepala aku terhantuk ke dinding menyebabkan aku pening seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HUARGHHH!!!!" Aku mengundur belakang sampai kepala aku terhantuk ke dinding menyebabkan aku pening seketika.

Dia menghampiri aku lalu terus mencengkam kuat pergelangan kuat tangan aku menyebabkan darah aku keluar membuak-buak.

"To-tolong kami." aku pantas turun dari katil itu tapi disebabkan tangannya memegang pergelangan tangan aku. Ia membuatkan kami berdua jatuh meniarap di tepi katil.
"Lepaskan aku!!! " aku melaung di depannya. Akhirnya aku berjaya mengungkaikan tangannya dan tangan aku.

Dia merangkak ke arah aku dan tangan dia sepantas kilat mencapai pisau yang aku sorokkan di celah tali pinggang yang aku pakai.

Dauntless • BTS [EDITING]Where stories live. Discover now