D-30 » Sent Away [LAST]

210 25 17
                                    

Suga POV

"The game had just begun."

Kata-kata itu mula terngiang-ngian di dalam kepala aku menyebabkan aku terbangun dari tidur aku. Bantal kepala aku yang hanya beralaskan daun-daun layu yang gugur menyebabkan aku tidak tenang tidur.

Aku menyapu mata aku sebelum pandangan aku hinggap ke arah members bts yang hanya tidur di atas tanah. Tanpa selimut. Ade yg hanya beralaskan lengan mereka sendiri.

Hati aku mula diragut rasa bersalah. Kerana aku mereka terjerat ke dalam masalah aku.

Asap berkepul-kepul ke udara menunjukkan unggun api yang kami nyalakan sudah malap. Aku memandang bulan purnama dan tasik di hadapan aku.

"Aku takkan biarkan kawan-kawan aku jadi macam kawan aku yang dulu." Aku menggumam perlahan sambil menggigit bibir bawah aku. Aku mencapai pistol aku dan berlalu ke arah hutan tebal untuk memburu sarapan pagi.

1 hari sebelumnya~~

"The game had just begun."

Muka Hyungi yang segak mula bertukar menjadi muka Helenna. Members aku kelihatan terkejut melihat perubahan mendadak itu. Giginya yang putih bersih mula menjadi tajam dan kekuningan. Kukunya panjang sampai lantai. Dia tersenyum sinis memandang aku dan bts.

Aku dapat lihat mata bts masing-masing terbuntang luas. Mata mereka tidak lepas memandang Helenna.

Helenna menunding jari telunjuknya ke arah aku sambil tersenyum sinis. Belum sempat aku bertindak, Helenna membuka luas-luas mulutnya sehingga rahangnya jatuh paras pinggangnya. Matanya bertukar hitam. Kedua-kedua belah tangannya didepa dan asap hitam mula keluar dari dua-dua tapak tangannya dan mulutnya.

Dapat aku rasa Jhope dan V mencengkam kuat baju aku. Dapat aku lihat muka mereka nampak begitu resah dan ketakutan. Begitu juga dengan RM, Jin, Jungkook dan Jimin.

Jungkook tampil hadapan menghala senapangnya ke arah Helenna.

"Jungkook!! Andwae!!! " Jin melaung sambil menarik baju sweater Jungkook. Tapi Jungkook dapat menepisnya.

Tapi Helenna bertindak lebih pantas dengan menjelirkan lidahnya yang panjang lalu melilitkan lidahnya yang hitam pada senapang Jungkook. Jungkook terkejut apabila senapangnya terjatuh dari genggamannya. Terus dia berundur menghampiri kami.

Peluh mula memercik di dahi aku tatkala suasana di dalam dewan itu dipenuhi dengan asap-asap hitam. Bagaikan ada sesuatu yang memisahkan gengaman tangan aku dengan tangan Jhope dan V.

"Suga hyung!! " Aku mendengar suara Jungkook tapi aku tidak dapat melihatnya. Penglihatan aku sekarang terbatas. Aku terpaksa menutup mata aku akibat pedih daripada asap hitam. Pistol aku disimpan.

Tangan aku meraba-raba untuk mencari members aku. Amat pedih sekali mata aku aku untuk membuka. Aku terus melutut.

"Suga!! Kau kat mane?!! " Aku dapat cam bahawa itu suara Jin hyung. Aku cuba berdiri.

"Hyung-!!!" Mulut aku tidak dapat bercakap mahupun dibuka kerana tekak aku sakit apabila asap hitam itu memasuki ke dalam kerongkong aku. Aku tak dapat bernafas. Tanpa aku sedar, badan aku jatuh menyembah bumi. Aku tidak sedar selepas itu. Apa yang aku nampak hanyalah kegelapan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Taehyung POV

Aku pengsan apabila aku menghidu asap-asap hitam itu. Tidak lama kemudian aku sedar. Aku memegang kepala aku yang sedang pening.

Dauntless • BTS [EDITING]Where stories live. Discover now