Kriiiingggggggggggggg!!!!!!
membebel bunyi loceng berdering mengejutkan ana. namun, tiada satu petanda pun yang menunjukkan ana akan bangun daripada tidur lenanya.
jam loceng yang dibelinya dengan harga Rm10.99 itu langsung tiada fungsinya kepada Ana. kalau jam loceng tu hidup, sudah pasti lama jam loceng tu kerjakan Ana dari dulu lagi. apa tidaknya, kalau tidur itu langsung tak sedarkan diri. untung-untung ibunya selalu mengejutkannya setiap kali ibunya bangun untuk menunaikan solat subuh. kalau tak, memang sampai matahari atas kepala baru Ana bangun."Ana... Ana... bangun cepat. jam 5:40 pagi dah ni"
Puan Afifah mengejutkan anaknya yang keempat.namun,tiada seinci pergerakan pun tiada menunjukkan yang Ana akan bangun dari tidurnya.
tanpa berhenti ibunya terus menerus mengejutkan Ana yang masih lagi dibuai mimpi."Ana. bangun cepat!! nanti lambat pergi sekolah! kalau lambat kamu juga yang kena marah. Bangun!! "
mahu tak mahu sahaja Ana membuka matanya yang masih minta didodoikan semula. nasib baik hari persekolahan, kalau tak, jangan haraplah nak bangun cepat-cepat. lepas solat subuh, pasti Ana akan tidur balik.
Jam loceng yang terletak diatas di meja yang bersebelahan dikatilnya dikerling. Alamak! jam 5:45 pagi! habis aku lewat lagi datang sekolah!
tualanya berwarna hijau dicapai. Ana terus berlari menuju ke bilik air. usai mandi, Ana memakai baju kurungnya yang berwarna biru muda kemudian menunaikan solat subuh. usai solat subuh, Ana memakai tudung creepe yang berwarna biru tua di atas kepalanya. jam sudah menunjukkan jam 6:15 pagi.
dengan kelam kabut Ana bersalam dengan orang tuanya kemudian memakai helmet dan menghidupkan enjin motornya. pergi ke sekolah dengan menunggang motor menjadi kebiasan bagi Ana. tahun ini, sudah masuk dua tahun Ana menunggang motorsikal pergi ke sekolah. dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, Ana tinggal di asrama, cuma semenjak masuk form 6 ni, ibubapa Ana telah membenarkan Ana menunggang motorsikal ke sekolah. nasib ada lesen. kalu takde jangan harap."saya jalan dulu" ana memberitahu ibunya yang sedang sibuk berkemas didapur.
usai memberitahu, Ana jalan memecut laju membawa motornya. 30 minit, waktu yang diambil untuk Ana ke sekolah. motor terus dipandu laju oleh Ana namun masih di bawah kawalannya.
* * * * * * * * * *
jam tangan ditangan kanan dikerling.
"6:43 pagi. 2 minit lagi 6:45pagi. tulis nama pelajar yang lambat datang. " tegas cikgu irman memberi arahan kepada pengawas-pengawas yang bertugas.
mereka mengangguk kepala mendengar arahan daripada cikgu Irman.
tepat 6.45 pagi, Ana sampai ke sekolah. motorsikalnya di parking sebaris dengan motorsikal yang lain. cepat-cepat Ana berlari menuju ke pintu pagar utama. Datang lambat ke sekolah merupakan tabiat utama Ana yang tidak pernah berubah.
" amboi, awal datang. " sindir cikgu Irman kepada Ana.
"maafkan saya cikgu. saya.. "
"bangun lambat? jalan jam? motorsikal rosak? rumah jauh? " belum habis Ana berkata-kata cikgu Irman terus memotong kata-katanya.
Ana hanya diam menunduk malu tambah-tambah lagi apabila pengawas-pengawas yang bertugas memerhatinya yang sedang kena marah.
"maaf cikgu"
"1000 kali maaf tapi buat juga" tambah cikgu Irman.
usai selepas dimarahi, Ana masuk ke kelas dengan muka sembap. malu.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...