bab 18

1.5K 61 0
                                    

" dah lama kamu kenal Ana, Fiq? " tanya Puan Fatimah kepada Afiq.

"minggu ni, ummi..  " jawab Afiq selamba.

"berkenan ke? " tanya Encik Rizman kepada isterinya.

"kalau Afiq suka,  kita restu je lah.. " Puan Afifah beri lampu hijau kepada Afiq.

"ummi ni,  Afiq baru kenal kot si Ana tu, entah baik entah tidak.  takkanlah Afiq nak kahwin dgn dia.  lagipun,  dia masih sekolah kot, " Afiq menolak perlahan.

" kamu ni,  terburu2 sgt buat apa?  ummi bukan suruh kahwin sekarang.  mungkin habis sekolah baru kahwin, " geram pula Puan Fatimah dibuatnya.

"tak suka saya..  " Afiq beredar dari ruang tamu.

"tapi Puan Afifah tu macam suruh Aisha kahwin dgn Afiq je saya tengok,  bukan si Aisha tu masuk U ke? kat semenanjung? " giliran Encik Rizman pula bercakap.

"ya..  saya suka juga tengok Aishah tu,  pandai masak,  rajin,  cantik pula tu..  saya pun ada juga niat nak kenankan Afiq dgn Aishah tu,  tapi Afiq macam suka Ana.  saya batalkanlah niat saya tu. saya bukan apa,  kalau saya kenankan juga Afiq dgn Aisha tu,  kesian pula dgn Afiq,  nanti pokok pisang berbuah dua kali pula.  macam sherry, " Puan Fatimah kini lebih berhati2 dalam mencari pasangan hidup utk Afiq.

* * *

Afiq menghempaskan dirinya diatas tilam dalam biliknya.  Iphone nya dikeluarkan dari dalam poket. di lihatnya mesej yg dihantarnya kepada Ana siang tadi, 

to:  minah rempit gendut_Ana
sorry sangat2!! saya tak sengaja nak cakap awak... norfarhana binti Azman please... tolong saya... saya jamin, kalau awak tolong saya, awak tak perlu bayar nombor flat tu. i mean, hutang itu selesai.. please.... i beg you... 🙏🙏🙏"

"hm...  patutlah dia cakap hutang selesai.  rupanya aku sendiri yg hantar sms tu.  apesal aku boleh lupa?  aihh.. " keluh Afiq perlahan. Afiq terlelap membaca sms tersebut.

* * *

"adik, mari sini.. marilah sini.. sini dengan uncle... " seorang lelaki berusia lingkungan 40-an memanggil2 seorang budak lelaki berusia lingkungan 4 tahun.
apabila budak lelaki tersebut menghampiri lelaki dewasa tersebut, lelaki dewasa tersebut terus menutup hidung budak lelaki yang berusia 4 tahun menggunakan sapu tangan yang berisi bahan kimia yang menyebabkan budak lelaki tersebut sukar untuk bernafas.

Afiq terbangun dalam tidurnya dengan tercungap-cungap.

"Astaghfirullah al azim.. " Afiq meraup wajahnya. mimpi itu datang lagi.  semakin hari semakin kerap mimpi  itu datang dalam tidurnya. dia masih tertanya2 adakah mimpinya itu ada kaitan atau tidak dalam hidupnya. jam dinding dikerling.  5 pagi.  Afiq mencapai tualanya utk mandi dan solat subuh.   dia kira hendak pergi ke rumah Ana utk mengambil kereta hilux  abahnya.

usai bersiap Afiq turun ke bawah dan menuju ke ruang dapur.  seperti biasa di menyapa umminya di dapur dgn ucapan salam. 

"waalaikumsalam..  hari ni hari minggu,  kamu kerja ke Afiq? ke kamu nak pergi pusing daerah sana lagi? " tanya Puan Fatimah bertubi2.

"Afiq dah habis tengok daerah sana mak.  masa Fiq lawat tempat kerja tu dulu,   Afiq sempat juga pusing sana,  tu lah cepat habis Afiq pusing daerah tu. . " terang Afiq.

"ummi,  nak tanya ni,  masa kecil2 dulu,  ada apa2 tak jadi dgn Afiq?  maksud Fiq dalam umur Fiq 3 atau 4 tahun macam tu?  " Afiq bertanya.

Puan Fatimah terkejut dgn pertanyaan Afiq.  dia cuba sedaya upaya menyorokkan reaksi mukanya yg mula membahang. dia takut kalau Afiq tahu perkara yg pernah terjadi kepada dirinya sewaktu kecil.

" kenapa Afiq tanya macam tu?  ada apa2 berlaku? " Tanya Puan Fatimah.

"takdelah. cuma sejak kebelakangan ni Fiq mimpi perkara yg bukan2. mimpi tu berulang2. asal je orang tu tutup mulut budak kecil tu,  mesti Fiq bangun dgn tercungap2..  tu yg Fiq hairan tu.. " Afiq mengadu kepada ibunya. 

Puan Fatimah terkejut dgn cerita Afiq.  dia takut,  kalau dia cerita perkara yg pernah berlaku semasa Afiq kecil,  nanti Afiq lari dari rumah.

" mainan tidur je pun..  kamu tu,  tak cuci kaki sebelum tidur,  apa lagi baca Al-Fatihah..  masuk bilik terus baring kat tilam" Puan Fatimah menjawab pantas.

"aih,  awal bangun Afiq..  pergi kerja ke?  " tanya Encik Rizman yg baru turun dari biliknya.   setahunya hari ni hari Ahad ni polis memang bekerja hari ahad.  tapi ikut shift juga.

"tak abah.  Fiq nak ambil kereta dekat rumah Ana sekejap" balas Afiq pendek.

"hm...  kamu nak ambil kereta ke,  nak jenguk anak dara kat sana," usik Encik Rizman.

"abah ni ke situ pula.  takde maknanya.  bukan cantik pun si Ana tu,  cantik lagi kakak dia si Aisha..  " puji Afiq, memang di akui Aisha lagi cantik daripada Ana.  tapi dia lebih selesa dengan Ana walaupun Aisha sempat menjadi teman sepermainannya sejal kecil.

"kamu berkenan dengan Aisha? " Puan Fatimah hairan dgn pendirian anak bongsunya.

"hm..  malas lah Afiq nak cakap..  sikit2 pasal kahwin. Afiq nak bersiap dulu.  nak ambil kereta, " ucap Afiq.

"kamu pergi dengan siapa? " tanya Encik Rizman,  kalau pakai motosikal,  siapa nak pandu kereta pula.  boleh je motor tu letak kat belakang,  tapi berat sangat nak angkat.

"Firdaus,  kawan Afiq, " jawab Afiq lalu naik ke atas bersiap.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now