kringgggggggg
bunyi loceng Ana berbunyi menunjukkan jam 5 pagi. entah apa tuah si Ana dapat hari ni sampai dia boleh dengar bunyi loceng yang berdering. biasanya jangan harap nak bangun awal, gunung berapi meletus pun dia tak akan dengar punya.
dengan liat Ana bangun dari tidurnya. mata dipisat dengan laju.
"Alhamdulillah baru jam 5 pagi." bisik hati kecil Ana.dengan segera tuala hijaunya di capai. usai mandi, bersiap dan solat subuh, Ana segera ke dapur untuk membuat sarapan pagi sekaligus untuk bekalnya ke sekolah. nasi goreng bercampur sosej. siap!
jam dinding di dapur dikerling menunjukkan jam 5:50 pagi. dengan segera Ana memakai tudung shawl berwarna kelabu dikepalanya. setelah bersiap, Ana menyalam tangan kedua ibubapanya. kemudian menghidupkan enjin scooter biru milik kakaknya. sementara menunggu enjin panas, Ana membaca Ayat Kursi dan mengucap dua kalimah syahadah memohon perlindungan daripada Tuhan yang Maha Esa.
sepanjang perjalanan tidak putus-putus Ana memuji tuhan yang Mah Esa. bertahlil, bertasbih, bertahmid. kadang-kadang jam tangan dikerling. kalau masih awal, dia memandu perlahan sedikit. kalau lambat pecut lah jawabnya.
6:31 pagi. masih awal. aku singgah di petronas dulu arr. bisik hati kecil Ana.
usai memberi signal untuk masuk ke simpang kanan, Ana membelokkan motosikal nya ke sebelah kanan apabila dilihat kereta didepan dari arah bertentangan masih lagi jauh.
Ana masih menunggu giliran di stesen minyak nombor empat. tangan kirinya sedia memegang dompet untuk membayar duit minyak. dilihatnya sebuah motosikal kawasaki berwarna merah dihadapannya sedang mengisi minyak.
"uish. lawa motor. orang kaya. " bisik hati kecil Ana.memanglah kaya. kalau tidak, takkanlah motosikal besar ni menjadi milik tuan punya badan. sempat lagi Ana melihat status jantina empunya tuan motosikal. lelaki. mana tahu perempuan. biasalah, perempuan sekarang ni jangan pandang sebelah mata hanya karna nama ku wanita. sempat lagi nyanyi lagu Anita Sarawak.
setelah orang depannya siap mengisi minyak motorsikalnya, Ana segera mendepankan motosikal scooternya berhampiran dengan tempat mengisi minyak. belum sempat Ana meletakkan scooternya depan isi minyak, dengan tiba-tiba motosikal kawasaki didepannya berhenti mengejut. Ana secara tidak sengaja terlanggar nombor flat motosikal kawasaki yang berwarna merah itu. motosikal kawasaki itu tersorong kedepan sedikit akibat dilanggar dari belakang. patah dua nombor flat itu. atas dan bawah. motosikal Ana pula? tiada apa-apa.
Ana yang terkejut lekas2 turun dari scooternya.
"Ya Allah! macam mana ni? " Ana bermonolog sendiri. tangannya menggigil laju. rasa nak terkucil pun ada masa tu.
pemilik motosikal kawasaki itu turun dari motornya yang besar itu dengan segera terus melihat keadaan motosikalnya pada bahagian hadapan. Alangkah terkejutnya dia. flat motosikalnya di kutip satu persatu. dengan segera, lelaki pemilik motor tersebut menuju ke arah Ana yang menggigil ketakutan. cermin helmet merahnya dibuka.
"ma.. aaaf. saya tak sengaja. " tutur
Ana acuh tak acuh. sengaja Ana tidak membuka cermin helmetnya yang lut sinar kerana takut untuk bertentangan mata dengan pemilik motosikal kawasaki tersebut.susah untuk bercakap dengan helmet yang ketat, pemilik motosikal kawasaki tadi terus membuka helmetnya. terkaku Ana melihat wajah putih melepak pemilik motosikal kawasaki tu. handsome beb!
"maaf? " tutur pemilik motosikal kawasaki itu berkata.
"kau fikir maaf tu, boleh ganti nombor flat ni??! " sambungnya lagi dengan nada yang tinggi. nasib stesen minyak nombor empat jauh sikit dari kaunter. kalau tak, memang malu lah jawabnya.
"berapa harga nombor flat ni? 50 ringgit? " Ana bertanya. Eleh Rm50 pun tiada dalam poket ada hati nak ganti. risau Ana dibuatnya.
"ya. rm50 darab 7." jawab lelaki itu selamba.
350 ringgit? macam nak jatuh jawline Ana dibuatnya. biar betoi??
"Encik. saya mana ada duit banyak macam tu. saya masih belajar lagi. mak bapa saya pun orang susah. mana saya dapat duit banyak tu. " tutur Ana dengan laju.
lelaki itu segera membuka cermin helmet milik Ana yang lut sinar itu.
"ada aku kisah. yang aku nak tahu, aku nak duit tu" lelaki itu mengugut.
"Alamak Encik. jangan cakap macam tu, saya orang susah. mak saya hanya berniaga di pasar malam. ayah saya kerja sendiri. saya masih lagi belajar. tolong lah Encik. " mahu terkeluar Air mata Ana merayu.
dengan segera lelaki tadi mengambil dompet di tangan Ana dan mengeluarkan kad pengenalan milik Ana.
"kita jumpa kat sini jam 2 petang! kalau tak, IC kau ni aku jual! " ugut lelaki itu lalu mengembalikan semula dompet Ana.
"mak ai dia main IC pula da" keluh Ana.
"Encik, jangan macam ni Encik. IC tu macam nyawa saya Encik. tolonglah.. " ana merayu lagi
"jam 2 kat sini" ucap lelaki itu terus beredar.
Ana diam tak terkata. Dompetnya ditenung lama. apalah nasib aku hari ni. Ana segera mengisi minyak motosikalnya lalu bergerak menuju ke sekolahnya.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...