"Ana. macam mana belajar tadi? ok? " Puan Afifah bertanya kepada Ana. sengaja dia bertanya kepada Ana. bukan apa. take care lah katakan.. lagipun, anaknya yang lain tiada dirumah. tinggal Ana sahaja sama Azmi dirumah. Anak tuanya, tinggal di bandaraya kota kinabalu, berhampiran tempat kerjanya. anaknya kedua pula, melanjutkan pelajaran di . nak jadi cikgulah katakan. anaknya ketiga pula, Azmi, kerja kampung sahaja. a. k. a kerja sendiri. anaknya bongsu pula, tinggal di asrama.PT3. semua anaknya perempuan. kecuali Azmi. dah nama pun Azmi kan...
"ok. mak.. Alhamdulillah.. " Ana menjawab.
"kak Aisha bila balik mak? " tanya Ana tiba2 teringatkan kakaknya nombor 2 itu.
"lusa ni. " jawab ibunya selamba.
"jumaat ni?? jam berapa dia sampai? " tanya Ana gembira.
"jam 10:30 pagi sampai airport." ayahnya menjawab
"nak ikut! " Ana mempelawa dirinya sendiri untuk turut menjemput kakaknya di airport.
"tak payah nak mengada. kau duduk rumah ja. belajar memasak. nanti ada orang meminang terpaksa 'turunkan saham' sikit sebab tak pandai masak. " sindir Azmi yang baru sampai di meja makan.
Ana menjeling ke arah abangnya. kalau dilawannya kata abangnya tadi alamatnya perang ketiga lah jadinya.
tak baik bergaduh depan makanan. nanti rezeki lari. isk isk isk.."tak payahlah kamu ikut. hari jumaat tu kan masih sekolah. takkan kamu nak ponteng lagi? lagipun mak dan bapa kamu mana ada duit nak belanja banyak2. " ibunya melarang Ana untuk turut menjemput kakaknya.
"tadi adik kamu ada telefon. hari jumaat ni dia balik kampung. balik wajib asramalah katakan.. kamu bawa dia sekali naik motor ye. bukan lama pun tunggu dia bersiap. jangan lupa bawa helmet lebih. " ibunya memberi pesanan.
"In Shaa Allah mak. " Ana terus memasukkan nasi berlaukkan ayam masak kicap ke mulutnya. hampa. niatnya untuk mencuci mata di bandaraya kota kinabalu terpaksa dilupakan.
* * *
usai Makan, Ana meneruskan sesi hariannya dengan belajar malam. buku Pengajian Am dibelek. Nota ringkas berlandaskan peta minda dicoret diatas kertas A4.setelah 2 jam duduk belajar, Ana menamatkan sesi pembelajarannya dengan doa. jam juga menunjukkan jam 10 malam. baju kurung berwarna biru tua menjadi pilihannya untuk dipakai di sekolah esok. jangan hairan. sekarang ni form6 nya sudah upgrade. pergi sekolah pakai macam orang pergi kerja. tu lah kadang2 kalau ada pelawat datang sekolah selalu keliru. Antara cikgu dengan pelajar.
khusyuk Ana menyediakan barang2 untuk pergi ke sekolah esok, Tiba2 dia dikejutkan dengan satu bunyi. bunyi apa? bunyi telefon berdering daa... terkejut Ana dibuatnya.
013-5433223
Nombor asing tertera diatas skrin telefonnya.
"siapa pula ni? " tanya Ana penuh kehairanan.
"Hello. " Ana menyambut gagangan telefon.
"Norfarhana Binti Azman. " si pemanggil menyebut nama Ana. kedengaran suara garau jelas ditelefon. dia pernah dengar suara ini. tapi tidak selalu. atau hanya sekali sahaja? Ana tertanya2.
" siapa disana? boleh saya bantu? " bantu apanya kenal pun tidak.
"saya nak awak ganti nombor flat saya tu. " si pemanggil membalas.
"oh my!! ini mesti mamat motor kawasaki tu. macam mana ni erk? aku mana duit" keluh Ana dalam hati. Ana menelan air liurnya yang kering.
"hello!! hello!! kenapa senyap ni? " Afiq hairan kerana langsung tiada respon daripada Ana.
Ana mematikan panggilan daripada Afiq. takut. itulah yang dia rasakan saat ini.
Afiq menelefon Ana semula. dengan nafas yang panjang Ana menjawab panggilan tersebut.
"this is the voice mail for the number, 01..... " Ana terhenti disitu. Alamak. matilah nombor dia aku tak hafal.
"zero one apa? haii,, kalau menipu biarlah berpadah-padah. jangan bagi... "
tut tut tut
telefon dimatikan.
"haih. memang nak kena budak ni! " berang Afiq dibuatnya.
"Astaghfirullah al azim... tenang Ana. setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. subhannalah, alhamdulillah, allahu akhbar" Ana bertahlil, tasbih dan tahmid menenangkan dirinya yang dalam keadaan takut.
nafas ditarik dan dihembus dua tiga kali. tangannya bergetar hebat. dasyat juga takut si Ana ni.
ting...
bunyi mesej masuk.
from: 013-5433223
kau dah lupa ke ugutan aku hari tu?
*gambar IC ana
*caption: 'perempuan tidak bertanggungjawab, melanggar motosikal orang awam'
😏😏"Ish menyampah aku dengan mamat ni. macam mana ni? nak minta tolong mak, mak nak guna duit. tanya bapa kena marah. minta tolong kak Alisha kena kecam. minta tolong Azmi lagilah.. jangan harap. kak Aishah da Aidah pun masih study lagi. buntu aku buntu! " pening Ana dibuatnya.
"takkan aku merayu kot. jatuh lah saham aku" Ana sudah penat memikirkan jalan penyelesaiannya.
to: 013-5433223
boleh kita jumpa esok? dipetronas. jam 2. be punctual! 😏sempat lagi Ana menyindir Afiq. apa tidaknya. hari tu janji jam 2 tapi datangnya 40 minit kemudian. lama Ana menunggu.
from: 013-5433223
i got it!"huh... Alhamdulillah.. lega aku sikit.. tapi macam mana pula kalau minta duit rm350 tu esok juga?? ni tak boleh jadi ni, mati kutu aku dibuatnya. aku mesti runding juga. " Ana bertekad.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...