"malasnya nak jalan" Afiq memisat2 matanya. Afiq menguatkan diri untuk mandi dan solat subuh.
usai menunaikan solat subuh, Afiq turun ke tingkat bawah menuju ke arah dapur di mana tempat umminya berada.
"Assalamualaikum ummi.. " sapa Afiq dengan sopan.
"waalaikumsalam.. Afiq, awal bangun, bukan kamu cuti ke harini? " Puan Fatimah kehairanan.
"Afiq nak pusing daerah tempat Afiq bertugas hari ni..."
"ala.. ummi baru nak ajak Afiq jumpa keluarga teman Abah tu.. jom lah Afiq. . " Puan Fatimah memujuk.
" tak dapatlah mak, minggu depan Fiq kena suruh berjaga di balai. kalau ada panggilan kecemasan nanti Fiq tak tau di mana letaknya lokasi kejadian... maaf ye mak... lain kali kot In Shaa Allah... " Afiq menolak lembut.
"takpe lah.. " umminya mengerti.
"ummi, abah mana? Afiq nak pinjam kereta abah boleh?? " Afiq meminta izin.
"abah kat bilik, nanti ummi bagitau abah. kamu pakailah kereta hilux tu. ummi dan abah naik kereta myvi je. ummi lebih selesa naik kereta tu" jawab umminya.
"terima kasih ummi" ucap Afiq lalu mencium tangan umminya.
kereta hilux dipanaskan dalam 10 minit untuk perjalanan yang jauh dan lama. sebelum tu, Afiq memeriksa juga keadaan dalam dan luar kereta tersebut. penting! untuk keselamatan dan kemudahan diri juga.
selepas 10 minit memanaskan enjin, Afiq memulakan perjalanannya menuju ke daerah kawasannya bertugas. sebenarnya, dia tidak tahu tentang selok belok kawasan tersebut, tapi dia akan cuba terokainya walau bersendirian. dia yakin! walaupun dalam hatinya ada sedikit kegusaran. takut sesat.
* * *
"Assalamualaikum... " ucap Puan Fatimah dari luar pintu rumah Ana. tak sabar rasanya mahu berjumpa kawan lama. begitu juga dengan Encik Rizman.
"waalaikumsalam.. " Ana menjenguk keluar pintu. melihat gerangan orang yang memberi salam dari luar.
"Puan Fatimah dan Encik Rizman ke? " Ana ingin mendapatkan kepastian. dia sudah maklum akan kedatangan mereka.
"ya saya.. adik tak perlu panggil puan. panggil makcik dan pakcik je.. lebih selesa. " ucap Puan Fatimah mesra. walaupun dia tidak pasti siapakah gerangan yang menjemput mereka tadi.
"jemput masuk.. " Ana menjemput mereka masuk.
"Fatimah!! " sapa Puan Afifah apabila terlihat kelibat Puan Fatimah di ruang tamu. mereka berpelukan antara satu sama lain. terharu jumpa dengan kawan lama lah katakan. begitu juga dengan Encik Rizman dan Encik Azman. bersalaman dan berpelukan dengan lebih macho. lelaki....
"Allah.. lama tak jumpa.. kamu berdua ja? " tanya Encik Azman tidak melihat kelibat Afiq mahupun Afiqah bersama.
"ya... berdua saja.. Afiq nak tengok2 daerah tempatnya bekerja. . tempat barulah katakan.. dekat daerah sini sahaja.. " jelas Encik Rizman.
usai berpelukan dan bersalaman, puan Afifah dan Encik Rizman dijemput ke ruang tamu untuk bercerita dengan lebih panjang.
"Anak akak mana? " tanya Puan Fatimah kepada Puan Afifah. dia membahasakan Puan Fatimah sebagai kakak walaupun perbezaan umur mereka hanyalah 5 tahun.
"ada.. kat dapur.. sediakan makanan untuk tengah hari. nanti tengah hari makan sini tau.. lambat2 lah sikit balik. " Pelawa Puan Afifah.
" Afiq kerja apa? " tanya Encik Azman.
"polis.. sebenarnya dia baru posting minggu ni di daerah ni.. dia pergi tengok2 daerah kat sini, in case mana tau ada emergency, tak pula dia tau lokasi kejadian.. GPS mana boleh harap sangat.. " terang Encik Rizman.
"eloklah tu.. dia tinggal di mana? pulang balik dari rumah kamu? " tnya Encik Azman. jauh juga perjalanan Afiq kalau pulang balik ke tempat kerja dengan tempat tinggal mereka sekarang. kalau sekali-sekala takpe juga. kalau hari2, mana tahan.
"tinggal dengan kami. 1 jam perjalanan dia dari rumah pergi sana.. kadang2 balik kerja terus tidur. lepas isyak baru keluar bilik.. kesian juga saya tengok.. kalau jumpa jodoh disini, Alhamdulillah.. dekat juga dengan tempat bekerja... " Puan Fatimah cuba memulakan perbincangan. ada maksud yang tersirat disebalik kata2 nya.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
Storie d'amoreBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...