hari ini, merupakan hari terakhir Ana di sekolahnya. hari ini juga merupakan hari terakhir ana menduduki peperiksaan semester ketiga di sekolahnya. seperti biasa, Ana memanaskan enjin motosikal sebelum bergerak ke sekolahnya. Dia membaca Ayat kursi dan dua khalimah syahadah sebelum bertolak. tangan ayah dicium lembut. begitu juga dengan tangan ibunya, walaupun sejak kebelakangan ini perangai ibunya semakin dingin terhadapnya. bila makan tak dijemput, bangun pagi tak dikejut. sedih Ana melihat perubahan ibunya. kadang2 Ana terfikir, adakah dia ini anak pungut yg dikutip dari tepi jalan sampai diperlakukan seperti begini. tapi fikirannya itu dibuang jauh2 nanti makan hati.
setelah tamat menjawab peperiksaan kertas sejarah, Ana dan Nana serta Afi menghabiskan masa mereka bersama di ruang legar sekolah itu.
"huh.. habis juga kertas.. Alhamdulillah.. " ucap Afi
"Alhamdulillah.. " ucap Ana dan Nana serentak.
"so, lepas ni kamu pergi mana?, " tanya Afi.
"pergi mana lagi? balik lah..., " jawab Ana. nak pergi mana lagi selain dari rumah.
"bukan itu maksud aku.. maksud aku apa plan kamu lepas tamat sekolah ni?, " geram pula Afi dibuatnya.
"o... " mulut Ana dan Nana menjawab.
"entah lah.. cari kerja kot.. kat Kota Kinabalu, " jawab Ana selamba.
"Aku nak kahwin dgn kau boleh?, " tanya Nana kepada Afi. dia tidak malu meluahkan perasaannya kepada Afi sebab sekarang ni pun sudah tamt sekolah.. apa salahnya..
muka putih Afi bertukar menjadi merah..blushing la tew.. terkejut juga dia mendengar kenyataan Nana. begitu juga Ana. dia merasakan seolah2 keberadaannya disitu seperti tidak wujud bila Nana berkata sedemikian.
"Boleh! dengan satu syarat, " jawab Afi berani. dia juga sebenarnya sudah lama menyukai Nana. prinsipnya sama seperti Nana. pergi sekolah belajar. cinta, lepas habis sekolah.
"Apa dia?, " tanya Nana tidak sabar.
"kita mesti sama2 masuk Universiti dulu, dapat kerja tetap, baru kahwin. " Ucap Afi.
"Ala... penat lah Nana nak belajar... " Nana merungut manja.
"nak kahwin dengan Afi ke tak nak?, " Afi mengugut.
"yelah.. yelah.. In Shaa Allah.., " Nana mengaku kalah.
Ana yg melihat perbuatan mereka berdehem.
" ehem.. ehem... adui kamu dua ni, macam tak nampak aku kat depan ni. tak menyempat kamu erkkk, " sindir Ana.
"Ala Ana, kau apa kurang nya. mamat polis yg kau cerita tu, bukan nak masuk meminang kau ke habis sekolah ni?, " Nana teringat dengan cerita Ana tempoh hari.
"takde maknanya.. aku bukan suka dia pun. lagipun, mak kenankan dia dengan Kak Aisha. " Ucap Ana.
"yeke kau tak suka?? sedih siot je aku tengok muka kau ni bila sebut pasal dia nak kahwin dengan Aisha., " Afi cuba mengorek rahsia Ana.
"apa2 je lah kau Afi.. dah jom lah. dah jam 1:30 petang dah ni.. apa2 pun, walau di mana jua kamu berada, I love you guys.. nanti kita lepak yee.. In Shaa Allah... Bye!, " ucap Ana sambil berjalan menuju ke arah motornya. Tinggal Nana, Afi dan beberapa pelajar yg lain masih duduk di ruang legar. Afi dan Nana menghantar Nana dengan lambaian tangan.
"kesian juga Ana tu aku tengok, " Nana meluahkan rasa kasihannya kepada Afi setelah melihat Ana telah beredar.
"Kenapa? apa cerita?, " Afi ingin tahu
"sebenarnya, mak dia sekarang ni, dah dingin dengan Ana.. " sedih Nana nak ceritakan kepada Afi.
"apesal pula?, " hairan pula Afi dibuatnya.
"mak dia suruh jauhi Afiq. sebab dia nak kahwinkan Aishah dgn Afiq.. " luah Nana.
"kenapa? rapat sangat ke dorang? bukan Ana tak berkenan ke dengan si Afiq tu?, " pelik Afi dibuatnya.
"ish awak ni, kamu tak nampak ke muka Afiq masa bergambar dgn Ana dalam majlis kahwin kak Alisha hari tu? senyum sampai ke telinga. mata pun asyik tengok dekat Ana je. " Nana bercerita.
"yeke?? Ana suka dia ke?, " Afi ingin tahu.
"Entahlah... saya pun tak tahu.., " Nana mengeluh perlahan.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...