"hello! awak di mana ni? " Afiq bertanya setelah mendengar jeritan meminta tolong daripada hujung talian.
telefon dimatikan daripada pemanggil.
Afiq tertanya2 apa yang terjadi dengan Minah gendut tu. dia bukan risau kerana dia suka perempuan tu. dia cuma risau kerana memang menjadi tanggungjawabnya untuk melindungi orang awam daripada merbahaya selagi dia mampu. ya! itulah salah satu prinsipnya sejak menjalani latihan untuk menjadi seorang polis yang bertauliah.
Afiq cuba menelefon semula nombor Ana. tetapi gagal.
"lantak lah dia.. " Afiq malas mahu ambil tahu. tetapi didalam hatinya ingin mengetahui kejadian yang berlaku kepada Ana si Minah gendut.
"Astaghfirullah al azim Fiq.. jangan!! ko jangan pernah lupakan prinsip kau untuk mengekalkan kemanan negara.!! silap hari bulan kau pula yang kena nanti macam mana? " Afiq mengingatkan dirinya dengan prinsipnya.
jam dinding dikerling menunjukkan jam 6:45 pagi.
"mesti dia pergi sekolah ni. tapi aku mana tau kat mana sekolah dia. ish Minah ni! arghh! takkanlah takde security kat sekolah tu... " Afiq memujuk hatinya untuk tidak melibatkan diri dengan apa yang berlaku dengan Minah gendut plus rempit tu.
"atau dia kena Rog... " Terlintas di fikiran Afiq yang mungkin berlaku kepada minah gendut itu. ya lah, gendut kah rempit ka, kan tidak mustahil.. dia pun perempuan juga..
dengan lantas Afiq mencapai kunci motosikal kawasakinya. motosikal dijalankan tanpa dipanaskan enjin terlebih dahulu.
"aii bang, kenapa si Afiq tu jalan tak salam kita bang?? ada apa2 ke? " tanya Puan Fatimah kepada suaminya. hairan melihat Afiq yang terus berjalan laju tanpa menoleh kearah mereka yang sedang bersarapan pagi.
"emergency case kot.... " jawab suaminya selamba.
* * *
"Ana! Ana! akulah Nana! " NAna cuba memujuk Ana yang sedang duduk bercangkung di tepi meja guru sambil menutup mata dan menutup kedua-dua telinganya dengan tangan.
perlahan2 matanya dibuka. lampu yang malap tadi kini sudah terang. Angin kencang diluar pun kini sudah tenang. Ana menarik nafas lega. namun mukanya pucat.
"what's going on here? " tanya Afi yang hairan melihat Ana duduk bercangkung dilantai.
Ana menggelengkan kepalanya laju. memberitahu tiada apa2 yang terjadi kepada dirinya. dia tidak mahu orang ambil tahu sangat pasal dirinya. malu. itulah dia rasa ketika ini.
"kau takut ke Ana? " tanya Afi. yang terlihat muka Ana yang pucat it. dia tahu, sejak dari kecil lagi Ana memang takut dengan angin kencang yang kuat. bukan itu sahaja, Ana juga takut dengan bunyi guruh dan kilat sambar-menyambar.
"jangan risau lah Ana. aku kan ada dengan kau. aloo bucu bucu.. " Afi memujuk Ana. Ana menjelingkan matanya kepada Afi bererti dia tiada mood untuk bergurau.
Nana yang melihat perbuatan Afi terhadap Ana mula rasa cemburu. dia tidak rasa yang Afi hanya menganggap Ana sebagai kawan sepermainan sejak dari kecil lagi. dia yakin, Afi mesti ada perasaan lain terhadap Ana selain daripada seorang kawan. dia tidak mahu perkara itu berlaku. dia sayang Afi.
" dahlah.. aku ok.. kau pergi lah sana jauh2! shuh! " halau Ana. dia sedar perubahan riak muka Nana yang mula cemburu itu. dia tidak mahu Nana salah sangka dengan keakraban dirinya dengan Afi.
"kau ok tak? " tanya Nana menutup rasa cemburunya.
"ok.. thankyou and sorry.. " ucap Ana.
sesi PNP dimulakan apabila guru matapelajaran Sejarah masuk mengajar.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...