bab 29

2.1K 81 12
                                    

Majlis perkahwinan Ana dan Afiq disambut sederhana tetapi meriah di rumah Encik Azman. Nana dilantik sebagai pengapit Ana. manakala Afi dilantik menjadi pengapit Afiq. Azmi sedang menyanyi lagu karaoke bertajukkan selamat pengantin baru. sesuai dengan majlis yg diadakan. Puan Afifah, Encik Razman, Encik Azman dan Puan Fatimah sedang sibuk melayan tetamu. Aishah, Alisha, Afiqah juga tidak jemu menjemput tetamu yg hadir untuk menjamu selera.

selesai majlis perkahwinan, semua keluarga Afiq dan keluarga Ana berkumpul di ruang tamu.

"terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli keluarga yg sudi menjayakan majlis ini. saya juga minta maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis tersebut di jalankan, " ucap Afiq panjang lebar.

" tidak mengapa Afiq, yg penting semuanya selesai.. apa2 pun tahniah, jangan lupa bagi kami cucu cepat2," ujar Encik Azman. Afiq senyum sampai ke telinga mendengar gurauan bapa mentuanya itu. merah juga muka Ana mendengar guarauan bapanya itu.

"Afiq.. ummi dan abah ada nak bagitahu sikit ni, " Puan Fatimah mula bersuara. kata2 nya itu menimbulkan banyak tanda tanya kepada yg mendengarnya.

"Apa dia ummi?, " ujar Afiq ingin tahu.

"pasal mimpi kamu tu..sebenarnya, bapa mentua kamu pernah selamatkan kamu dulu masa kecil, " ujar Puan Fatimah.

"masa tu, abah pergi luar negara, tinggal ummi, kamu dan kak fiqah ja di rumah. masa malam pertama Abah kamu tak ada di rumah,, ummi sudah dapat rasakan sesuatu yg buruk akan berlaku. tapi, perasaan itu, ummi tepis cepat2. ummi telefon Puan Afifah bagitahu tntg kegusaran dalam hati. lepas tu datang kawan abah, mula2 dia cakap dia nak jumpa abah kamu, ummi cakap takde. ummi jemput dia duduk di ruang tamu utk main dgn kamu dan Afiqah. masa ummi buat Air kat dapur, ummi hairan kenapa takde bunyi Afiq dan Afiqah ketawa2 main dengan kawan abah tu, sebab mula2 bukan main sakan lagi Afiq dan Afiqah ketawa. last2 senyap, itu yg ummi hairan tu.. " terang Puan Fatimah panjang.

" lepas tu, apa jadi ummi? , " tanya Afiq ingin tahu lebih lanjut.

" ummi pergi tengok kat ruang tamu, Afiqah dah pengsan. Ummi cari kamu keliling rumah takde, tengok kereta kawan abah kamu pun dah takde. ummi telefon lah Puan Afifah balik, nasib Encik Azman sempat selamatkan Afiq, sebab masa tu Puan Afifah dan sekeluarga sedang dalam perjalanan pergi rumah kita, " sambung Puan Fatimah.

" tapi, kenapa dia ambil Afiq ummi?, " hairan Afiq. biasanya perempuan yg akan diambil

" sebenarnya, kawan Abah tu sakit mental. masa isterinya mengandung, dia selalu sibuk bekerja. abah dah pesan, kurang2 kan sikit kerja tu, peduli sama isteri. masa isterinya dah nak beranak kat rumah, kawan abah tu sedang mesyuarat. balik2 isterinya called nak bagitahu dia dah nak beranak. tapi tak juga diangkatnya telefonnya. bila siap meeting, baru dia tahu anak dia dah takde sebab lemas dalam perut. Isteri dia trauma dan tak dapat memaafkan suaminya. mereka bercerai 4 bulan kemudian, dan itulah buatkan kawan abah tu tertekan sampai kena sakit mental..., " terang Encik Rizman panjang.

"ouh.., " Afiq mengangguk faham. kini barulah dia tahu cerita yg sebenar. Afiq bersyukur diberi peluang untuk hidup bersama insan yg tersayang.

* * *

#Di dalam bilik Ana

"abang... kenapa abang pilih saya jadi pendamping hidup abang? " tanya Ana sebaik sahaja menunaikan solat isyak berjemaah dengan Afiq.
kembang kempis hidung Afiq bila panggilannya telah ditukar kepada 'abang'.

"sebab saya suka awaklah... " balas Afiq sambil mencuit hidung Ana.

"kenapa abang tak pilih kak Aishah je? yelah, Kak Aishah kan cantik, slim, pandai masak, rajin.. limited edition lah katakan.. " ujar Ana.

"sebab Allah dah bagi petunjuk dekat abang, yang Ana memang jodoh abang.. Masa abang mula2 jumpa Ana, memang abang takde felt, tapi dah 2 kali jumpa Ana, jantung abang bergetar hebat. abang tak nak rasa macam tu dekat Ana.. tapi suatu hari tu abang betul2 selesa dekat dgn Ana..  Abang solat istikharah. masa abang pergi meminang kamu,  kamu dah lari dari rumah,  bila abang sampai sana,  Mak awak suruh abang kahwin dengan kak Aishah,  Afiq tak mahu,  tapi abang terima juga kak Aisah sebab abang yakin,  Ana yg akan kahwin dgn Abang.  Alhamdulillah,  sekarang kita dah kahwin.. " ucap Afiq dengan panjang lebar.

"hm...  menarik juga cerita abang ye..  tapi,  ada pembetulan.  Ana bukan lari dari rumah,  tapi Ana cari ketenangan! " geram Ana dengan istilah suaminya yg mengatakan dia lari dari rumah sewaktu dia ke ibu kota.

"yeke?? " perli Afiq.  Ana memancungkan mulutnya tanda merajuk.

"Alololo bucu bucu..  tak comei lah buat muka macam ni, " pujuk Afiq namun Ana masih lagi dengan sikapnya.

"takpelah,  kalau Ana nak merajuk,  merajuk lah..  abang pergi tempat kak Aishah je lah.. " ujar Afiq lalu berdiri kira2 mahu keluar bilik.

"Abang! " jerit Ana sambil memegang tangan Afiq.

"tau takut..  dah lah..  jangan merajuk..  abang tak reti nak pujuk, " Afiq mencium dahi Ana sambil memeluknya.
Ana bersyukur kerana di beri kesempatan utk menikmati nikmat Allah yg indah ini..  dia berdoa dalam hati semoga jodohnya dengan Afiq berkekalan hingga ke syurga..

"nak anak berapa? " kata Afiq ketika masih memeluk Ana.

"gatal awak eehh,, " Ana mencubit lengan Afiq.  Afiq mengaduh kesakitan.

" gatal2 pun bukan orang lain juga..  isteri abang kot.. " Afiq tersenyum kerana berjaya mengenakan Ana.  dia bersyukur,  kerana diberi kesempatan untuk bersama membina keluarga dengan orang yg dicintainya.  sesunguhnya,  Allah maha pemurah lagi maha penyayang.

        

                        ... The End...

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now