bab 22

1.5K 61 1
                                    

"Ana,  kalau Afiq nak masuk meminang kamu,  kamu nak ke,? " Encik Azman bertanya ketika mereka sekeluarga makan malam.  tersedak juga Ana dibuatnya.  dia tidak tahu jawapan apa yg patut diberikannya.  Puan Afifah melihat Ana dengan mata yg tajam.  semua ahli keluarganya menanti jawapan yg keluar dari mulut Ana.

" awal sangatlah Ayah.. Ana nak sambung belajar juga,  nak berjaya.  Kak Aisha kan ada.., " Ana sengaja menyebut nama kakaknya,  Aisha.

"Afiq nak kamu,  buat apa nak kahwinkan dgn Kak Aisha, " Jawab ayahnya.

"kak Aisha dah ada teman ke?" sengaja Azmi bertanya kepada kakaknya.  Dia tahu,  Ibunya mahu Afiq kahwin dgn Aishah.pada masa yg sama dia juga tahu,  Afiq suka Ana. 

"mak nak Aishah kahwin dgn Afiq, " belum sempat Aishah menjawab ibunya segera memintas.

terkejut mereka yg ada di meja makan tersebut.  Ana hanya mampu berdiam diri.

"kenapa pula?, " hairan juga Encik Azman dgn kata2 isterinya.

"saya nak!  sebab mereka secocok.  Afiq untuk Aishah.  Ana tak sesuai utk Afiq.  buat malu je orang bagi hantaran mahal2 tapi tak pandai masak,  " ucap Puan Afifah tanpa memikirkan perasaan Ana. nak menangis Ana mendengar kata2 ibunya.  terkilan.  namun ditabahkan juga hatinya utk tidak menangis. Ana berdiri meninggalkan meja makan.

"ish kamu ni Fifah,  kenapa cakap macam tu?  kalau Afiq nakkan si Ana,  takkan kita kahwinkan dia dgn Aishah pula?, " marah Encik Azman.

"tak kira! saya nak Afiq kahwin dgn Aishah juga!  " tegas Puan Afifah lalu meninggalkan meja makan.

"Astaghfirullah al azim.  kamu ni kenapa Afifah?  buang tebiat ke?, " hairan Encik Azman dgn perubahan perangai isterinya sejak kebelakangan ini.

"Aishah,  ayah nak tanya kamu ni,  kamu suka si Afiq ke?, " tanya Ayahnya ingin mendapat kepastian.

" tak ayah.  sebenarnya,  Aishah tahu Afiq suka Ana.  tapi mak paksa Aishah kahwin dgn Afiq.  kalau tak,  mak suruh Aishah berhenti belajar kat U,lagipun Aishah tak nak jadi Anak derhaka " Aishah mengadu dekat ayahnya.

"ish ish ish..  sampai macam tu sekali mak kamu?, " sedih Encik Azman mendengar aduan anaknya.
tidak sangka pula perjanjian itu boleh jadi sampai macam ni.

"Azmi nak cakap sikit Abah.  bukan apa,  Afiq tu pun berkenan juga dgn Ana.  tapi dah ummi kenankan juga dgn kak Aishah nak buat macam mana.. " tambah Azmi.

"bila dorang hantar rombongan abah? " tanya Aidah yg dari tadi diam. 

"Entah lah.  dalam minggu depan kot. kamu balik wajib asrama ke minggu tu?, " tanya Encik Azman inginkan kepastian.

" tak tahu ayah.. " ucap Aidah.

mereka yg tinggal di meja makan meneruskan suapan di mulut tanpa mengeluarkan sebarang kata.

* * *
Ting! 

telefon Ana berbunyi menandakan mesej masuk.  Ana mencapai telefonnya yg diletakkan di atas meja belajar. dibukanya mesej dalam telefon.

From:  Afiq
Assalamualaikum.. 
macam mana exam tadi?  ok?
 
kenalan yg dulu diletakkan sebagai mamat patah flat kawasaki dulu digantikan dgn nama Afiq semenjak Ana tahu nama Afiq.

to:  Afiq
Alhamdulillah ok..

balas Ana pendek.  dia tidak mahu hubungannya bertambah erat dengan Afiq.  takut ada perasaan lain selain daripada seorang kawan.  dia sendiri tidak pasti dgn perasaannya sama ada dia suka Afiq atau tidak. 

from: Afiq
esok busy ke?  kita keluar jalan2 nak? esok saya cuti. 

buat pertama kalinya Afiq membawa Ana keluar jalan2. selama ini,  Afiq tak pernah mengajak Ana keluar jalan.  Al maklumlah masih sekolah.

to:  Afiq
maaf saya busy..

sekali lagi jawapan pendek Ana berikan. sebenarnya dia tidaklah sibuk sangat.  dah habis sekolah kot. 

from:  Afiq
takpelah..

balas Afiq,  hampa. mesej yg hantar daripada Afiq dibiarkan saja tidak berbalas.

* * *

Afiq baring di atas katil empuknya.
dia memikirkan bagaimana caranya dia mahu berjumpa dengan Ana.  entahlah kenapa dia asyik memikirkan Ana.  Ana tak cantik,  tapi comel je. langsing pun tidak,  putih pun tidak.  tapi bila dia dekat dengan Ana,  hatinya gembira.
kadang2 dia terfikir juga kenapa Ana tak layan dia seperti dia layan masa kakaknya Alisha kahwin dulu.  tapi,  fikiran itu lekas2 dijauhkan dengan pemikiran yg positif.  'Ana nak Fokus belajar kot'. Afiq berpendapat sedemikian walaupun pendapat itu hanya utk melembutkan hatinya.

tok tok tok

bunyi ketukan pintu kedengaran dari luar bilik.  Afiq membuka pintu biliknya.  dilihatnya Umminya berada di depan pintu.

"Afiq,  turun kejap kat ruang tamu.  ada ummi dan abah nak bincang sikit., " panggil Puan Fatimah.
Afiq membuka langkahnya terus keluar mengikur jejak langkah umminya dari belakang menuju ke ruang tamu.

"ada apa abah?  ummi? " tanya Afiq sebaik saja melabuhkan punggungnya di sofa empuk itu.

"kamu dah fikir masak2? " tanya Puan Fatimah ingin mendapat kepastian.

"fikir masak apa ummi? Afiq tak berapa nak pandai masak.  Fiq tahu masak maggi campur telur je kot, " Afiq bergurau.

"be serious Afiq" tegas Encik Rizman bercakap.  dia ingin mendapat keputusan yg pasti dari Afiq.

terkejut plus bergegar juga jiwa Afiq bila melihat reaksi abahnya. 

"kamu pasti nak jadikan Ana sebagai isteri kamu?  Ana tu masih muda..  banyak lagi dia nak belajar, " ujar Puan Fatimah.

"entahlah ummi,  Afiq rasa perkahwinan ni,  hanya merosakkan hubungan kekeluargaan dorang je.  Afiq memang suka Ana.  tapi mak dia suruh Fiq kahwin dgn Aisha.  sampai sekarang ni,  mak Ana dingin dgn Ana.  dia tak berapa layan sangat Ana tu.  tak macam dulu.  serba salah Afiq dibuatnya, " Afiq memberitahu orang tuanya tentang kedudukannya sekarang.  terkejut juga En.  Rizman dan Puan Fatimah mendengar kata2 Afiq. tidak sangka perkara ini boleh jadi sampai macam tu.

"tapi abah,  ummi,  kenapa abah dan ummi beria2 nak kahwinkan Fiq dgn Anak mereka?  apa mereka dah buat sampai ummi dan abah berjanji dgn dorang utk kahwinkan Afiq dgn anak mereka kalau berjumpa lagi? " Afiq ingin tahu.

Gulp! 
terdiam Encik Rizmann dan Puan Fatimah mendengar soalan yg keluar dari mulut Afiq. masing2 tidak tahu apa yg mahu dijawab dgn soalan Afiq itu.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now