bab 24

1.6K 64 5
                                    

sudah 3 bulan Ana tidak balik rumah. 3 bulan itu jugalah dia langsung tidak menghubungi ibunya. sebulan dalam 2 kali sahaja Ana menghubungi keluarganya. itu pun menghubungi ayahnya saja. terlepas juga rindunya di kampung. dia tidak berani untuk menghubungi ibunya kerana dia takut ibunya semakin membenci dirinya.

sedang asyik mengenang kampung, tiba2 seorang pelanggan menghempaskan buku di kaunter pembayaran. perbuatan pelanggan tersebut mematikan lamunannya.

"Maaf, " ucap Ana sepatah tanpa menoleh gerangan si pembeli lalu mengira harga buku yg di beli oleh pelanggan tersebut.

"kira dengan harga cik cashier dia sekali, " ucap pelanggan tersebut.

Ana tersentak dengan kata2 pelanggan tersebut. apa dia fikir aku boleh dibeli begitu saja ka?! geram Ana dibuatnya.

"maaf Encik, kalau Encik bayar sekali, tak mampu Encik nak bayar cash sekarang, " tutur Ana tanpa menoleh ke arah pelanggan tersebut sambil memasukkan buku dalam beg plastik.

" then, what should i do? untuk jadikan cik cashier ni sebagai suri hati saya?, " ucap pelanggan tersebut.

terkejut juga Ana dengan kata2 pelanggan tersebut lantas menoleh memandang wajah pelanggan tersebut. terkejut Ana bila dilihatnya Afiq berada di depan matanya.

"A.. afiq.. " ucap Ana. terkejut.

"yes Ana. Nice to meet you, " Afiq gembira kerana Ana masih mengingati dirinya. kot kot mana tahu 3 bulan Ana sudah lupa pada dirinya.

"so, sekarang sudah jam 1, jom lunch! " ajak Afiq. dia tidak sabar mahu berkongsi cerita dengan Ana. selama mereka berkawan pun, dia banyak meluahkan masalahnya kepada Ana. kurang kepada ummi dan abahnya. mungkin kerana dia selesa dengan Ana.

"In Shaa Allah.. " jawab Ana pendek.

* * *
"kenapa awak tak balik kampung? " tanya Afiq sebaik saja mereka memesan makanan.

"saya cari duit kat sini.. " ujar Ana.

"Azmi dah ceritakan semuanya kepada saya.. awak tak perlu berdolak-dalik dgn saya, " Afiq jujur dgn Ana.

"hm..  malas lah saya nak fikir pasal tu..  sekarang ni,  saya nak fokus pasal misi saya!  saya nak cari duit,  dan sambung belajar di Universiti.., " ujar Ana.

"Ana,  mak awak sakit kat kampung..  awak tak nak jenguk ke? " Afiq memberitahu perlahan.

Terkejut Ana dgn kata2 Afiq.  kenapa bapanya tidak memberitahu Ana. dia agak terkilan. 

"Ana..  apa2 pun yg mak awak dah buat dekat awak,   dia tetap mak awak,"  pujuk Afiq.

" takde lah..  saya ok je..  sejak bila mak saya sakit? " tanya Ana ingin tahu.

"sejak awak keluar dari rumah tu. .  Mak awak sedar yg dia telah melukakan perasaan awak. jadi dia bertindak untuk mencari awak di sini tetapi ayah awak tak benarkan.  sebab ayah awak tahu awak pasti baik2 di sini.. " ucap Afiq.

"sejak aku lari dari rumah mak sakit? " sedih Ana mendengarkannya.

"Awak tak kerja ke? " hairan Ana tentang keberadaan Afiq di ibu kota ini.

"saya berhenti sebab nak cari awak, " ucap Afiq selamba.

"awak berhenti sebab nak cari saya?!  awak dah gila ka?  susah2 awak nak dapatkan pekerjaan tu, awak biarkan semua tu saja gara2 awak nak cari saya?!  awak memang gila! " marah Ana dengan tindakan Afiq yg sanggup berhenti kerja untuk mencari dirinya.

"awak ni memang tak bagi chance saya nak gurau lah...  dahlah} 2x,  saya gurau je pun.  saya ambil cuti lah..  lagipun hari ni hari sabtu..  senang sikit nak ambil cuti.. " ujar Afiq.

geram Ana dengan kata2 Afiq lantas dia berdiri berkira-kira hendak meninggalkan Afiq di restoran itu.
tapi dihalang oleh Afiq.

"janganlah merajuk.  awak tak kesian ke dengan saya?  saya penat2 datang dari jauh,  awak nak tinggal dgn saya macam tu je..  meh duduk meh.. " pujuk Afiq.

"tak payah nak bersweet2 sangatlah!  kalau nak bersweet nanti lepas kahwin, " ucap Ana geram.

"Aikk??  dah tak sabar nampaknya nak kahwin dgn saya, " Afiq perli kata2 Ana.

merah muka Ana bila dikata begitu. ditampar2 bibirnya perlahan dua tiga kali kerana keterlajuannya bercakap.
Afiq senyum sampai ke telinga melihat perbuatan Ana.  comel..

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now