sebuah Motosikal kawasaki merah memasuki garaj yang terdapat didepan rumah banglo yang besar itu. selepas helmet dibuka, gerangan empunya motosikal kawasaki tadi masuk kedalam rumah banglo tersebut setelah menanggalkan kasutnya diluar rumah.
"waalaikumsalam. baru sampai ke? " sindir Puan Fatimah yang melihat anak bongsunya itu baru masuk dari pintu rumah banglo besar itu. sudah menjadi kebiasaannya Puan Fatimah untuk menegur Anak bongsunya itu untuk memberi salam sebelum masuk ke rumah. walaupun rumah sendiri.
"Assalamualaikum ma.. maaf lupa" balas anaknya.
"Afiq dah makan ke? " tanya puan Fatimah. Afiq hanya menggeleng laju.
Afiq Bin Rizman. nama pemilik motosikal kawasaki tersebut a. k. a anak kepada Puan Fatimah dan Encik Rizman yang merupakan ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. pelik juga ahli pernigaan terkenal biasanya di gelar datuk. tapi kali ini hanya bergelarkan Encik dan Puan sahaja. hehe.. sebenarnya Encik Rizman pernah dianugerahkan gelaran datuk keatas dirinya, tapi ditolak oleh Encik Rizman atas alasan dia takut ditenggelami dengan nikmat dunia hingga lupa untuk bekalan akhirat. low profile lah katakan.
"dah pergi naik atas, mandi, solat, makan baru rehat. " Puan Fatimah mengarah Afiq.
dengan malas Afiq naik tangga menuju ke biliknya.
dihempaskan dirinya di atas katilnya. hari ini sungguh penat. baru melawat tempat kerja baru tadi, sudah macam2 kejadian berlaku.kena langgarlah, sesat jalan lah. nasib pergi melawat saja. kalau kerja tadi, confirm kena marah. teringat pasal kejadian motornya dilanggar oleh gadis gendut tadi, tiba2 dia terus teringat gambar IC milik gadis gendut yang digambarnya menggunakan Iphone 6 nya. senyuman sinis meleret ke sebelah kiri bibirnya menunjukkan 1000 idea terukir diminda.
***
"Afiq. mari turun makan. " puan Fatimah memanggil anak bongsunya makan. untuk pengetahuan anda semua, Afiq adalah anak bungsu daripada 2 adik-beradik. no. 1 perempuan a. k. a kakaknya yang bernama Afiqah Binti Rizman. kakakknya seorang cikgu disekolah rendah tempat suaminya mengajar juga. almaklumlah bercinta di maktab dulu. dah memang jodoh, kahwin lah dorang. anak dorang baru seorang. Nuramirah binti Amin namanya. comel. baru 2 tahun. sampai sana saja ye author bgi kenal kamu. yang lain tu, nanti2 la yeee..
"amboi Afiq, penat sangat kamu tu. tadi ummi jemput kamu makan tengah hari makan malam baru kamu turun. solat maghrib dan isyak dah tunai?? " Puan Fatimah lancar berkata2.
"dah" jawab Afiq sepatah sambil duduk didepan sebelah kiri abahnya.
"macam mana kerja tadi? ok tak ditempat baru? " Encik Rizman bertanya.
"Fiq belum mula kerja abah, Fiq baru melawat tempat kerja tadi. ok juga lah. tapi jauh sangat lah dari sini. nak 1 jam Afiq nak pergi sana. kalau dapat rumah dekat sana, Afiq pindah boleh tak? " Afiq meminta izin kepada kedua ibubapanya untuk berpindah.
"hm... eloklah tu. jauh2 jalan penat juga. " umminya pula menyampuk.
suasana sepi seketika..masing2 sibuk mengunyah makanan di mulut.
"Fiq. abah dan ummi ada nak cakap dengan kamu ni. tapi lepas makan nanti kita bincang di ruang tamu. " ungkap abahnya.
1001 persoalan terungkap di ruang minda Afiq namun dia hanya mampu mengangguk sahaja. membiarkan persoalan itu terjawab nanti.
usai makan. Afiq dan abahnya menuju ke ruang tamu. umminya masih sibuk di dapur. tv dipasang untuk melihat berita di tv3."Abah dan Ummi ada nak cakap sikit ni" Encik Rizman memulakan kata-katanya apabila isterinya sudah duduk di sebelahnya.
"apa hal nya abah? macam serius je" Afiq tertanya-tanya.
"kamu masih ingat Pak cik Azman bekas pesara tentera yang banyak tolong kita masa kita susah dulu? " Encik Rizman bertanya.
"ingat. tapi Fiq tak ingat muka dia dah bah. agaknya lebih kurang 19 tahun kita tak jumpa dia. kenapa abah? " Afiq bertanya penuh penasaran.
" ayah nak kamu kahwin dengan salah seorang anak dia" ucap Encik Rizman sepatah. melopong rahang Afiq bagai nak jatuh ke lantai.
"Afiq jangan salah faham. sebenarnya abah banyak terhutang budi dengan Encik Azman tu. masa mereka nak pindah, Abah buat satu perjanjian kalau suatu hari berjumpa lagi, kami nak kahwinkan anak abah dan umi dengan anak mereka. kebetulan masa tu isteri dia mengandungkan anak ke empat, abah dan ummi berjanji nak kahwinkan kamu dengan anak mereka kalau anak mereka perempuan. masa tu umur Afiq baru 3 tahun. perkara tu sudah lama berlaku tapi janji tu terungkap semula bila abah jumpa dengan Encik Azman tu baru2 ni" luah Encik RiZman. dia agak menyesal juga sikit kerana membuat keterlanjuran berjanji. kalau tidak, tak lah jadi macam ni. kalut.
"dia masih ingat ke janji tu Abah? " tanya Afiq yang dari tadi diam.
"ya.. " ucap abahnya sepatah.
"Fiq, maafkan abah fiq. tak sangka pula perjanjian tu boleh sampai jadi macam ni., " sambungnya lagi.
nak melawan tak boleh. nak marah tak boleh. hanya diam sahaja yang dapat membantu ku masa ini. kelu Afiq dibuatnya.
* * *
kahwin diumur 21 tahun. gila. memang gila. aku baru kena posting di tempat kerja baru. tup tup kena suruh kahwin pula nak balas budi.
Afiq hanya mampu mengeluh didalam hati."ummi dan abah pergi rumah dorang hujung minggu ni. nak ikut tak" masih terngiang-ngiang di telinganya mengenai ajakan ibunya untuk pergi ke rumah Encik Azman a. k. a kawan berbudi abah tu.
telefon Iphone 6 dibuka. banyak notification masuk. noti dari twitter, facebook, instargram and last but not least noti dari whatsapp. dibacanya satu persatu whatsapp yang masuk. tiba-tiba Afiq berasa ada sesuatu yabg sedang bermain dalam fikirannya yang dia nak buat, tapi dia belum buat. apa ya??
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...