"Assalamualaikum cikgu. " Ana menegur cikgu Irman yang berdiri di pintu pagar sekolah.
"waalaikumsalam. aik? awal hari ni. awal 2 minit. " cikgu Irman menyambut salam.
"dia puji ke di perli" bisik hati kecil Ana. senyuman palsu diukir dibibir kecilnya.
* * * *
"Ana. " terkejut beruk Nana bila Ana datang awal. awal 2 minit je pun.
"awal sampai Ana. mimpi apa kau semalam? " perli Afi.
hish si Afi ni tak sudah2 nak perli aku. datang awal salah. datang lambat salah. menyampah betul aku. dengus Ana.
"aku mimpi kau kawin dengan Nana" sakat Ana. ketawanya berhambur macam pontianak. semua ahli kelas tingkatan enam sastera melihat kearah Ana.
Nana memukul tangan Ana tersipu malu. diakui, Nana memang sudah lama menyukai Afi. tapi teringat kepada keputusan SPM nya yang teruk dahulu, dia melupakan sahaja hasratnya meluahkan perasaan kepada Afi. tujuan ke sekolah untuk belajar. bercinta, lepas kahwin. perasaannya hanya dipendam didalam hati. kalau ada jodoh syukur, kalau tiada redha. kan simple.
"Afi. sini jap. ada aku nak cakap sikit" Ana memanggil Afi untuk duduk disebelah kanannya.
dengan penuh tanda tanya Afi segera datang kearah Ana. Nana pula duduk didepan Ana.
"berapa harga nombor flat motosikal kawasaki ekk agak-agaknya? " tanya Ana tiba2.
"aik?? tak cukup lagi ke motor scooter kakak kau tu kau bawa? agak2 berapa laju kau bawa pergi sekolah sampai kau nak beli kawasaki? atau scooter tu selalu pancit nak tanggung berat badan kau" Afi menghamburkan tawanya.
"kurang ajar kau erkk?? menyampah pula aku! dah, pergilah kau sana. nak tanya sikit pun tak boleh. shuh! " halau Ana.
"Ala... gurau je pun. ala bucu bucu.. " pujuk Afi lalu meninggalkan mereka berdua.
muka Nana kelihatan merah sikit. cemburu. aw please lah Nana. Afi bukan kau punya pun. Nana memujuk dirinya.
" Nana. janganlah jealous.. " Ana mengusik tangan kanannya.
"kenapa kau tanya pasal harga nombor flat kawasaki tadi.? kau nak beli motor baru ke? " saja Nana menukar topik.
"hm... panjang ceritanya Nana. tadi aku.. " belum sempat Ana menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba ketua kelas mengucapkan salan kepada guru yang masuk mengajar dikelas mereka.
"nanti nanti je lah aku cerita" ujar Ana diperlahankan sedikit suaranya.
"ok" balas Nana pendek.
* * * * *
jam tangan dikerling.
jam 2:39 pm
amboi tadi bukan main lagi suruh datang jam 2. dekat 40 minit aku tunggu. batang hidung pun tak nampak. IC aku tu bro. kena cop Pendatang tanpa izin kang. bukan kah sia2. keluh hati kecil Ana.
dari jauh terlihat motosikal kawasaki merah meluncur laju kearahnya. lelaki tersebut turun dari motornya setelah menurunkan tongkat motosikalnya. helmer juga turut dibuka.
"Norfarhana Binti Azman. " lelaki itu menyebut nama penuh Ana dengan satu senyuman sinis.
"selamat petang Encik. jadi apa keputusan Encik? Encik nak saya bayar flat motor encik sekarang ke? kalau encik nak minta ganti sekarang memang tak boleh lah Encik. saya memang minta maaf sangat2. kalau Encik bagi saya masa mungkin boleh Encik dalam 4 bulan. ataupun Encik bagi diskaun dekat saya. tapi sebelum tu Encik pulangkan dulu IC saya. saya mohon sangat2 Encik" rayu Ana. huh. tak pernah2 Ana merayu dekat orang ni. tambah2 lagi lelaki. tapi oleh kerana IC Ana ada kat dia, terpaksa lah buat muka 20 sen.
"amboi. sedap mulut bercakap, sedap lagi tangan aku nak cubit mulut kau tu" balas lelaki itu menyindir.
"IC saya bagi sini" Ana menghulurkan kanannya tepat didepan muka lelaki itu. sempat matanya melihat dan memuji keindahan ciptaan Allah itu. namun, cepat2 dia istighfar. Allah. zina mata.
"handphone kau mana? " lelaki tu minta telefon bimbit Ana.
"saya tiada telefon. " balas Ana. sengaja Ana tidak ingin memberi telefonya kepada lelaki itu.
"takde hanphone, takde IC" lelaki itu mengugut.
dengan perasaan geram bercampur marah bercampur sebal dan sebagainya Ana mengeluarkan telefon Samsungnya di dalam beg sikutnya.
ditekan-tekan skrin telefon milik Ana entah apa yang lelaki tu buat Ana pun tak tahu.
"I got your number. nah IC awak, nanti saya whatsapp awak pasal ganti rugi motor saya. kalau awak tak balas saya bagi viral gambar IC awak and letak caption 'perempuan tidak bertanggungjawab langgar motosikal orang' biar 1 malaysia tahu" ugut lelaki itu sambil mengoncangkan telefon ditangan kirinya yang memaparkan gambar IC milik Ana.
" ish. main ugut pula. " Ana menarik lekas IC nya ditangan kanan lelaki itu dan lantas berlalu pergi.
lelaki itu hanya melihat kepergian Ana dengan senyuman sinis.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...