"Afiq?? " ucap En. Rizman dan Puan Fatimah serentak. terkejut mereka dengan kehadiran Afiq di rumah ini.
"Anak kamu Fatimah? " tanya Puan Afifah. Puan Afifah tersenyum melihat gerangan Afiq.
"segak. " sempat lagi Puan Afifah memuji dalam hati.
" ya. Afiq buat apa sini? " tanya Puan Fatimah kehairanan.
"marilah duduk sama2.. makan meh.. " pelawa Encik Azman.
Afiq mencuci tangan di sinki lalu duduk di sebelah Ana.
Puan Fatimah tersenyum melihat Afiq duduk di sebelah Ana. dia tidak tahu sama ada Afiq sudah lama kenal dengan Ana atau tidak. Puan Fatimah juga tidak tahu status perhubungan Ana dengan Afiq. tapi kalau berkenan, Puan Fatimah mahu mengahwinkan mereka cepat2. dia tidak kisah dengan paras rupa mahupun harta. kalau Afiq berkenan, dia restui sahaja.
pernah suatu ketika dahulu Puan Fatimah memasangkan Afiq dengan anak rakan ahli perniagaannya, Sherry, anak datin Raudah. sebenarnya Afiq tidak berapa suka dengan pilihan umminya. tetapi diterimanya juga kerana terlalu sayang dengan orang tuanya. Afiq bertunang dengan sherry seawal umur 20 tahun.
Sherry seorang yg cantik dan seksi. Namun kecantikannya hanya sebagai permainan mata sahaja apabila sherry curang dibelakang Afiq. Puan Fatimah dan Afiq sendiri ternampak Sherry keluar berjalan2 dengan lelaki lain semasa Puan Fatimah & Afiq mencari barang2 perkahwinan yg akan berlansung 2 minggu lagi. siap pegang2 tangan, peluk2 pinggang.
akhirnya Puan Fatimah memutuskan pertunangan Afiq dan Sherry.peluang kedua juga diberikan kepada Sherry apabila dia mengenakan pakaian labuh siap berpurdah utk mengaburi pandangan Afiq. hampir saja Afiq tewas dalam permainannya, namun Afiq mulai tersedar apabila umminya menjumpai uncang kuning dibeg sikut yg selalu Afiq pakai utk ke tempat kerja. bila di siasat, semuanya perbuatn Sherry yg ingin membalas dendam atas perbuatan Afiq yg memutuskan pertunangan yg hanya berbaki 2 minggu lagi.
"sedap masakan ni.. " puji Puan Fatimah.
"Aishah yg masak.. " jawab Puan Afifah bangga. sengaja dia menunjuk ibu jari tangan kanannya ke arah Aisha. kot kot lah si Afiq tu tengok plus jatuh hati.. kih kih kih..
"Azman, anak kamu mana satu yg isteri kmu kandungkan dulu masa kamu pindah? " Tanya Encik Rizman. Terakhir mereka bersama2, Encik Azman baru mempunyai 3 anak. depan mata sekarang ni ada 4. anak tua Encik Azman yg sebaya dengan Afiqah tidak pula kelihatan.
"tu.. sebelah anak awak tu.. Ana nama dia... " Encik Azman menjawab.
"masih sekolah? " tanya Puan Fatimah langsung kepada Ana. terkejut juga Ana dibuatnya. sampai tersedak. Afiq dengan segera menghulurkan air masak kepada Ana. Puan Fatimah senyum sampai ke telinga melihat perbuatan Afiq.
Aishah dan Aidah ketawa perlahan melihat reaksi Ana. Azmi pula, khusyuk makan.
"ya. masih sekolah makcik.. tingkatan 6.. " jawab Ana perlahan.
"o.. form6 rupanya.. " bisik hati kecil Afiq.
"lower 6 or upper 6?? " tanya puan Fatimah lagi.
"upper 6" jawab Ana sepatah
"aikk Timah.. berkenan ke?? " Perli Encik Azman.
"Kalau ye pun apa salahnya.. " balas Puan Fatimah, ketawa.
Puan Afifah faham akan maksud yg tersirat disebalik yg tersurat tadi. Harapannya utk mengahwinkan Aishah dgn Afiq pudar. lagipun, dilihatnya Afiq seperti sudah mengenali Ana. walaupun dia tidak tahu bagaimana Afiq dan Ana boleh mengenali antara satu sama yg lain.
"Afiq. ni lah Azmi, kawan kamu berebut motosikal mainan dulu" Encik Rizman mengingatkan Afiq dan Azmi. terkejut Afiq dibuatnya. begitu juga dengan Azmi. dari tadi duduk berhadapan di meja makan tapi tidak pula mereka cam muka masing2.
"Afiq?? biar betul?? huishhh... aku tak cam kau langsung. berubah ko eeh 360 darjah. dulu hitam, sekarg putih. dulu kecik je aku tengok kau ni, tapi sekarang dah tinggi macam KLCC. susah aku mendongak dee.. " Azmi yg tadi dingin mula bersikap ramah terhadap Afiq. sempat lagi dia memerli Afiq.
semua yg berada di meja makan ketawa mendengar kata2 Azmi termasuk Ana. lesung pipit yg jarang kelihatan di pipi Ana membuatkan jantung Afiq bergetar lebih laju.
"aku suka dia ke? " tanya Afiq sendiri dalam hati. minta dijauhkan. bisik hati kecil Afiq lagi.
* * *
Pada mulanya Azmi memang hendak pergi ke kedai membelikan minyak kereta Afiq, tapi si Afiq ni terjumpa pula dgn orang tuanya di rumah mereka. last2, Afiq ikut ummi dan abahnya pulang sahaja. kereta hilux abahnya ditinggalkan dulu di rumah Ana." terima kasih ye kak Afifah, abang Azman. sedap makanan tadi.. pandai kamu masak Aishah.. " puji Puan Fatimah. Aishah kembang kempis mendengar pujian dripada Puan Fatimah tadi.
"man, kami pergi dulu lah ye. esok atau lusa In Shaa Allah kami ambil kereta ni. apa2 pun terima kasih.. " ucap Encik Rizman lalu berjabat tangan dengan Encik Azman dan Azmi.
"lupa saya tanya, saya tak nampak Alisha tadi, dia kat mana sekarang ni? rindu pula saya dengan dia. yelah, teman Afiqah main dulu.. " sempat lagi Puan Fatimah bertanya kepadan Puan Afifah walaupun suaminya sudah masuk kereta.
"ada dia balik petang ni. dia cakap balik pagi tapi ada hal sikit dia nak pergi. tu lah balik petang.. " jawab Puan Afifah. Puan Fatimah bersalam dengan Puan Afifah, Aisha, Ana dan Aidah. sempat lagi dia bercerita dengan Ana. Azmi dan Afiq pula bercerita sebelum Afiq masuk kereta.
sebelum masuk kereta, sempat juga Afiq melihat Ana yg sedang khusyuk bercerita dgn Umminya. entah apa yg mereka bualkan. Afiq pun tidak tahu."Ana, mak ada nak cakap sikit dengan kamu, " Puan Afifah memanggil Ana setelah melihat kelibat kereta myvi tadi hilang dari pandangan mata.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...