" Ya Allah! aku baru ingat motosikal aku ni patah nombor flat dia. lupa pula nak minta ganti dekat minah rempit tu semalam" keluh Afiq. dia ingin menelefon minah rempit tersebut tetapi memandangkan dia sudah lambat, dibatalkan saja niatnya tu. bukan apa kalau dekat tak kisah lah lambat, ni jauh. 1 jam beb. jam pun sudah menujukkan jam 6:40 pagi. sampai sana 7:40 pagi. 20 minit rehat2 lah sikit lepas lenguh memandu.
terlihat stesen petronas di sebelah kanannya, teringat pula dia dengan kejadian kelmarin. dia tersenyum sendiri. mengingati muka gabra minah gendut plus rempit tu kelmarin. cantik tu tiadalah. comel je pun.
Aik. buat apa aku nak ingat dia? ganti nombor flat aku pun belum. keluh Afiq. Sebenarnya dia tidaklah teringin sangat nak minta ganti duit tu. tapi dia nak minah gendut tu bertanggungjawab. dia tidak mahu kepalanya di pijak.
penat memandu Afiq merehatkan tubuhnya dikerusi miliknya. mata ditutup untuk menenangkan fikiran. fikirannya memikirnya kata2 abahnya semalam. "kahwin kerana janji abah. " buntu Afiq memikirkannya.
* * *
jam menunjukkan pukul 9:40 pagi bersamaan dengan waktu rehat tingkatan 6. tingkatan 6 ni special sikit kat sekolah ni. rehat diasingkan dengan pelajar perdana, perhimpunan diasingkan, tandas pun diasingkan. hanya perhimpunan rasmi sahaja mereka bersama pelajar perdana. seperti biasa, Ana dan Nana berjalan menuruni tangga menuju ke kantin. hari ni, Ana tidak bawa bekal. biasalah bangun lambat. langkah dipercepatkan. perut sudah bermain kompang sejak pagi tadi akibat tidak mengambil sarapan. usai membeli makanan, Ana dan Nana duduk di salah sebuah meja yang terdapat di kantin.
"Ana, apa cer kau kelmarin? " Nana bertanya kepada Ana.
"cer apa? " Ana bertanya balik.
"eh eh kau ni. aku tanya kau, kau tanya aku balik. pasal nombor flat motosikal kawasaki tu lah.. kau nak beli motor baru ke? " Nana mengingatkan Ana tentang kejadian kelmarin.
"ouh, itu.. ada mamat tu, aku terlanggar motor dia. dah dia yang brek mengejut aku terlanggar lah motor kawasaki dia. dia minta ganti, rm350. tapi aku cakap aku tiada duit, mak bapak aku orang susah. yang aku geramnya, dia ambil IC aku" cerita Ana dengan penuh nada geram.
"habis, kau PTI lah sekarang ni? " Nana ketawa terbahak-bahak.
"amboi, sedapnya mulut bercakap. aku cubit kang. " geram Ana dengan kata2 Nana.
"takdelah. dia bagi balik IC aku petang kemarin. dia ambil nombor fon aku sekali.. dia cakap kalau aku tak balas whatsapp dia, dia bagi viral gambar IC aku yang dia gambar guna fon dia. dia nak letak caption yang bukan2" terang Ana panjang berjela.
"habis, dia ada call kau ke? " tanya Nana ingin mendapatkan kepastian.
"takde pula." luah Ana.
"handsome tak? " Nana cuba memancing.
"kau ni ke situ pula. dah lah cepat makan tu. nak habis masa rehat dah ni. " malas Ana hendak melayan kerenah Nana.
usai makan mereka naik semula ke kelas mereka untuk meneruskan sesi PNP.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomanceBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...