perkahwinan Alisha dengan pilihan hatinya berlangsung pada hujung bulan september seperti yg telah dibincangkan. Aidah di pilih menjadi pengapit utk pengantin perempuan. manakala, pengapit pengantin lelaki merupakan keluarga pengantin lelaki tersebut. Puan Afifah dan Encik Azman melayan tetamu yg hadir. majlis disambut sederhana tetapi meriah. Puan Fatimah, Encik Rizman dan Afiq turut hadir bersama. begitu juga dengan Afiqah. dia juga datang bersama anak dan suami tercinta.
"time for photoshot! " panggil jurugambar yg telah diundang khas utk mengambil gambar sepanjang majlis berlansung. sekeluarga datang menyerbu ke arah pelamin pengantin. macam2 style yg keluar -peace, freestyle. Afiq tersenyum dari jauh melihat gaya Ana yg gila2 itu. macam2 gaya Ana buat. sempat juga dia melihat Aishah yg berdiri di sebelah pengantin.
"cantik, tapi aku hanya anggap dia sebagai kawan, " bisik hati kecil Afiq.
Afi dan Nana yg turut hadir dalam majlis tersebut turut mengambil kesempatan utk bergambar. Afi berdiri di sebelah Nana di bahagian pengantin perempuan. manakala Ana berdiri seorang di bahagian pengantin lelaki.
"satu orang lagi, "panggil jurugambar tersebut.
Puan Fatimah menolak2 anaknnya utk bergambar disebelah Ana tapi Afiq menolak. malu lah katakan.
walaubagaimanapun Afiq pergi juga berdiri di sebelah Ana apabila Encik Azman memberi lampu hijau kepada Afiq."pergilah Afiq. bukan selalu.., "pelawa Encik Azman.
sebelum naik ke atas pelamin, Afiq sempat memberi Iphone nya kepada Aidah utk menangkap gambar. Afiq dengan berani berdiri di sebelah Ana. Afiq memberanikan diri utk rapat sedikit dengan Ana namun tidak bersentuhan. bila di suruh buat freestyle, Afiq mengajukan tangan kanan nya berbentuk separuh love dekat Ana. Ana yg faham akan huluran tangan itu mengajukan tangan kirinya berbentuk separuh love untuk menjadikannya satu bentuk love yg penuh.
Aidah yg melihat perbuatan Ana dan Afiq tersenyum dan mengambil gambar mereka menggunakan telefon Afiq yg Afiq hulurkan kepadanya.Puan Afifah agak terkilan sedikit dengan perbuatan Ana dan Afiq. Dia geram dengan Ana yg tidak mendengar mendengar pesanannya tempoh hari. Aishah tahu, ibunya ingin memasangkan dia dgn Afiq. tapi dia sendiri mempunyai pilihan hati.
* * *
Encik Rizman dan sekeluarga adalah tetamu terakhir mereka yg tinggal dalam majlis tersebut. mereka membantu mengemas mana yg patut.
selepas mengemas, keluarga Encik Rizman dan Encik Azman berkumpul diruang tamu perempuan kecuali Ana dan Puan Afifah. Afiq mengambil tempat duduk di sebelah Azmi."Mana Ana?, " bisik Afiq di telinga Azmi.
"entah... ehh,, aku nak tanya kau ni,, kau dengan si Ana tu ada apa2 ke? " Azmi ingin tahu.
"ish.. kau ni. takde apa2 lah.. kita orang kawan je pun..., " balas Afiq menafikan. sebenarnya dia mula jatuh suka kepada Ana. tapi dipendamnya perasaannya dulu terhadap Ana. takut pelajaran Ana terganggu.
"hm... bagus lah tu. jangan rapat sangat.. bukan apa, mak aku tu nak kenankan kau dgn kak Aisha.. hari2 dia pesan dengan Ana supaya jangan rapat sgt dengan kamu.." Azmi berpesan. kadang2 kesian juga dia tengok si Ana. semakin hari semakin dingin layanan ibunya terhadap Ana. asyik2 di meja makan, ibunya berpesan kepada Ana.
Afiq terdiam mendengar kata2 Azmi. dia agak terkejut dengan apa yg dituturkan dari mulut Azmi.
tidak lama kemudian Puan Afifah muncul dari ruang dapur sambil membawa minuman. kelibat Ana tidak pula kelihatan."jemput minum, " Pelawa Puan Afifah.
"tahniah Alisha atas perkahwinan kamu.. secocok sangat kamu dua ni, bagai pinang dibelah dua, " puji Afiqah.
"terima kasih Fiqa... apa2 pun terima kasih juga sebab sudi datang majlis ni, " ucap Alisha.
"mana Ana?, " tanya Puan Fatimah. hairan dia kerana tidak nampak kelibat Ana di sana.
"Ada.. lepak dengan kawan dia, Nana kat bilik, " ucap Puan Afifah seperti menyampah bila di sebut nama Ana.
"ouh... bulan berapa di last exam?, " tanya Puan Fatimah.
"bulan 11. kenapa? nak masuk meminang ke?, " Encik Azman menduga.
"kalau ya, apa salah nya.., " Encik Rizman menjawab. mereka semua ketawa mendengar kata2 Encik Rizman.. Amboi, straight to the point.
hanya Puan Afifah sahaja yg tidak ketawa. sudah terang lagi bersuluh. jelas ayat2 yg dituturkan oleh Encik Rizman menampakkan mereka mahu mengahwinkan Afiq dgn Ana.
"tidak! semua ni takkan pernah berlaku. Aisha mesti kahwin dgn Afiq. aku mesti buat sesuatu, " bisik hati kecil Puan Afifah.
YOU ARE READING
Minah Rempit VS Mamat Polis(completed)
RomansaBuah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. cia cia cia.. Minah rempit VS mamat polis?? perempuan tu kaki rempit ke? lelaki tu polis trafik ke?? macam mana dorang boleh jum...