Bab 10

1.9K 70 0
                                    

"Adui, hujan lebat pula daa" Afiq berhenti disebuah bustop.

telefon Iphone dikeluarkan dari beg sikutnya. dia cuba menghubungi minah gendut itu. namun tidak juga diangkat panggilannya. hatinya makin gusar. dua tiga kali di telefonnya minah gendut itu, tapi tiada juga diangkatnya.

perjalanan diteruskan setelah hujan lebat mulai reda.

* * *
telefon Ana bergetar dibawah laci meja. telefon diletakkan diatas meja. buku rujukan didirikan untuk menutup perbuatannya yang memain telefon ketika cikgu sejarah sedang mengajar dihadapan.

6 panggilan tak dijawab dari nombor yang sama. hairan juga Ana. siapa punya nombor pula ni? nombor yang tertera pun tidak diset dalam kenalan telefon.

"panggilan temuduga kot.. " Ana cuba meneka. dimasukkannya telefon didalam poket baju kurung sebelah kanan dan meminta izin kepada cikgu yang mengajar untuk keluar tandas.

* * *

setelah 30 minit menyambung semula perjalanan daripada bustop tempatnya berteduh tadi, Afiq singgah di petronas sebentar. dia ingin bertanya kepada jurujual yang bertugas di kaunter mengenai sekolah yang berhampiran.

bunyi telefon yang kedengaran dari beg sikut dikeluarkan.

"Minah rempit gendut_Ana."

nama pemanggil tertera diatas telefon. segera Afiq menjawabnya.

"hello. gendut eh rempit eh Norfarhana Binti Azman. awak tak apa2 ke? " tanya Afiq sejurus mengangkat telefon dari Ana.

"he.. he.. hello.. siapa disana?" Ana hairan.

suara tenang Ana menghairankan Afiq. bukan dia minta tolong ke tadi?

"awak minta tolong tadi. awak tak apa2 ka? " tanya Afiq.

"oh no!! bukan ini suara mamat motor kawasaki tu ke? " Ana baru tersedar bahawa nombor tersebut nombor milik empunya motosikal kawasaki tersebut. bukan panggilan temuduga yang dimohonnya tempoh hari.

panggilan dimatikan.

Afiq terdiam.

telefon berbunyi kembali apabila Ana menelefonnya semula.

"jangan lupa petang ni jam 2!" belum sempat Afiq berkata-kata telefon segera dimatikan.

"ok ka dia? " niat untuk bertanya kepada jurujual dibatalkan. Afiq meneruskan perjalanan ke balai polis tempat dia ditugaskan.

* * *
"sia2 aku pergi tandas. rupanya dia si Mamat nombor flat. baik aku set nombor dia. tak juga keliru. " sesal Ana.

'Mamat patah flat kawasaki'
diletaknya nama tersebut didalam kenalan sebagai nombor Afiq.

Ana kembali ke kelas.

* * *

jam 2:09. kemunculan Ana masih dinanti-nantikan oleh Afiq.

"tadi berjanji jam 2 ni lambat 10 minit n. be punctual konon. pigidah" Afiq membebel seorang.

tidak lama kemudian muncul sebuah scooter biru berhenti di sebelah motosikalnya.

"awal sampai" Afiq menyindir Ana.

"Alhamdulillah awal... " Ana tidak berani untuk melawan sindiran Afiq. dia masih ingat lagi dia ada 'hutang' dengan Afiq.

"jadi macam mana duit tu? Ada?? " Afiq bertanya sambil senyum sumbing. dia yakin, dalam masa 3 hari ni, mesti minah gendut tu tak akan dapat duit sebanyak tu.

"em.... em..... se... se.. sebenarnya... saya... " Ana takut2 bercakap.

"kau ni ada penyakit gagap ke?! " sebal pula Afiq dibuatnya.

"macam ni Encik. saya tiada duit. jadi saya mohon sangat dengan Encik untuk bagi saya masa lunaskan bayaran tu. tapi, saya nak tanya Encik, betulkah harga flat motosikal Encik ni 350 ringgit? atau Encik nak ambil kesempatan dalam kesulitan yakni Encik nak gunakan baki beli nombor flat tu untuk bayar motor Encik ni. yelah bukan apa, kadang2 kita tengok orang tu macam beduit, tapi satu habuk pun tiada dalam poket.. " Ana cuba menebak.

"amboi.. amboi... amboi... sedapnya mulut kau cakap. aku baru ja nak pertimbangan permintaan engkau, tapi kau tuduh pula aku bukan2.. kau memang nak kena ni, " Afiq geram dengan kata2 Ana.

"Maaf Encik.. saya tak bermaksud untuk tuduh Encik bukan2," Ana menafikan.

" mulut kau ni memang tak boleh jaga.. " Ana menampar pelahan mulutnya dua tiga kali.

"pelahan sangat kau tampar mulut kau tu. meh sini aku tolong tamparkan baru bertapis sikit ayat2 kau tu. " sindir Afiq.

"Encik, bagi saya tempoh masa 4 bulan boleh Encik? untuk ganti nombor Flat Encik.. ataupun saya kumpul duit saya lepas tu saya belikan Encik nombor flat baru Encik ni. . Encik send je nanti nombor Flat Encik ni.. " Ana cuba memujuk Afiq.

"aku bagi kau masa 4 bulan untuk bayar. biar aku sendiri yang beli nombor Flat tu. kau fikir, murah ka beli nombor Flat tu. bukan sama dengan harga nombor Flat kau ni. rm50 jee" kata Afiq sambil menendang perlahan nombor Flat belakang motosikal Ana.

"geramnya aku mamat poyo ni" Geram Ana. namun, kata2 itu hanya mampu diungkapkan didalam hati.

"baiklah Encik kalau itu yang Encik mahu.. " lega hati Ana.

"kau tak apa2 ke tadi? " belum sempat Ana menghidupkan enjin motor scooternya tiba2 Afiq bertanya.

"ada apa2 apa? " Tanya Ana penuh kehairanan.

"Engkau ni, aku tanya Engkau, kau tanya pula aku balik, engkau yang tadi telefon aku minta tolong. " Afiq mengingati Ana.

"yeke?? bila masa saya called encik?? "

"tadi pagi lah!!! " geram pula Afiq dibuatnya.

"Entahlah.. saya pergi dulu. In shaa Allah nanti kalau saya sudah ada duit, saya bagitahu Encik. Encik nak cash atau bank-in? " tanya Ana ingin mendapat kepastian.

"mana2 engkau lah" balas Afiq sepatah.

"kalau macam tu, saya balik dulu lah. Selamat petang... " Ana melemparkan senyuman kepada Afiq lalu beredar meninggalkan stesen petronas itu.

"kejam sangat kah aku nak minta ganti nombor flat ni sedangkan aku mampu beli sendiri.. student pula tu.. hmmm... " rasa serba salah pula menyelubungi dirinya.

"jangan Fiq!! jangan biarkan pisang berbuah dua kali. jangan biarkan orang pijak kepala kau lagi sekali.. " Afiq mengingati dirinya sendiri.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now