Bab 3

17.7K 874 39
                                        

"Sir?!"

"I know it was you"kata Sir Rayyan.

"Rayyan ni cikgu Lia ke?"tanya Mak Lang.

"Lia? Oh,Juliana. Yes"kata Sir Rayyan sambil tersenyum sinis.

"Menyampahnya aku... Patutlah motor kat luar tu nampak familar sangat!"bisikku.

"But Rayyan dah janji kan?"kata Dato Azhar.

"Err uncle, sorry. Saya tak boleh la.."kataku.

Dia ni memang tak layak jadi cikgu aku apatah lagi suami aku!

Rayyan ketawa. "Okay la Rayyan setuju. Awak tak boleh tarik balik kata awak tadi Juliana"

"Suka hati saya la!"balasku. Aku mendengus geram.

"Lia... Tak baik cakap dengan cikgu Lia macam tu"tegur Mak Lang.

"Tapi... Dia yang cari pasal dulu.."aku tidak mahu mengalah.

"Nampaknya dua-dua dah setuju. Kita akan buat majlis pernikahan minggu depan"kata Dato Azhar.

"Next week?! Macam mana kalau sekolah tau?"balasku.

Kalau satu sekolah tau boleh gila aku!

Entah-entah boleh kena bunuh aku kalau pelajar perempuan yang lain tau..

"We keep it as a secret. Don't tell anyone"balas Sir Rayyan.

"Kalau peminat Sir tau boleh mati saya tau tak!"

"I will help you then"balas Sir Rayyan selamba.

"Eee dia ni..."aku sudah kehabisan ayat.

Nampaknya aku terpaksa juga untuk menerima Sir Rayyan sebagai suamiku.

Apa lah nasib aku lepas ni huaaaa..

-----------------------------------
Sudah seminggu berlalu selepas aku berjumpa Sir Rayyan di rumahnya.

Di sekolah, aku tidak berjumpa dengan Sir langsung.

Semasa subjek addmath, aku akan memonteng kelas dan mengelak daripada terserempak dengannya.

Selepas sahaja akad yang diucapkan oleh Sir Rayyan tadi, aku sah bergelar isteri kepadanya.

"Macam mana aku nak berdepan dengan Sir lepas ni?"

"Sebagai seorang guru pun aku tak boleh terima, inikan lagi sebagai seorang suami?.."jantungku berdegup kencang untuk berjumpa dengan Sir Rayyan.

Kelihatan Sir Rayyan memakai baju melayu berwarna putih.

Handsome!

"Jangan puji dia Lia...!"

"Sir ni kenapa jadi cikgu? Baik jadi model...kan sesuai"bisikku sambil memerhati lagi kelibat Sir Rayyan.

"Ehh mana pulak dia pergi ni? Bukan tadi kat situ ke?"aku tercari-cari kelibat Sir Rayyan.

"Cari apa tu?"suara Sir Rayyan sangat dekat dengan telinga aku.

Aku menjauhkan diri daripada Sir Rayyan.

"Boleh tak jangan dekat sangat?"kataku.

Sir Rayyan ketawa. "Aku pun tak nak la dekat dengan kau"

"Ohhh perangai sebenar baru muncul eh?"balasku sambil ketawa.

"We are not in school"balas Sir Rayyan sambil memeluk tubuh.

"So?"tanyaku.

"So...."Sir Rayyan semakin menghampiri aku.

"We can do anything we like"Sir Rayyan mengusap lembut kepalaku.

Sir, Saya Cintakan Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang