Bab 1

23.6K 919 18
                                        

Sejak kemunculan guru lelaki muda baru di sekolahku, semua pelajar perempuan menjadi tidak keruan.

Mereka tidak akan berhenti tersengih apabila terserempak dengan cikgu itu.

Ada yang asyik ikut je cikgu tu ke mana-mana.

Gila ke apa!

"Cepatlah Lia!! Nanti Sir Rayyan hilang"Wani menarik tangan aku.

"Aku taknak ikut kau laaa. Aku tak minat dengan Sir tu"aku cuba untuk melepaskan genggaman Wani.

"Kau ni manusia paling pelik tau! Aku gerak dulu la bye"Wani sempat melambai sebelum dia menyertai beberapa pelajar perempuan yang sudah berkerumun di depan kereta Sir Rayyan.

"Handsome sangat ke Sir tu?! Annoying pula aku asyik dengar nama dia je sejak dia muncul kat sekolah ni.."aku berjalan ke arah perpustakaan sambil membawa beberapa buku.

Aku pernah nampak Sir Rayyan sekali sahaja, tu pun nampak dari sisi je sebab ramai sangat orang!

Entah kenapa ramai sangat suka dia pun aku tau..

Sesampainya di perpustakaan, aku membuka buka Addmath untuk mengulang kaji.

"Tenang sikit kalau belajar kat dalam library ni. Kalau tak bising betul budak kat luar tu.."

"Eh Juliana, awak belajar apa tu?"kata Syahmi.

"Errr.rr addmath..!"balasku dengan semangat.

Jantungku berdegup kencang.

"Dia tegur aku!! Is this real?.."aku sudah lama meminati Syahmi sejak sama kelas dengan dia dua tahun yang lepas.

Aku rasa dia lah manusia paling sempurna yang pernah aku jumpa.

Dah la pandai,baik,handsome pula tu!!

Syahmi ketawa. "Excited betul ya awak. Good luck! Kalau tak tau boleh tanya saya"

"Er.. Okay thank you!!"balasku sambil tersengih.

Syahmi berlalu pergi. Aku masih lagi tersengih.

Loceng waktu rehat habis berbunyi.

Aku menampar perlahan pipiku. "Lia focus focus!!"

Aku mengemas buku-buku ulang kaji kerana loceng waktu rehat habis sudah berbunyi.

"Handsomenya dia tadi..."aku berjalan keluar daripada perpustakaan sambil teringat peristiwa lima minit yang lepas.

Itulah masa lima minit paling bahagia yang pernah aku rasa.

"Buk!!"aku terlanggar dengan bahu seseorang.

Buku yang dipegang oleh aku tadi habis terjatuh.

Aku menunduk dan terus mengutip buku-buku itu.

"Sorry!"kataku.

"Lain kali jalan pandang depan boleh?"kata lelaki yang melanggar aku tadi.

"Awak pun salah jugak sebab main langgar saya je!"selepas selesai aku mengutip buku itu, aku bangun dan melihat siapakah pemilik suara yang berlagak sangat ni!

Aku terkejut kerana pemilik suara itu ialah Sir Rayyan.

Inilah kali pertama aku melihat wajah Sir Rayyan dengan lebih dekat.

Ternyata memang wajahnya sangat kacak dan tinggi.

"Sorry Sir!"aku segera meminta maaf.

"Next time, jangan langgar saya lagi. Saya tak suka"kata Sir Rayyan lalu berlalu pergi.

Sir, Saya Cintakan Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang