Loceng rumah berbunyi berulang kali mengejutkan aku daripada tidur.
Aku sempat mengeliat sebelum membuka pintu.
"Juliana!"kedengaran suara Sir Rayyan di depan pintu.
Aku membuka pintu. Sir Rayyan memandang tajam ke arah aku.
"Kau buat apa? Asal lambat sangat?"marah Sir Rayyan.
"Tertidur la.."balasku.
Eee asyik nak marah je..
Sir Rayyan memandang wajahku dengan pelik.
Dia seperti menghidu sesuatu.
"Bau apa ni? Kau ada masak apa-apa ke?"tanya Sir Rayyan.
Dia masih lagi menghidu sesuatu di dalam rumah.
"Masak? Mana ada.."
"EHHH"aku terus berlari ke dapur.
Ketuhar sudah dipenuhi dengan asap.
"Macam mana ni?!.."aku membuka ketuhar.
Tanpa sedar, aku mengeluarkan bekas kek yang panas itu dengan menggunakan tangan sahaja tanpa apa-apa alas.
"Ouch!!!.."jeritku.
Bekas kek itu habis terjatuh di atas lantai.
Situasi di dapur sangat kelam kabut.
"Juliana! Kau buat apa ni?!"Sir Rayyan menutup hidungnya kerana asap yang terlampau banyak.
Dia segera menutup suis ketuhar.
Aku masih lagi memegang tanganku yang melecur akibat pegang bekas kek tersebut.
"Juliana! Aku tanya ni.."Sir Rayyan memandang aku yang berada di bawah lantai.
Aku menundukkan wajahku.
Air mataku mengalir kerana kepedihan yang teramat sakit di tanganku.
"Kenapa kau menangis ni?"Sir Rayyan tunduk memandang aku.
Aku menyorokkan tangan kananku di belakang badan. Aku tidak mahu menyusahkannya.
"Tangan kau. Let me see it"Sir Rayyan memegang lembut tanganku.
Aku menarik semula tanganku.
"Tangan kau ni melecur. Cepat bangun!"Sir Rayyan membantu aku untuk bangun.
"Sir nak buat apa?.."Sir Rayyan membawa aku ke sinki.
"Macam ni cara nak hilangkan rasa sakit tu"Sir Rayyan mula merendamkan tanganku ke dalam air.
Dia masih memegang erat tanganku.
Jantung berdegup laju.
Suasana di dapur menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing.
"Kau buat apa tadi?"tanya Sir Rayyan.
"Cake.."
"Untuk siapa? Syahmi?"Sir Rayyan memandang wajahku.
"Mana ada!.."
Aku buat cake tu untuk dia..
"Dah tu?"
"Untuk.."belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Sir Rayyan segera menjawab.
"Hello, Aina"
"Tak habis-habis dengan Cikgu Aina. Pergi la kahwin dengan dia je.."bisikku.
Aku terus meninggalkan Sir Rayyan di dapur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sir, Saya Cintakan Awak!
RomanceKehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Semenjak hari pertama Sir Rayyan bertugas sebagi seorang guru...