Aku terjaga daripada tidur.
Sir Rayyan masih lagi tidur.
Badannya sudah kurang panas.
Jam menunjukkan sudah pukul tujuh pagi.
Nampaknya aku tak pergi sekolah la harini..
Selesai sahaja mandi, aku membuatkan milo panas untuknya.
"Sekarang dah pukul berapa?.."Sir Rayyan mengurut lembut kepalanya.
"Lapan.."balasku.
"Lapan? Kenapa kau tak pergi sekolah?"
"Err..nak jaga Sir laa"aku memberinya cawan milo panas tersebut.
"Minum ni lepas tu makan ubat tau"aku juga memberi panadol kepadanya.
Sir Rayyan tersenyum.
"Kau tak jawab lagi soalan aku semalam"katanya tiba-tiba.
"Soalan apa..."ada ke?..
"Kenapa kau menangis?"tanya Sir Rayyan.
"Err sebab sakit la. Kan saya terjatuh.."tipuku.
Sir Rayyan terdiam.
"Dah tu kenapa masa aku sakit pun kau menangis?"Sir Rayyan tersenyum lagi.
"Err.."
"Eee Sir ni banyak tanya la. Makan je la ubat ni lepas tu tidur"aku mengubah topik.
"Aku akan tunggu jawapan kau"
-----------------------------------
Aku melajukan langkahku.Beberapa pasang mata daripada tadi memerhati aku.
Seram!
Mungkin mereka semua cemburu melihat Sir Rayyan mendukung aku kelmarin.
Sir punya pasal la ni!..
"Tu la perempuan haritu"
"Bukan lawa pun"
"Mesti sengaja buat jatuh"
"Gediknya ee"
Telinga aku juga daripada tadi menahan mendengar cemuhan daripada pelajar-pelajar perempuan.
"Wani..."
Kepalaku sudah terbaring di atas meja kelas.
"Let me guesss....ramai orang tak puas hati dengan kau?"tepat sekali!
Aku mengangguk.
Penat la macam ni...
"Biasa la tu. Manusia mana pernah puas hati. Ada je benda nak sibuk cari kesalahan orang lain"balas Wani.
"Tapi.."
"Lantak pi la dorang tu!"loghat utara Wani sudah keluar.
Aku tergelak. Kalau tiada Wani, aku tidak tau la apa jadi dengan nasib aku.
"Heyyyy Lia!"Reen menghampiri meja aku.
"Blah blah.."Wani menghalau Reen.
"Hey! Aku tak cakap pun lagi dengan Lia tau"Reen datang kembali ke meja aku.
"Kau pun sama nak marah Lia jugak ke?"tanya Wani.
"Mana ada! Aku datang nak ucap congrats je"kata Reen sambil tersenyum.
"Budak ni demam ke apa?.."bisikku.
"Kenapa?.."
"Sebab aku suka tengok kau dengan Sir. Jangan lepaskan Sir kat Cikgu Aina tau. Kalau tak...siap kau!"kata Reen dengan bersemangat.
"Err aku bukannya.."belum sempat aku menghabiskan ayatku, Reen mencelah.
"Shh. Byee"Reen beredar daripada situ.
Aku dan Wani dalam kekeliruaan.
"Dia tau ke pasal aku dengan Sir?"tanyaku.
Wani memeluk tubuh.
"I don't think so..."
"Bangun!..."Cikgu Aina sudah sampai.
Aku bertentang mata dengannya.
Cikgu Aina memandang tajam ke arah aku sebelum mengucapkan selamat pagi.
Seram sejuk aku dibuatnya.
"Weh,cikgu marah kau ke?"tanya Wani.
"Kau pun nampak eh? Aku rasa tak sedap hati la.."jantungku berdegup kencang.
"Saya akan tulis beberapa soalan dan kejap lagi saya akan panggil someone untuk buat kat depan"Cikgu Aina sudah mula menulis soalan di papan putih.
"Kau rasa dia benci aku ke?"
Wani ketawa.
"Maybe. Dia suka Sir kan? Mana tak marah.."
"Tapi bukan salah aku.. Dia pun menggatal jugak.."perliku.
"Eh jealous ke?"Wani tersengih.
"Mestilaaaa"balasku tidak malu.
"Juliana Erisya. Please do all these questions"Cikgu Aina memberi pen marker di atas meja aku.
"Kenapa dia target aku huaaa.."aku berjalan perlahan ke hadapan.
"Soalan apa ni?..bukannya kita tak belajar lagi ke?.."bisikku.
Aku kaku di hadapan papan putih.
"Tolong cepat sikit. Orang lain nak belajar"Cikgu Aina sudah memeluk tubuh di belakang kelas.
"Tapi Cikgu... Bukan bab ni kita tak belajar lagi ke?"tanyaku.
"Yes. Tapi awak tak baca ke?"renungan tajamnya membuatkan jantungku semakin berdebar.
Tak sangka Cikgu Aina yang aku ingat ayu garang macam ni..
Aku menggeleng.
"Mana la aku sempat nak baca bab yang belum belajar..."bisikku.
"Berdiri kat luar. Saya tak nak habiskan masa tunggu jawapan awak"
Aku mendengus geram.
"Kenapa dia target aku sorang je?.."aku duduk di atas lantai luar kelas.
"Dia benci aku agaknya.."
"Kena halau ke?"Sir Rayyan tersenyum sinis melihat aku.
"Ye la..."balasku.
Ish kenapa la dia perlu ada kat sini? Buat malu aku je..
"Siapa suruh awak duduk? Saya suruh awak berdiri kan?"Cikgu Aina tiba-tiba muncul di depan pintu.
"Dah kenapa cikgu ni asyik nak marah aku je.."bisikku.
Sir Rayyan ketawa. Boleh pulak dia gelak?!
"Eh Rayyan.."Cikgu Aina tersenyum-senyum.
Aku menjeling.
"Kenapa Juliana ni kena berdiri kat luar eh Aina?"Sir Rayyan masih lagi ketawa.
Kelakar sangat ke?..
Cikgu Aina memandang muka aku dahulu sebelum menjawab soalannya.
"Dia tak dapat jawab soalan i"Cikgu Aina mencebik.
"Soalan tak pernah belajar memang la.."omelku.
Cikgu Aina dan Sir Rayyan serentak memandang aku.
"Aku cakap kuat sangat ke?.."aku tersenyum.
"Awak berdiri kat sini sampai habis masa. Jangan duduk"Cikgu Aina sempat mengerling tajam ke arah aku sebelum masuk semula ke dalam kelas.
"Gediknya eee"
"I still can hear you"Sir Rayyan tersenyum lagi.
Aku tidak membalas.
"Be a good girl okay?"Sir Rayyan sempat mengusap lembut kepalaku sebelum beredar daripada situ.
Jantungku kembali berdegup kencang.
"Hati aku dah tak boleh simpan perasaan ni lama-lama.."aku memegang lembut dadaku.
YOU ARE READING
Sir, Saya Cintakan Awak!
RomanceKehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Semenjak hari pertama Sir Rayyan bertugas sebagi seorang guru...