Bab 5

17.1K 837 22
                                        

Aku berlari ke arahnya.

"Syahmi!"aku menampar perlahan wajahnya.

Syahmi masih lagi tidak memberi apa-apa respons.

Aku berlari ke kelas untuk meminta bantuan.

"Tolong! Syahmi pengsan.."aku menarik nafas berat.

Aku terduduk di depan pintu kelas. Satu kelas memandang aku.

"What happened? Juliana awak okay?"Sir Rayyan datang menghampiri aku.

Kepalaku pening. Pandanganku menjadi kabur selepas mendengar beberapa orang memanggil nama aku..

-----------------------------------

Mataku terbuka rapat.

"Aku kat mana ni?.."bilik ini nampak seperti bilik rehat di sekolah.

Kepalaku ditoleh ke kiri.

Sir Rayyan sedang berdiri sambil memeluk tubuh di depan pintu.

Aku menoleh pula kepalaku ke kanan.

Syahmi sedang terbaring di atas katil.

"Syahmi!.."aku segera mendekatinya.

Syahmi masih lagi tidak sedar.

"Syahmi okay. Dia cuma pengsan sebab penat sangat"kata Sir Rayyan.

Aku tidak membalas.

"Sorry.. Sorry sebab saya awak pengsan.."air mataku sudah jatuh.

"Juliana.."Sir Rayyan menghampiri aku.

Sir Rayyan memegang bahuku. "He's fine"

"But i'm not fine!"balasku. Aku menolak tangan Sir Rayyan.

"Lia?.."Syahmi mengurut lembut kepalanya.

"Awak okay? Sorry... Saya minta maaf sangat-sangat!.."air mataku tidak berhenti mengalir.

"It's not your fault. Saya okay. Jangan menangis lagi okay?.."Syahmi memegang erat tangan aku.

Jantungku berdegup kencang.

"I will leave you two alone"Sir Rayyan berlalu pergi tanpa memandang aku.

"Kenapa Sir nampak macam marah? Ke perasaan aku je.."bisikku.

Rasa bersalah terhadap Sir Rayyan pula menyelubungi aku.

Aku melepaskan tangan Syahmi.

"Err awak rehat lah dulu"kataku sambil tersenyum.

Syahmi membalas dengan senyuman.

Selepas sahaja aku keluar daripada bilik rehat tersebut, aku memegang dadaku.

Jantungku masih lagi berdegup kencang.

"Apa dah jadi tadi?.."

"Lia! Kau okay? Risau betul aku tadi"Wani berlari menghampiri aku.

"Okay. Cuma pening sikit"balasku.

"Kau nak pergi mana ni?"tanya Wani.

"Aku nak tenangkan fikiran jap"

Wani ketawa. "Ni beg kau. Jom balik dah bunyi loceng dah"

Aku mengambil beg yang diberikan oleh Wani itu tadi lalu menoleh ke arah jam tanganku.

"Thank you. Aku pengsan berapa lama tadi?"lama juga aku pengsan tadi..

"Lama. Risau aku tadi. Sir pun sama"kata Wani.

Aku membuat muka hairan.

"Sir? Kenapa pulak?"

"Sir Rayyan la. Dia risau betul tadi pasal kau dengan Syahmi. Sir la yang jaga korang tadi"terang Wani.

Sir, Saya Cintakan Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang