Bab 8

16.9K 838 29
                                        

"Awak berdua buat apa ni?"Cikgu Aina mengejutkan aku.

Aku terus melepaskan tangan Sir Rayyan.

Habislah aku!..

Sir Rayyan tersenyum puas hati kerana aku tidak dapat merampas gelangku kembali.

Cikgu Aina ini ialah antara cikgu muda di sekolah dan juga cikgu yang paling cantik.

Kata orang, memang sedondon dengan Sir Rayyan.

Wajahnya yang ayu dan cantik itu pasti membuatkan ramai orang terpikat.

Cikgu Aina juga seorang guru yang terbaik kerana memiliki PHD dalam bidang Chemistry.

Beauty with brain ialah satu ungkapan yang paling sesuai untuknya.

"Err saya nak tanya soalan pasal addmath tadi hehe"aku tersengih.

Sir Rayyan hanya membisukan diri.

Cikgu Aina sempat menjeling ke arah aku sebelum duduk di sebelah Sir Rayyan.

"Dia jeling kat aku ke tadi?.."aku pasti aku tidak terlepas pandang.

Aku melihat Cikgu Aina tersenyum tersipu malu.

"You nak rasa tak cake yang i buat untuk you semalam?"Cikgu Aina memberikan Sir Rayyan sebekas kek coklat.

Sir Rayyan mengambilnya lalu menyuapkan ke dalam mulutnya.

"Sedap tak?"tanya Cikgu Aina sambil tersenyum.

"Sedap. Pandai you buat. Untung bakal suami you"senyuman Sir Rayyan semakin melebar.

"Eee gatalnya dia ni!.."hatiku panas sahaja melihat mereka berdua.

"Ada-ada je la you ni.. Hahaha.."Cikgu Aina memukul lembut bahu Sir Rayyan.

"Dia tak nak bagi gelang aku ke?.."aku memberi isyarat mata kepada Sir Rayyan.

Sir Rayyan hanya memandang aku dengan pandangan kosong.

Tiba-tiba Cikgu Aina memandang aku.

Aku terus mengelak daripada bertentang mata dengannya.

"Kenapa awak tercegat lagi tu? Waktu rehat dah habis. Awak tak nak masuk kelas ke?"perli Cikgu Aina.

Aku dapat rasakan jelingan di matanya.

"Oh dah habis eh?.."jam tanganku ditoleh.

Memang betul waktu rehat sudah habis sejak lima minit yang lalu.

"Sorry. Saya masuk kelas dulu.."aku melangkah keluar daripada bilik guru.

Yang paling sakit hati, Sir Rayyan sempat melambai ke arah aku sambil mengangkat gelangku..

Aku berdiri di beranda luar bilik guru.

"Cikgu Aina tu tak suka aku ke?.. Kenapa asyik jeling je kat aku?"

"Geramnya!.."

"Setakat cake, aku pun boleh buat laaa!"jeritku.

Entah kenapa hati aku panas sangat melihat mereka berdua tadi.

"Kenapa awak jerit kat sini? Pergi masuk kelas. Dah habis rehat"kali ini Cikgu Danish mengejutkan aku.

"Pasal cake pun nak marah sampai macam tu ke?.."tanya Cikgu Danish sambil menggelengkan kepalanya.

"Sorry hehe.."aku terus beredar daripada situ.

"Kenapa la kau pergi jerit kat situ tadi Lia oi.. Buat malu je cikgu dengar"
-----------------------------------
Rayyan Adam's POV

Sir, Saya Cintakan Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang