Rayyan's POV
Aku menarik tangan Farisya keluar dari bilik Lia.
"What the hell was that?!"jeritku.
"Rayyan.."Farisya merangkul pinggangku.
Aku menolak pelukan itu.
"I tak boleh lupakan you.."Farisya membuat muka manja.
Ah! Semakin menyampah pula aku dengan dia ni.
"I warning you, lagi sekali you ganggu hidup i, tengok la nanti"aku sempat memandang tajam ke muka Farisya sebelum berlalu pergi.
Aku kembali masuk ke dalam bilik Juliana.
Apa yang dia fikir pula nanti?..
"Lia, sorry.."
Aku terdiam.
Katilnya sudah kosong.
"Mana dia pergi ni?"
"Lia!"panggilku.
Aku berlari keluar daripada biliknya.
"Lia!"jeritku lagi.
"Sir, kenapa ni?"Wani nampak bingung.
"Juliana mana?.."nafasku tercungap-cungap.
"Dia tak ada kat dalam bilik ke?"tanya Wani.
Aku menggeleng.
"Mana pulak dia menghilang? Sir dah try call dia?"
Aku segera mencapai telefon.
"Nombor yang anda dail..."
"Kenapa tak dapat ni?!.."
Aku mencuba sekali lagi tetapi masih tidak boleh.
"Where are you...."
-----------------------------------
Hati aku masih pedih.
Mungkin aku tak patut setuju dari mula untuk buat semua ni..
Aku keluar daripada bilik hospital.
Aku mematikan telefon bimbitku.
Tidak mahu diganggu buat masa ini..
Aku menaiki teksi pergi ke rumah Mak Lang.
"Ding dong!"
"Kejap!"kedengaran suara Mak Lang.
Rindu sungguh aku..
Mak Lang membuka pintu.
"Lia?..."Mak Lang terkejut melihat aku di depan pintu.
"Mak Lang.."air mataku jatuh sebaik sahaja melihat muka Mak Lang.
Aku segera memeluknya.
"Kenapa ni Lia.."Mak Lang mengusap lembut kepalaku.
"Lia tak boleh buat semua ni.."air mataku masih lagi mengalir.
"Tak boleh buat apa? Rayyan mana?.."tanya Mak Lang.
Aku mendiamkan diri.
"Sebab Rayyan ke? Mak Lang call dia okay?"
"Jangan!.. Lia tak nak jumpa dia"balasku.
"Lia, Rayyan kan suami Lia. Tak baik tau buat macam ni"Mak Lang mencapai telefon.
"Lia tetap tak nak jumpa dia!"aku berlari masuk ke dalam bilik lamaku.
Aku mengunci pintu.
"Lia! Jangan macam ni.."Mak Lang mengetuk pintu bilikku berulang kali.
YOU ARE READING
Sir, Saya Cintakan Awak!
Storie d'amoreKehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Semenjak hari pertama Sir Rayyan bertugas sebagi seorang guru...