Kelihatan Sir Rayyan sudah nyenyak tidur.
"Apa benda ni? Kita ada belajar ke soalan ni? Aaa kenapa susah sangat!"
Mulutku tidak berhenti menguap daripada tadi.
Mataku juga sudah tidak larat untuk buka.
Dengan itu aku sudah terbuai mimpi..
-----------------------------------
"Woi bangun!.."pipiku ditampar perlahan.
Aku bangun. Tengkuk kepalaku terasa sakit.
Nampaknya aku tertidur di atas meja. Kerja rumah matematik tambahan langsung tidak disentuh.
Aku menguap sambil menoleh ke tepi.
Sir Rayyan hanya memakai tuala membaluti tubuhnya.
Rambutnya masih basah membuatkan Sir Rayyan nampak sangat seksi.
Aku terkejut sehingga jatuh daripada kerusi.
"Ouch.."aku mengusap lembut punggungku.
Sir Rayyan ketawa."Pergi siap-siap. Kau dah lambat nak pergi sekolah"
"Bukannya nak tolong! Dia pergi gelak je?!"tualaku digapai.
Selesai sahaja mandi, aku bersiap memakai baju sekolah.
Kerja rumah matematik tambahan masih lagi tidak siap. Aku mula risau.
"Kalau aku tak siap mesti Sir denda punya.."
"Pergi sekolah dengan aku. Cepat pakai kasut"arah Sir Rayyan.
"Nanti kalau kantoi?"balasku.
"Aku drop kau 100 meter daripada sekolah"Sir Rayyan sudah menghidupkan enjin.
Aku naik ke dalam kereta Sir Rayyan.
Inilah kali pertama aku pergi sekolah menaiki kereta.
Sebelum ini aku hanya berjalan kaki kerana rumah Mak Lang dengan sekolah sangat dekat.
"Sir"panggilku.
"Apa?"balas Sir Rayyan.
"Kalau saya tak siap homework tu.."
"Aku akan denda kau juga. No exception"Sir Rayyan langsung tidak kesian pada aku.
"Tapi saya tak masuk kelas haritu so saya mana tau macam mana nak buat.."aku membuat muka kesian.
"Siapa suruh ponteng?"
Aku mengetap bibir. Tidak membalas.
"Dah turun sekarang"Sir Rayyan memberhentikan keretanya di bawah pokok.
Aku keluar daripada kereta.
Sir Rayyan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.
"Eee geramnya aku!!"aku menyepak daun-daun yang berguguran itu.
"Awak marah dengan daun tu ke?"tanya Syahmi tiba-tiba.
Syahmi muncul dari belakang sambil tersenyum.
"Sorry.. Saya tak ada mood tadi"balasku.
"Are you okay? Macam ada benda tak kena je.."tanya Syahmi.
"Okay la!.. Jom masuk sekolah, nanti lambat pulak"aku berjalan ke sekolah bersama Syahmi.
Inilah saat yang paling bahagia dalam hidup aku.
Kalau aku ada mesin masa, pasti aku akan kembali pada masa ini berulang kali.
Sesampainya di pagar sekolah, kelihatan ramai pelajar sudah berkerumun di depan kereta Sir Rayyan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sir, Saya Cintakan Awak!
RomanceKehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Semenjak hari pertama Sir Rayyan bertugas sebagi seorang guru...